Pernahkah ada perasaan itu?


Bila berbicara tentang Iman.. mungkin ada yang berkata, kita tidak dapat menilai iman seseorang. Hanya Allah swt yang mampu mengetahui iman dibalik wajah seri seorang muslim itu. Saya katakan betul.

Tapi, percayakah kalian, kalau saya katakan seseorang yang dalam keadaan Iman yang tinggi, boleh menjadi seseorang yang cukup mulia?

Kita katakan iman manusia(sebagai makhluk yang lupa), adalah naik dan turun merudum berdasarkan hidayah daripada Allah, persekitaran yang membina atau merosak, dsb. Boleh jadi, kawan kita yang selalu bermanis muka, selalu tolong kawannya, selalu belanja kawannya, kurang marah, tidak sombong, berkata baik dll berada dalam keadaan Iman yang hebat!

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
”Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan perbuatan zina itu, semasa ia berada dalam keadaan sempurna imannya. Dan seseorang hendak meminum arak, tidak akan meminum arak itu semasa ia dalam keadaan sempurna imannya. Dan seseorang yang hendak mencuri, tidak akan melakukan perbuatan itu semasa ia dalam keadaan sempurna imannya. Dan seseorang yang melakukan rompakan, yang lazimnya menjadikan orang yang dirompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan melakukan perbuatan itu semasa ia dalam keadaan sempurna imannya”(hadis bukhari muslim)


Sheikh.. iman yang sempurna dapat menghalang kita terlibat dalam 3 dosa besar.. apatahlagi dosa-dosa kecil..

Hadis ini menunjukkan pentingnya menjaga Iman. Pentingnya menghidupkan Iman. Pentingnya meningkatkannya. Iman yang sempurna memainkan peranan yang penting membentuk jati seseorang. Jika emosi dikaitkan dengan kuasa penggerak kepada perlakuan manusia(driving force of human behavior), apatahlagi iman. Jadi, agenda utama insan bergelar muslim itu sewajarnya menjaga Imannya.

Banyak bukti-bukti dalam al quran dan sirah sendiri yang boleh dibawa menunjukkan insan-insan yang cekal imannya melawan hawa nafsu menolak segala harta, maksiat, wanita dsb. Umar ra menginfakkan separuh hartanya dalam satu peperangan, rupanya Abu Bakar terlebih dahulu mengingakkan keseluruhan hartanya. Abdul Rahman al-Auf diugut ibunya sendiri, malah beliau lebih megutamakan Agama suci tercinta.

7 golongan yang mendapat teduhan bayangan arasy Allah swt pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang teduhan selain teduhanNya, hari yang teramat dahsyat panasnya, sejengkal matahari dari kepala, sehingga dikatakan boleh menggelegak otak, nauzubillahminzalik, ada yang berenang dalam peluh sendiri dsb. Antaranya ialah lelaki yang digoda oleh perempuan untuk melakukan maksiat dengannya lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!” Masyaallah!`~





Pernahkah kita punya perasaan seperti itu?

Hati terasa begitu kering,payah dan berat untuk melakukan maksiat, dan begitu mudah, seronok dan gembira dengan melakukan ibadah?

Atau terasa sebaliknya??

Pernahkah kita ada perasaan itu?

0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template