3 Mac 1924

Jika kita mengimbau kembali sejarah silam, tarikh 3 Mac 1924 merupakan tarikh yang cukup mendukacitakan umat Islam keseluruhannya. Berlakunya pada tarikh ini suatu peristiwa hitam yang menikam menusuk padu ke dalam hati pencinta-pencinta agama mulia ini. Terasa pedih, geram, sedih, malu, lemah, bersemangat yang bercampur baur saat demi saat, jam demi jam pada hari tersebut.



Pada hari ini, secara rasminya, sistem Khilafah Islamiah dimansuhkan dan Negara Turkey menggunapakai sistem Republik dalam pentadbiran mereka. Hal ini terjadi hasil konspirasi yang cukup teliti yang dirangka dan dirancang oleh musuh-musuh Islam termasuk dikalangan orang islam yang berhati busuk berbau najis ‘kemunafikan’.

Antara hero yang kita patut sanjungi ialah Sultan Abdul Hamid II yang berjuang mati-matian untuk mempertahankan Khilafah Islamiah ini. Baginda ditawarkan dengan macam-macam tawaran daripada harta, tanah dan sebagainya untuk melepaskan kekuasaannya sehingga akhlak baginda menjadi ‘amaran’ kepada barat dan musuh Islam. Baginda turut tegas dalam mempertahankan isu Palestin dan perkara ini menjadi ancaman hebat terhadap rancangan jahat Zionis dalam rangka untuk menguasai dunia.



Akhirnya pada 1909, darurat terancang telah dicetuskan, dan fatwa dikeluarkan untuk memecat Sultan Abdul Hamid II. Baginda dan kaum kerabatnya dibuang Negara dan dikurung di Istana sehingga meninggal dunia.

Dan pada ketika itu, Mustafa Kemal Ataturk menjadi ‘penyelamat umat Islam’ dengan melakukan perubahan yang mengejutkan semua pihak termasuk Al-Azhar sendiri. Manusia jahat ini memansuhkan sistem kesultanan dan mengumumkan Turkey sebagai Negara Republik. Kemudian lebih dahsyat lagi dengan memansuhkan sistem Khilafah yang telah bertahan sejak lebih 600 tahun dahulu.



Kecewa dengan keputusan ini, umat Islam bagaikan sudahlah jatuh ditimpa anak tangga apabila larangan pemakaian Islam dibuat, undang-undang Islam dimansuhkan, calendar hijrah ditukar kepada calendar geogorian’s, penghapusan tulisan Arab, Islam sebagai agama Rasmi dibubarkan dan bacaan al-Quran dan azan mesti dibuat dalam bahasa Turki. Semua ini sepertinya sudah lama wujud perancangan rapi untuk meruntuhkan ketamadunan Islam yang telah gah sejak berabad-abad yang lalu.

Belajarlah daripada peristiwa ini, belajarlah bahawasanya, sesuatu tamadun itu hanya akan jatuh disebabkan kuatnya tamadun yang lain dan lemahnya tamadun itu sendiri. Semuanya berpunca daripada satu elemen yang penting yang dilupakan oleh ramai umat Islam, yakni Iman. Bangkitnya islam dnegan Iman, bertahannya Islam dngn Iman dan jatuhnya umat Islam juga disebabkan faktor Iman.


Biarlah kita katakan lemah manapun ketamadunan barat yang menguasai dunia kini, akan tetapi jika tiada tamadun Islam yang makin kuat atau bertambah hebat segala aspeknya, serupalah kita bermimpi di siang hari. Mengharapkan hasil tumbuh, tuaian tak menjadi.

Perlengkapkan diri dengan Iman, sebab Iman itu penolak segala kekuatan umat. Hargai iman anda, pulihkan iman anda, sentiasa cari jalan untuk perbaiki dan pertingkatkannya. Pada akhirnya, mereka yang mencintai agama ini akan berkumpul atas perkumpulan imaniah, perkumpulan yang menghasilkan amalan yang satu, amalan dengan keazaman yang hebat, amalan yang membawa seribu satu impak buat umat, mengubat segala kesengsaraan dan dukacita yang dirasai selama ini. Wallahualam.

6 comments:

Perantau Kasih said...

pembinaan iman perlu di dahalui dengan pemahaman konsep tauhid. Jika dikaji secara mendalam, kejatuhan empayar Islam turki ada kaitannya dengan tauhid. Nice post, harap enta boleh cetuskan pemahaman konsep tauhid dalam pembinaan iman, dan itu adalah elemen utama dalam membina jemaah, iaitu dimulai dengan pemahaman syahadah itu sendiri...

Mukmin bin Mohd Khairi said...

syahadatul haq?

Perantau Kasih said...

yup, pemahamam syahadah yg jelas dlm membina iman yg kukuh. syahadah bukan sekadar di niat dlm hati, di lafaz melalui mulut, tetapi juga harus dilaksanakan dgn tindakan.syahadah itu umpama akar. klu kukuh akar, kukuh la pokok tu. sbb itu, mengapa syahadah adalah rukum islam yg pertama. sbb, syahadah adalah permulaan kepercayan kepada tuhan yg satu. dr pemahaman syahadah yg jelas, mk perlu pergi ke elemen2x yg lain pula, spt ihsan etc. org yg jelas akan konsep syahadah, kita boleh lihat melalu karekter,pendirian dan pegangan hidup seseorang. Rasanya, ustaz2x kat mesir lebih jelas dalam hal ini. Ini hanya sekadar sedikit ilmu yg ana dapat dalam usrah ana. wallahualam

yassir said...

PERJUANGAN KHILAFAH ADALAH UNTUK MENGEMBALIKAN KEHIDUPAN ISLAM SECARA KESELURUHAN

Marhalah dakwah Rasulullah adalah rujukan Marhalah dakwah Hizbut Tahrir untuk mengembalikan semula kehidupan Islam secara keseluruhan dengan mendirikan semula Negara(Daulah) Islam Khilafah.

Ini jelas dapat dilihat di dalam perjuangan dakwah Rasulullah menyebarkan dan menerapkan Islam yang boleh diringkaskan sebagai berikut:

Pertama: Marhalah Tasqif
Tahap pembinaan para sahabat Rasulullah untuk melahirkan individu-individu yang meyakini fikrah Islam dan thariqah Islam untuk digunakan membentuk kerangka gerakan dakwah yang terorganisasi di Mekah.

Kedua: Marhalah Tafa'ul ma'al Ummah
Tahap berinteraksi gerakan dakwah Rasulullah dan para sahabat dengan umat agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai masalah utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

Ketiga: Marhalah Istilamil Hukmi
Tahap pengambilalihan kekuasaan Negara(Daulah) Islam di Madinah dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia dengan dakwah dan jihad.


Hadis Imam Ahmad juga diriwayatkan oleh Baihaqi dari Nu'man Bin Basyir;
“ “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

..........Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.”

Insya Allah, khilafah pasti kembali. Hizbut Tahrir dengan sedaya upaya dan berkerja keras berusaha untuk mendirikan kembali kesatuan kepimpinan umat Islam di atas muka bumi ini

Mukmin bin Mohd Khairi said...
This comment has been removed by the author.
Mukmin bin Mohd Khairi said...

Wah, kena belajar juga dakwah Hizbul Tahrir ni.. cuma itulah akhi.. ana harap enta boleh beri id YM enta.. senang ana nak chat..

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template