Ust Ashaari Kembali ke Rahmatullah


Bagi mereka yang mengikuti perkembangan dakwah Islam di Malaysia ataupun bersama-sama dalam gerakannya, pastinya nama al-Arqam bukan lagi asing di telinga mereka. Dan kira-kira jam 2.00pm waktu tempatan semalam, Ust Ashaari Muhammad, Pengasas gerakan al-Arqam tersebut kembali ke rahmatullah kerana jangkitan paru-paru. Beliau meninggal dunia di Ipoh Specialist Centre.

(diceduk daripada Blog Ust Halim>>)

Di antara sumbangan Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad kepada umat Islam di Malaysia khususnya ialah :

1. Al-Marhum berhadapan dengan serangan Budaya Barat yang menyerang umat Islam dan telah merubah identiti Islam mereka sekian lama. Ini beliau lakukan secara amali dengan membentuk gerakan Al-Arqam yang cuba memaparkan Islam secara menyeluruh di setiap aspek kehidupan seperti pakaian menutup aurat, produk makanan Islam, ekonomi, media dll.

2. Al-Marhum memberi nafas baru dan keyakinan kepada umat Islam bahawa mereka boleh menjana ekonomi, berdikari dan berjaya dalam skala yang besar (Group of Companies), asalkan mereka mempunyai penghayatan Islam yang baik, zuhud dan bekerja di dalam team group (berjemaah).

3. Al-Marhum melalui jemaah Al-Arqam adalah jemaah pertama di Malaysia yang berjaya menonjolkan Kesenian Islam (nasyid, sajak dsb) sebagai salah satu wasilah dakwah yang meluas dan berkesan.

4. Al-Marhum dan jemaah Al-Arqam cuba mempraktikkan amalan poligami secara kolektif (berjemaah) sebagai salah satu usaha menangani aspek sosial yang diketengahkan oleh Islam.

5. Al-Marhum melalui jemaah Al-Arqam, Rufaqa' dan seumpamanya berjaya dalam penghasilan produk media sebagai salah satu wasilah (cara) dakwah terpenting seperti akhbar Al-Arqam, majallah-majallah Anis, Asuh dan lain-lain. Majallah yang dihasikan sangat bermutu tinggi di segi bahan dan seninya. Diaspek ini juga Al-Marhum berjaya menggerakkan ahli-ahlinya, dewasa dan kanak-kanak berdakwah dan berniaga dengan cara mengedarkan majallah secara langsung di stesen-stesen bas, kompleks perniagaan dan di tempat-tempat awam. Segelintir manusia menuduh ianya satu bentuk penganiayaan. Saya melihat ia satu kekuatan. Kekuatan mendidik ahli bergerak dan teguh bertemu orang ramai, berdakwah dengan usaha tanpa kata-kata yang semua boleh berperanan disamping menjana ekonomi kepada Dakwah.

6. Al-Marhum mendidik dan menghasilkan pengikut yang tajarrud, berjuang habis-habisan demi mencapai matlamat Dakwah yang digariskan oleh pimpinan Al-Arqam. Mereka menyumbang kepada jemaah, hidup berpoligami dalam kesederhanaan, sebahagian besar bekerja sepenuh masa untuk Al-Arqam bergaji kupon-kupon Al-Arqam sebagai sarahidup dengan membeli makan minum hanya di kedai-kedai Al-Arqam.

Semoga Allah swt merahmati Al-Marhum, mengampuni dosa-dosanya, menerima amalan dan sumbangannya kepada umat Islam dan ditempatkan di Syurga bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhadak dan Solihin. Merekalah sebaik-baik teman disana nanti.

2 comments:

Whiteraven68 said...

betul, banyak perkembangan Islam kat Malaysia ni pun sebab Al-Arqam. Zaman mak ayah saya dulu...

Mukmin bin Mohd Khairi said...

Kalau cerita ttg perkembangan Islam..
Jasa Ust Abdul Hadi Awang, DS Anwar Ibrahim, dan Ust Ashaari mmg sukar dilupakan begitu sahaja.. masing2 ada peranan, begitulah juga Ulama'2 dan professional2 daei yg lain..

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template