Ar Rasul Qudwatuna..


Sahabat-sahabat yang dihormati Allah s.w.t. sekalian,
Satu persoalan di sini? “Adakah kita benar-benar mencintai Nabi saw?”

Soalan ini bukanlah memerlukan jawapan yang keluar daripada mulut kalian tetapi jawaplah dengan hati sanubari masing-masing.

Kerana jawapan ‘ya, saya mencintai Nabi saw’ berhajat kepada beberapa wajibat(tugasan): dan seseorang itu sebelum meuar-uarkan kecintaannya itu, perlu dahulu menjawab, “Adakah aku selalu mengingati Nabi saw?”

“Adakah aku merealisasikan apa yg diseru olehnya?”

“Adakah aku menyelusuri sirah Beginda yang cukup berharga?”

“Adakah semua perintahnya berdasarkan pendapat dan hawa nafsu semata-mata?”

Dan jika membuat bancian ke atas pemuda-pemudi zaman ini, agakya berapa ramaikah yang akan menyebut, “Idola aku sepanjang hayat hanyalah Rasul saw, pembawa khabar gembira ke sekian alam!”

Maka, kecintaan kepada Nabi saw ini amatlah penting sebagai “Ramzun” atau mercu seseorang itu mengambil Baginda saw sebagai ikutan sepanjang zaman.

Kenapa Rasulullah saw?
1. Kerana bagindalah yang telah terplih dalam kalangan berbillion manusia sebagai utusan Allah saw.
2. Kerana hebatnya baginda saw kerana berjaya mengubah dunia jahiliah yang cukup merosakkan kepada sebuah tamadun yag hebat dan manusia dapat merasakan hakikat akhlak mulia yang perlu ada dalam setiap diri kita..

“Inna ma bui’thtu liutammima makarimal akhlak..”(Sesungguhnya, aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak manusia sejagat)

Perubahan daripada Masyarkat jahiliah yang tak ada apa-apa nilai, kepada Masyarakat bertamadun dan berakhlak mulia dalam masa yang singkat iaitu tak sampai 20 tahun.

Dan akhirnya, kita lihat manusia pada hari ini seolah-olah mula kembali semula ke zaman jahiliah, gara-gara masyarakat tidak menjadikan Nabi s.a.w. sebagai qudwah untuk diikuti.

Kita tengok simptom-simptom Zaman Jahiliah, semuanya sama, malah ada yang lebih teruk pada dunia kita pada hari ini…




Dahulunya, penduduk jahiliah menanam bayi perempuan hidup-hidup, kini kita lihat kes-kes buang bayi yang tak kesudahan. Perhambaan sesame manusia. Seperti manusia zaman millennium ini yang bertuhankan hawa nafsu dan syahawat. Perempuan-perempuan pada zaman jahiliah seolah-olah sampah sarap yang boleh diperlaku sesuka hati dan tiada harga nilaiannya samalah seperti gadis-gadis zaman kini yang telah dieksploitasi dan ditelanjang bulatkan dengan pakaian ketat, konyak-konyak dll.

Jadi, apakah resolusi kita pada hari ini?

Bagaimanakah kita dapat menjadikan Nabi s.aw sebagai contoh ikutan?

1. Seperti yag ternyata dalam hadis, Saidatina Aishah r.a apabila ditanya mengenai akhlak baginda saw, Aishah menjawab, “Kana khuluquhu al-Quran”. Jadi tak mesti tidak, kita perlu mandalami al-Quran untuk mengenali akhlak baginda saw. Tapi awas, bukan al-Quran itu sepatutnya sekadar dibaca, dihafal dan dijadikan hiasan di dinding-dinding rumah kita, tetapi kita perlu beramal dengan ayat-ayat al-Quran. Rasai seruan “ya aiyuhal ladzina amanu” adalah terkena ke atas muka kita, lalu terus menyahut dengan “ya, Ya Allah” atau "ya, aku di sini ya Allah".. Firman Allah swt:

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (Ali Imran:103)

2. Keduanya, belajar daripada sirah Nabi saw. Dengan itu kita dapat ketahui bagaimanakah Nabi membina Rijal-rijal dakwah. Tahu bagaimanakah nabi saw menunjukkan contoh yag paling sempurna dalam pelbagai sudut, sebagai seorang Ayah, Suami, guru dan anak murid. Juga, hebatnya jati diri Nabi saw yg telah terputus silah kekeluargaannya di atas, di bawah dan ditepinya. Baginda telah kehilngan ayah sejak kecil lagi dan ketika berusia 4 tahun, ibunya pula meninggal dunia. Kemudian beginda tiada adik-beradik, dan juga anak-anak lelaki Nabi saw telah meninggal sejak kecil lagi. Tetapi bagaimanakah manusia yang terputus silah kerabatnya ini dapat membangkitkan kekuatan ummat,menyebarkan Islam yang pada akhirnya tersebar ke hampir 2/3 dunia.




3. Dan akhir sekali untuk kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar nabi saw. Firman Allah taala:

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi s.a.w. Wahai orang-orang beriman hendaklah kamu berselawat ke atas Nabi dan mengucapkan salam kepadanya sebenar-benar salam."(Al-Ahzab: 56)


Moga-moga kita termasuk dalam kalangan golongan yang menjadikan Nabi saw sebagai qudwah dan ikutan sepanjang hayat. Juga semoga kita tergolong di kalangan mereka yang mendengar kebaikan maka melaksanakannya. Dan juga, supaya kita tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat minuman telaga Rasulullah saw, yang mana kita tidak akan haus selamanya dengan minuman tersebut. Ws.

2 comments:

Hazim Azhar said...

Syukran atas pekrongsian akhi..

memang betul, mudah ia dilafazkan, tapi susah utk dilakasanakan.

moga kita sama2 menjadi rijal yg sentiasa mengikuti Nabi Muhammad SAW.

Mukmin bin Mohd Khairi said...

syukran...

amin ya rabb

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template