Zaman berlalu zaman


Suatu masa, tentera-tentera salib mencari-cari peluang untuk mendapatkan kembali Andalusia. Bagi memastikan sejauh mana mereka berpeluang untuk menawan kembali kota idaman mereka, dihantar seorang utusan untuk meninjau-ninjau keadaan di kota Andalus.

Pada kali pertama kedatangan utusan itu, dia mendapati seorang anak kecil di Andalus menangis. Lantas dia bertanya:

"Mengapa kamu menangis wahai anak kecil?"

Anak itu menjawab, "Aku sedang cuba memanah seekor burung, tapi sasaranku tidak mengena. Aku kecewa dengan ketidakupayaan memanahku."

Lalu, utusan itu menyimpulkan itu bukanlah masa yang sesuai untuk menyerang Islam di Andalus memandangkan anak kecil sendiri sudah punya semangat dan kekuatan.

Di tahun seterusnya, utusan itu dihantar lagi ke sana. Kali ini dia bertemu dengan seorang anak kecil yang menangis. Lantas seperti biasa, dia bertanya:

"Mengapa kamu menangis wahai anak kecil?"

Anak itu menjawab,"Aku sedih sekali. Aku masih tidak dapat hafal syair-syair." Syair-syair yang dimaksudkan adalah syair puji-pujian terhadap Allah.

Lalu, utusan itu menyimpulkan itu bukan juga masanya lagi untuk menyerang Andalus kerana pemikiran umat Islam yang meletakkan Allah sebagai keutamaan lebih dari segala keutamaan dalam kehidupan.

Dan pada tahun-tahun berikutnya, utusan dihantar lagi. Bertemu lagi dengan seorang anak kecil. Lalu, dia bertanya:

"Mengapa kamu menangis wahai anak kecil?"

Anak itu menjawab, "Aku sedih begini kerana putus cinta.”

Lalu, kali ini dia benar-benar yakin itulah masa paling sesuai untuk menyerang kota Andalus kerana perang saraf yang dilancarkan mereka nampaknya berjaya. Mungkin dia melihat umat Islam di Andalus mula lemah dari segi pemikiran dan spiritual. Berbanding tahun-tahun lalu, di mana anak-anak kecil menangis kerana Allah, tahun tersebut mula nampak kepesongan umat Islam.

1 comments:

SMIAS UUM said...

Assalamualaikm... sebaik-baik ucapan itu dimulakan dengan salam.. Ana pernah membaca tentang sorotan ini.. ianya lebih kurang seperti apa yang enta tinta kan. alhamdulillah... mohon izin daripada enta untuk ana kongsikan pada saudara-saudara seagama kita diluar sana.. syukran. ^^

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template