Kalimah Allah


Hati ini sedikit terharu dengan kenyataan terbaru yg dikeluarkan oleh Majlis Syura Pas tentang isu kalimah Allah sebelum ini. Sekaligus menolak kefahaman silap sebahagian orang yang menyatakan perkara ini hanyalah polimik semata-mata, mainan politik ataupun undang-undang yang me'manja'kan umat Islam daripada memjadi umat yang kuat.

Saya tidak nampak khilaf yang berlaku ini kerana noktah- noktah tidak kita temui tetapi puncanya ialah kelunakan yang dialami sebahagian daripada kita dalam ber ta'amul dengan orang bukan Islam. Boleh jadi tujuannya supaya jurang antara muslim dan non muslim tidak ketara, untuk berdakwah kepada mereka, tetapi perkara yang utama sebelum perkara tersebut ialah menguatkan umat Islam sedia ada dahulu. Persoalan yang perlu kita sama-sama fikirkan, bolehkah usaha untuk merapatkan jurang antara islam dan bukan islam sehingga mengakibatkan kekeliruan umat Islam itu sendiri. Suatu tanda tanya?

Selalu saya teringat apabila mentadabbur surah al Fath:

مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

Mengingatkan saya kepada kasih sayang sesama saudara semuslim kita, dan ketegasan kita apabila berhubung dengan orang Kafir, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan suatu yg bermain-main di sempadan garis merah prinsip umat Islam.

Antara kepeningan yang berlaku:

1. Menceritakan secara akademik penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam tanpa melihat kesan besar apabila perkara itu diambil secara bulat-bulat untuk merealisasikan kehendak gerakan-gerakan kristianisasi di luar sana ( adapun tujuan gerakan ini bukanlah untuk menjadikan umat Melayu Islam bertukar kepada agama Kristian, tetapi yang lebih tepat lagi, cukup jika gerakan ini berjaya memurtadkan umat Melayu Islam daripada agama Islam ini)

2. Sebahagian cendikiawan juga menggunakan alasan Islam ini adalah agama hujah, jadi mengapa perlu ditakuti penggunaannya oleh bukan Islam. Sepatutnya yang lebih utama pada telahan mereka ialah mempersiapkan anak-anak bangsa Melayu Islam dengan kekuatan kefahaman Islam dan perbandingan agama. Sehinggakan, ada yang mencadangkan penambahan silibus perbandingan agama di sekolah- sekolah bagi pengajaran subjek agama-agama lain. Hujungnya, biarlah kepada anak-anak kita bebas memilih agama Islam ini berdasarkam kefahaman, keyakinan, dan secara sukarela.

Jika kita kembali kepada syarah hadis (إن الله يزع بالسلطان ما لا يزع بالقرآن) : selain Islam yang kita anuti ini dikenali sebagai agama hujah, Islam juga ialah agama القوة kekuatan. Dengan kekuatan inilah Islam mampu melindunbi umat Islam yang masih lagi lemah imannya, dan pada masa yang sama peranan tokoh-tokoh yang mempunyai kekuatan iman, pengalaman dan ilmu, bukanlah untuk menghancurkan kekuatan ini, tetapi berperanan melindungi sebahagian umat Islam yang lemah ini.

هذا أثر معروف عن عثمان -رضي الله عنه-، وثابت عن عثمان بن عفان الخليفة الراشد الثالث -رضي الله عنه-، ويروى عن عمر أيضاً -رضي الله عنه-: (إن الله يزع بالسلطان ما لا يزع بالقرآن)، معناه يمنع بالسلطان باقتراف المحارم، أكثر ما يمنع بالقرآن؛ لأن بعض الناس ضعيف الإيمان لا تؤثر فيه زواجر القرآن، ونهي القرآن، بل يقدم على المحارم ولا يبالي، لكن متى علم أن هناك عقوبة من السلطان، ارتدع، خاف من العقوبة السلطانية، فالله يزع بالسلطان يعني عقوبات السلطان، يزع بها بعض المجرمين أكثر مما يزعهم بالقرآن لضعف إيمانهم، وقلة خوفهم من الله -سبحانه وتعالى-، ولكنهم يخافون من السلطان لئلا يفتنهم، أو يضربهم، أو ينسَّلهم أموالاً، أو ينفيهم من البلاد، فهم يخافون ذلك، فينزجرون من بعض المنكرات التي يخشون عقوبة السلطان فيها، وإيمانهم ضعيف، فلا ينزجرون بزواجر القرآن ونواهي القرآن؛ لضعف الإيمان وقلة البصيرة

3. Berhujah dengan pengamalan negara-negara lain, merujuk kepada kebebasan untuk menggunakan kalimah Allah dikalangan sesiapa sekalipun. Menggunakan hujjah “jika negara lain boleh, maka di negara Malaysia pun boleh” bukan sahaja tidak menepati perbezaan penggubalan undang-undang sesebuah negara yang sedia diterima masyarakat antarabangsa, malah ia bertentangan dengan Siyasah Syar’iyyah sendiri yang memberi kredit kepada adat resam sesebuah masyarakat boleh diambil pakai (Al-Aadah muhakkamah), menutup pintu-pintu yang boleh membawa mudharat (Sadd Az-Zara’ik) dan kaedah-kaedah Syarak lain seumpamanya - ust Abdul Halim Abdullah

Juga, melihat kepada apa yang berlaku di Sabah Sarawak ataupun Indonesia menunjukkan kesannya lebih merosakkan lagi. Adakah apa yang berlaku di Sabah Sarawak dan Indonesia itu betul lalu kita kata boleh guna? Jawapannya tidak, sebab di sana ada satu kaedah syarak, al-urful fasid la yughaiyiru haqaiqas syar’ie. Maknanya uruf yang rosak tidak akan mengubah hakikat syarak yang merupakan suatu yang ditunjukkan di dalam Al-Quran. Mana-mana penggunaan, uruf ataupun kebiasaan tetapi kebiasaan yang merosakkan tetap tidak akan mengubah hakikat syarak. Jadi walaupun telah diamalkan selama 10 kurun tetapi kalau syarak kata tak boleh, maka tetap tak boleh - Ust Fauzi Asmuni

4. Perjuangan Post Islamisme, Post Moderatism, dalam mentafsirkan kembali perjuangan Islam yang selama ini dijuangkan oleh ulamak silam. Pemikiran ini semakin bercambah dan melingkar di kalangan umat Islam sehingga melahirkan gerakan-gerakan seperti Islamic Renaissance Front, dan seangkatan dengannya. Antara perkara- perkara yang perlu diberikan perhatian tentang pengupayaan akal dalam mentafsir nas, mentafsirkan al quran dengan tidak menerima hadis dan banyak lagi.
Pencairan/kelemahan  yang berlaku dikalangan umat Islam bukanlah  suatu yang tidak dijangkakan. Bahkan Rasulullah saw sendiri bersabda, generasi selepas generasi pertama para sahabat tidak mampu mencapai segantang saja daripada amal para generasi sahabat yang pertama, apatahlagi generasi selepas mereka.
Al Rashid menyebut selain disebabkan murabbi yang tidak sama seperti murabbi di zaman dahulu, juga mutarabbi zaman millenium ini juga tidaklah sama mutarabbi pada zaman lampau. Tetapi perkara yang lebih parah  daripada itu ialah, masyarakat hari ini menyaksikan pertarungan antara sistem pendidikan yang bermacam-macam dengan idea falsafah baratnya, falsafah timurnya yang bercampur aduk. Pada akhirnya, kita perlu kepada penggusuran ajaran jahiliyyah modern dan membangunkan kembali tarbiyah Islamiyah yang tidak ditempel oleh mana-mana fikrah selainnya.

************
اللهم انا نعوذ بك من ان نجهل او يجهل علينا، اللهم امين
Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template