Pembawa Rahmat seluruh Alam


Tarikh 12 Rabiulawal mengingatkan segenap kaum muslimin akan peristiwa yang cukup besar. Tarikh keramat ini menyaksikan kelahran Nabi Allah saw yang membawa sinar rahmat ke setiap pelusuk alam. Siapa sangka, kelahiran bayi kecil di tengah-tengah kerosakan bangsa jahiliah ini mampu mengejutkan dunia lantas mengubahnya kembali pada fitrah dan hakikat yang sebetulnya.

Umat Islam dinihari seharusnya mengambil iktibar yang cukup besar daripada kelahiran ini kerana setiap perkara yang dilakukan, diiyakan, dan dilontarkan oleh Baginda saw merupakan paksi atau syariat Islam itu sendiri. Bagaimana Baginda berhadapan dengan mesyarakat jahiliah, berhadapan dengan kaum kafir zimmi dan harbi, berhadapan dengan golongan munafiq, dan bermuamalat sesama kaum muslimin.



Apa yang Baginda terapkan dalam setiap Sahabat, dengan kekuatan aqidahnya dan kekuatan iman. Hinggakan mereka sentiasa dalam iman yang cukup hebat, pengorbanan mereka, kesengsaraan mereka, dan pencapaian mereka. Kita seharusya yakin dengan sebenar-benarya dengan rijal-rijal yang telah dibina oleh Rasulullah saw yang akhirnya berjaya menakluki 1/3 dunia. Kata Saidina Umar mafhumnya, "Kalaulah aku tahu ada lagi negeri-negeri yang belum mendapat sinar Islam, pasti aku akan bersegera belayar ke sana."

Berbalik pada diri kita pada hari ini, di manakah kekuatan kita? Bagaimanakah iman kita?

Jika dilihat pada pencapaian akademik, kita pasti dapat melihat dengan jelas bagaimana kita meningkat dari satu tahap ke tahap yang lain.Dari membaca ABC kepada belajar menghafal sifir kepada menerokai Newton's Law kepada mengkaji metabolisma badan manusia dsb. Peningkatan yang cukup jelas.

Lihat pula pada Iman kita? Ke manakah pencapaian Iman kita?



Jika kita ada Sekolah atau Universiti selaku gedung ilmu yang mana berlakunya peningkatan ilmu secara sistematik dan tersusun. Dengan silibus-silibus yag makin membina tahapannya. Dan kita beriltizam dengannya untuk pencapaian akademik yang tinggi.

Bagaimanakah pula Iman kita? Dimanakah gedung iman yang teratur dan tersusun yang mampu membina Iman kita dari satu darjah ke darjah yang lain? Yang mempu kita beriltizam dengannya untuk meningkatkan iman kita. Atau kita sekadar pasrah akan hakikat iman manusia yang turun dan naik?

Kawan-kawan,
Jika hubungan dengan Allah itu diukur hanya dengan pencapaian minda sahaja, tentu sekali yang berada dekat di sisi Allah swt itu merupakan saintis dan orientalis Barat. Tetapi yang dilihat oleh Allah ialah taqwa didalam hati-hati hambanya. Imannya, akidahnya, ukhuwahnya, pengorabanannya dll.

Sahabat yang mulia,
Carilah biah-biah yang boleh membina diri saudara. Carilah 'bilik darjah' yang boleh saudara menfaatkan untuk memahami Islam dengan lebih dekat. Carilah 'sekolah' yag mampu meningkatkan prestasi Iman saudara.

Moga-moga kesibukan kita untuk menjaga dan membina Iman menjadi bukti taat setia kita kepada Allah swt dan mampu melayakkan kita menjejakkan kaki ke Syurga abadi. Kerana, sungguh! anugerah syurga itu cukup mahal nilaiannya. WS

Kalam Taujihat

Ustazah Suriani Sudi
Naib Presiden II Persatuan Belia Islam Nasional



Ingin saya berkongsi cerita diruang yang terbatas ini. Kisah seorang beliawanis penuntut IPTA di utara tanah air yang menggadaikan harta kesayangannya untuk membantu saudara seislam yang lain. Kisah berlaku di pulau pinang setelah program untuk palestin selesai di mana beliau telah bertemu dengan urusetia. Beliau memberikan 2 bentuk cincin dan seutas rantai batu permatanyanya untuk diinfaqkan dengan katanya, berikan ini kepada Hamas. Masya Allah

Hati saya juga terpaku dengan sebuah paparan di tv di mana seorang anak palestin pabila ditanya apakah anda takut dengan yahudi. Tahukah kalian apa jawapannya? Dengan wajah yang tenang dan tersenyum ia menjawab: Hasbunallahu wa ni’mal wakil(cukuplah Allah bagi kami dan Dialah sebaik-baik Pelindung)

Hati begitu tersentuh dengan kedua-dua kisah ini. Jauh di lubuk hati berkata, betapa mulianya dua belia remaja ini. Kisah seorang belia yang sangat-sangat merasai kegetiran hidup saudaranya yang jauh dari mata. Sanggup mengorbankan apa yang sangat disayangi dan dicintai oleh naluri. Seakan-akan mengulangi kisah ansar yang sanggup mendahulukan sahabatnya dari muhajirin mekah.
Juga kisah anak palestin yang tersangat yakin dengan Allah. Begitu tinggi pergantungannya dengan Allah Baginya Allah sudah cukup. Tiada yang lain di hatinya selain Allah.

Ya Rabb.. di celah-celah kegawatan umat belia Islam yang tenggelam dengan mainan dunia, yang tercungap-cungap di lautan yang penuh tipu daya, masih ada yang hampir denganMU. Masih ada yang sentiasa menyahut seruanmu.

Aduhai para belia, inilah jatidiri yang kita mahukan. Punyai iman yang jitu. Dari iman inilah lahirnya rasa kasih sesama insan, rasa ingin memiliki redha Tuhan, benda baginya bukanlah kebahagiaan tetapi cinta Tuhan lebih ia dambakan. Cukuplah baginya Tuhan yang Satu, Yang Maha Besar Maha Penyayang. Baginya dunia hanyalah sementara, ladang untuk dituai hasilnya di akhirat sana.



Jatidiri inilah yang ingin kita bina. Yang Islam menjadi tunggaknya. Bukannya jatidiri ciptaan musuh durjana.yang penuh dengan tipudaya. Yang bertopengkan keindahan dan keseronokan yang sementara. Yang hanya ingin memporak peranda belia remaja kita. Dengan pelbagai budaya dan jenama yang direka. Khusus untuk merosakkan muslim yang belia remaja.

Aduhai belia. Kenalilah Islam. Dalamilah Islam nescaya kamu akan mencintainya. Selamilah perancangan musuh Allah, selidikilah ia nescaya kamu akan benci dan menjauhinya. Sedarlah kalian bahawa perancangan mereka yang ingin kita leka dengan kecantikan dunia, membuang masa dengan perkara yang tidak tentu hala, berbangga dengan barang jenama mereka dan sibuk puja memuja artis-artis yang rosak akhlaknya, ….telah memusnahkan belia remaja Islam kita. Kerana apa mereka mencipta itu semua? Tidak lain hanya untuk menghilangkan jatidiri belia Islam kita lalu menggantikannya dengan perbadi dan gaya hidup mereka.

Tahukah kalian siapakah yang melakukan semua ini? Merekalah bangsa yang sedang memijak-mijak, menghenyak-henyak dan membantai saudara-saudara kita nun di Palestin sana. YAHUDI LAKNATULLAH!

Untuk itu, bangkitlah. Binalah peribadi muslim sejati. Jauhi entiti ciptaan yahudi. Adakah kita masih mahu leka dibuai tipudaya musuh durjana sedang sahabat-sahabat sahabat kita nun di Palestin sana bersengkang mata menyabung nyawa mempertahan agama, keluarga dan tanah waqaf tercinta. Yang tidak punya masa hatta untuk mengurus diri apatah lagi melayani kehendak rasa seorang belia….

Mulut jangan buka luas sangat!


Mungkin entry-entry saya yang sebelum ini kurang jelas mengaitkan tentang situasi yang hangat berlaku di tanah air tercinta baru-baru ini. Jadi, saya meringkaskannya seperti berikut:

Pertama, persoalan AKHLAK setiap kita dalam berhadapan dengan permasalahan itu.

Dari Abu Yahya, yaitu Shuhaib bin Sinan r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Amat mengherankan sekali keadaan orang mu'min itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada lagi seseorangpun melainkan hanya untuk orang mu'min itu belaka, yaitu
1. apabila ia mendapatkan kelapangan hidup, iapun bersyukur, maka hal itu adalah kebaikan baginya,
2. sedang apabila ia ditimpa oleh kesukaran ( bencana), iapun berSABAR dan hal inipun adalah merupakan kebaikan baginya." (Muslim)

Umumnya, bagaimana kita menyahut situasi yang berlaku dengan cara yang tidak berhikmah. Tidak melambangkan ciri-ciri seorang yang beriman. Dengan melatah, melenting, dan yang lebih teruk lagi mencarut-carut.

Marah itu, apabila tidak diiringi atas dasar iman, maka, ianya akan diselubungi nafsu yang membuak-buak. Seperti nasihat yang sebelum ini, janganlah kita berkira-kira dalam soal keimanan, soal menjaga hati kita. Kita bukannya membantu dalam situasi ini, malahan, kitalah yang menjadi agen penyebar omong-omong yang jahat.

Di dalam sebuah Hadis lain yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibnu Najah dan Abu Hurairah apabila Rasulullah s.a.w. ditanya tentang sebab terbesar yang membawa masuk syurga. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "TAQWA kepada Allah dan AKHLAK yang baik." Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dua rongga badan iaitu MULUT dan kemaluan."

Saranan saya supaya kita sama-sama mengikuti perkembangan tersebut dan pada masa yang sama lebih berhati-hati dalam tutur kata kita.

Kedua, persoalan seorang membenarkan perkara yang sudah terang-terangan SALAH kerana ingin mempertahankan kumpulannya. Maka, inilah yang disebut sebagai 'ta'asub dalam berkumpulan' dan hal ini selalu disalahertikan dengan berUKHUWAH. Sesungguhnya, ukhuwah itu menghubungkan antara dua orang sahabat hanya kerana Allah dan bukan sesuatu yang lain.

Firman Allah swt; "..dan bertolong-tolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan ketaqwaan, dan jangan bertolongan dalam mengerjakan keji dan kemungkaran..." (al-maidah:2)

Firman Allah s.w.t.:
"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah SABAR dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (al-baqarah;153)


Kawan-kawan,
Benar, pentas ini banyak mengundang manusia ke arah tidak berAKHLAQ. Jadi, sentiasalah kita cuba untuk berhati-hati dengannya. Takut kelak kita merana.

WS.

Drowning..



Sahabat, apabila mengenang segala pencapaian kita, ilmu atau segala kedudukan kita, kadang kala kita boleh terleka bahawa semua itu datang daripada Allah s.w.t. Anugerah yang tak ternilai dan merupakan nikmat yang bakal disoal tiap-tiap satu darinya di akhirat kelak.

Keinginan pada wang yang banyak, pengaruh yang kuat dan sanjungan yang tinggi, serta kemewahan yang tak tercapai dek akal fikiran, semuanya merupakan keinginan yang tak pernah ada penamatnya. Malahan, semakin besar kedudukan seseorang, semakin besar hajat yang diimpikannya sehingga menghakis secara beransur-ansur kalimah syukur di lubuk hatinya.

Boleh jadi seseorang itu mungkin mula melepaskan pandangannya terhadap mereka yang lebih rendah(atas timbangannya) lalu mengherdik atau merendah-rendahkan mereka. Perkara ini biasanya terzahir pada diri seseorang mengikut tingkatan iman masing-masing. Adakalanya, yang menjadi lebih berbahaya apabila penyakit ini berkulat legam dalam hati dan makin sukar untuk dicucikan.

Sahabat, apabila kita meneliti segala maksiat dan dosa yang kita telah lakukan, kita akan sedar manakah ‘kedudukan’ kita yang sebenar. Betapa kita perlukan Rabb yang Maha Pengampun. Betapa kita perlukan segala kasih sayangNya yang jauh lebih besar dan luas kalau dibandingkan kasih seorang ibu pada anaknya. Betapa kita amat perlukan kebergantungan padaNya.



Ya, manusia berhajat pada iman itu lebih dari segala-galanya, sama ada pada makanan, wang, rumah besar, hatta lebih daripada hajat mereka pada udara(oksigen dsb). Jika manusia dapat melihat imannya yang makin merudum seperti nyawa-nyawa ikan, tentu sekali mereka akan bersegara mencari jalan untuk memulihkannya. Tapi hal ini begitu jarang sekali, mungkin kerana manusia lebih nampak ‘udara’ berbanding ‘iman’ itu sendiri.

Lantas, agenda terbesar manusia bergelar muslim itu amat wajarnya untuk menjaga imannya. Bukan agenda menambahkan koleksi harta atau menandakan senarai nota barangan idaman yang telah dimilikinya. Cari segala jalan untuk tingkatkan imannya. Jaganya seperti jaga hartanya. Perhatinya seperti perhati ibu bapanya.

Akhir kalam, moga-moga kita tak berkira-kira dalam hal keimanan berbanding hal-hal lain…

Manusia

Petang itu,

"Bedah, pagi tadi si Mad jeling-jeling kat aku. Bestnye!" Seloroh Fatimah.
"Best ar kau Timah. Ada org minat kat kau. Aku ni sapala kan..." kata Zubaibah nada perlahan.
"Wei, janganla cakap camtu. Sedihla cmni.."

Malam itu,

"Timah, kau rasa, org Palestin tu mati syahid ke? Bukan ke dorg lawan sebab geram kat Israel tu. Nak balas dendam..."
"Ntahla. Mende ni, org cakap macam2... ada kata.... ada kata.. Aku rasa baik dorg ni yang mana-mana pun tak yahla main bom2, buat ssh semua org ja.."
"Tula, aku dengar, tanah tu pun asalnya tak tahu siapa yang punya.. blah2.. blah.."

Esoknya,

"Siti, kau gi semangat-semangat cerita ni buat pa.. bukan boleh menang pun kat Palestin. Baik kau balik rumah, gi study rajin2.."

Di Rumah.

"Nak study apa ya?"

"Hurmm.."

"Hah, ada Juara Lagu...."




Sabda Nabi s.a.w.
"Akan datang suatu zaman, sabarnya seseorang atas agamanya, sepertinya menggenggam bara api" (hadith)


Sungguh, kita melihat setiap perkara dalam sudut yang pelbagai. Ada yang mewacanakan sesuatu perkara menurut perspektif pada kaca matanya yang tersendiri. Ianya atas dasar dan tujuan yang tersendiri. Maka ianya dikatakan niat.

Bagi mereka yang mewadahkan sesuatu kertas yang ada padanya untuk dituliskan segala perihal perkara yang disukainya, perkara yang terjadi dalam kehidupannya seharian(diari), maka kertas itu cukuplah untuknya. Untuk rujukan buatnya. Maka mereka boleh dikatakan mempunyai perasaan kasih dan cinta pada diri yang mendalam.

Untuk mereka yang melihat kertas sebagai alat yang bakal menggempur segala musuh alam, dan menaikkan segala macam semangat jati yang mapan, lalu menyuburkan semua kealpaan umat, maka, ianya ditujukan khas buat umat.

Tetapi hal ini cukup tidak mesra akal. Rasanya tidak manis di lidah dan tidak kenyang di perut. Manusia cukup anti kebangkitan dan anjakan paradigma. Pokoknya dirasakan sepertinya ini tidak berdarah muda. Tidak seperti teman-teman seegoan. Tidak happy-happy dan enjoy.

Terus inilah yang dikatakan perjuangan! mengibar yang hak dan menurunkan yang batil mahupun batil itu cukup seronok dan puas menurut nafsu. Ketepikan keseronokan diri untuk mengapai keseronokan yang lebih sempurna. Keseronokan yang tiada tolok bandingannya. Keseronokan yang kekal terus atas kemenangan di dunia. Keseronokan bertemu Yang Maha Pencipta!

p/s: dialog yang di atas merujuk contoh bicara happy-happy.. diadunkan semua perkara hingga lengkap dirinya.. lantas dihujahi manusia dgn pelbagai tafsiran..

Coretan insan lemah.

Tahniah Sahabat!

Syukur pada ilahi, kerana kembalinya umat islam dibangkitkan dengan realiti kehidupan mereka. Masyarakat mula berfikir bahawa kita secara hakikinya diciptakan dengan segala fitrah. Ada permulaan dan ada penghujungnya. Ada tujuan hidup. Dan ada peranan seta tugasan yang perlu dilaksanakan atas bumi pinjaman ini. Bukan hanya memikirkan tentang apa yang harus dipenuhi dalam hidup sahaja.

Mungkin ada yang bertanya, mengapa kita menjerit melaungkan kesetiaan terhadap Islam dan mula berkumpul membantah segala tindakan musuh-musuh Islam? Ke manakah perginya semua pekikan dan laungan itu? Adakah akan didengari oleh si penjahat keparat lalu menghentikan tindakan terkutuk mereka? Ataupun ia mampu menggetarkan hati-hati mereka lalu berundur dari tanah mulia bukan miliknya? Ketahuilah bahawa segala usaha yang dilakukan, walaupun hanya secebis rasa sedih dan kasihan terhadap saudara-saudara di Palestin tetap bernilai di sisi Allah s.w.t.





Umumnya, masyarakat makin berkembang dan mula sedar akan peranan yang mereka perlu mainkan atas pentas duniawi ini. Rata-rata membincangkan apa yang berlaku di sana(Palestin) dan sumbangan yang boleh diusahakan buat saudara seakidah mereka. Lalu mewujudkan biah solehah yakni merujuk perbincangan tentang permasalahan umat.

Biasanya ,keluh para dae' begitu sukar untuk mewujudkan biah sebegini dikalangan masyarakat umum kerana kebanyakan mereka begitu seronok dengan kehidupan mereka lalu terleka tujuan asal mereka menjejakkan kaki ke bumi Allah s.w.t. Tambahan pula, bicara yang menjadi tumpuan umum, isu-isu yang hangat diperkatakan mengikut arus peredaran zaman.



Persoalan seterusnya, apa sebenarnya yang patut kita lakukan untuk menegakkan Islam betul-betul pada tempatnya? Sebenarnya jawapannya cukup terpampang luas ditunjukkan sendiri oleh utusan Tuhan, Nabi Allah, Muhammad s.a.w. yang menganjurkan kita kembali kepada Sirah bagaimana Baginda membina para sahabat ketika itu. Kaum Muhajirin dan Ansar diterapkan dengan tautan iman dan ukhuwah. Dan muslimin disemaikan tentang hakikat kehidupan di dunia. Kemudian barulah terbina umat yang betul-betul padu!



Dunia zaman moden turut mengundang fitnah yang cukup hebat. Dengan maksiat-maksiat yang cukup menebal dimana-mana dan amalan kebaikan dilihat begitu enteng sekali. Oleh itu, berusahalah untuk mendapatkan biah yang baik untuk membina diri kita. 'Uzlah'lah (larilah) dari biah-biah yang kurang membina, kerana ianya hanya akan menempa kita terjerumus ke dalam dunia maya aturan musuh-musuh Islam. Apa-apapun yang penting, hayati kata-kata ini;


“Medan kata-kata tidak sama dengan medan amal. Medan amal tidak sama dengan medan Jihad. Medan Jihad yang salah tidak sama dengan medan Jihad yang Sahih yang berhasil lebat dari pengorbanan yang minimal dan optimal” (Hasan Al-Banna)

Rintih Hati ini!

“Ya Allah, bantulah orang-orang Islam, Muslimin, serta para MUJAHID di Palestin dan Gaza.”


Merujuk apa yang berlaku di bumi suci umat Islam, Baitul Maqdis. Kiblat yang pertama. Tempat berlakunya peristiwa Israk Mikraj.

“Ya Allah, janganlah engkau ambil GAZA atas kelalaian(dosa-dosa) kami.”



Dosa? Apa yang telah aku lakukan? Aku berdoa. Aku bersedekah. Aku membaca berita.

Tetapi tetap aku tak merasai dekatnya pertalianku dengan saudara-saudara di sana. Tetap aku tak dapat mengaitkan perananku dalam perjuangan para syuhada’. Tetap aku tak rasai semua ini ujian daripada Allah atas kerosakan yang aku lakukan atas bumi milikNya. Aku orang Islam yang masih tidak menjaga solat jamaah, bacaan quran, puasa, solat malam, sedekah…

Hubungan aku dengan tuhanku amat jauh. Lalu aku berdoa. Ke manakah perginya doaku? Di atas angin-angin, atau di kaki-kaki bukit, atau di puncak awan, atau sekadar di lapisan-lapisan langit.

Bagaimana pula dengan rakan-rakanku?


“Ya Allah, BANGKITKANLAH umatku yang sedang tidur!”




Allah menghantarkan bantuan ribuan (malahan mungkin jutawan atau tak terkira) malaikat bagi menggempur musuh-musuh di medan Badar yang jauh lebih 3 kali ganda daripada tentera muslimin. Bagaimanakah mereka mendapat bantuan tentera-tentera Allah? jawapannya kerana mereka telahpun mencapai tahap minimum untuk LAYAK menerima bantuan daripada Allah.

Aku juga mahu layak menerima bantuan Allah, begitu juga rakan-rakanku. Maka, harusnya aku berusaha saling tolong-menolong untuk lakukan kebaikan. Saling ingat mengingat tentang menjaga Islam, Iman, dan Ihsan... Bukan tolong menolong ke arah kemaksiatan...

Mari kumpul hati-hati kita untuk bertaut dalam cahaya iman dan ukhuwah sepertimana Rasulullah tautkan kaum Muhajirin dan Ansar. Lalu membentuk umat yang kuat dan kental. Biar apa-apa ujian datang melanda. Biar Amerika Syarikat. Biar si Zionis Laknat! Akan kita tempuh dengan bantuan dan redha Allah s.w.t. Dan akhirnya mendapat tenang untuk melangkah ke syurga milik yang Maha Esa. WS.

MUJAHID.GAZA.BANGKITLAH.
Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template