Anda penat? Rehat sebentar..

Musim peperiksaan mengundang gangguan emosi yang pelbagai. Seringkali mereka yang terbabit menghabiskan banyak masa dengan mengulangkaji pelajaran dan usaha-usaha untuk menghafal segala ilmu yang telah dipelajari. Lantas masa yang diperuntukkan untuk merehatkan diri secara fisikal dan mental tentu sekali terganggu.

Jika kita perhatikan, ketika inilah ramai yang kecundang dek nak rehatkan minda. Tiada komen.

Tapi, dari sudut lain pula, kita lihat ketika inilah hati mudah dikesani sinar-sinar hidayah. Ketika inilah kita mudah tersentuh ayat al Quran. Ketika inilah diri gagah bangun malam. Ketika inilah pipi mudah dibasahi air mata. Ketika inilah diri teringat harapan ayah bonda.

Lalu salurkanlah emosi ke tempat yang sepatutnya.



"Sesungguhnya orang yang hidup untuk kepentingan diri sendiri semata-mata, mungkin dapat mengecapi hidup damai dan tidur nyenyak. TETAPI, ia hanya hidup sebagai orang KERDIL dan mati sebagai orang KERDIL juga. SEBALIKNYA, orang yang BESAR memikul beban yang BESAR ini yang tidak punya tidur, tidak punya masa bermain2, tidak punya hamparan yang hangat gebu, tidak punya timbunan harta, perabot mewah megah, dan tidak punya hidup bersenang-lenang" (Almarhum As-Syahid Sayyid Qutb)

Tazkirah; Hidup untuk Hari Peperiksaan



Kehangatan hari peperiksaan semakin dirasai segenap pelajar menjelang musimnya. Orientasi belajar zaman millenium ini yang menjurus ke arah peperiksaan memaksa setiap daripada mereka menggandakan usaha bagi yang telah berusaha, dan memulakan usaha bagi yang belumpun menyentuh buku mereka.

Kadang-kala timbul persoalan adakah aku bertungkus lumus dan berkerja keras mengulangkaji pelajaran untuk ilmu yang akan aku perolehi dan praktikkan(dalam setiap bidang), atau untuk merempuh setiap peperiksaan yang menjadi tembok penghalangan di hadapanku bagi meneruskan kehidupan ini? Apatah lagi menuntut ilmu untuk dakwah.

Hingga sampai satu tahap, peperiksaanlah yang menyebabkan hati kita berdebar-debar, lalu jari jemari kita mula kesejukan, dan peluh membasahi badan tanpa senaman. Kita rasai besarnya peperiksaan. Hidupku untuk Peperiksaan..

Jika diamati, ada satu lagi 'peperiksaan besar' yang masih kita tidak ketahui kapan tibanya, tetapi kita bakal dan pasti menempuhinya, bahkan soalan-soalan yang akan ditanya telahpun dibocorkan. Maka, wajarlah kita mengunakan peluang yang ada untuk 'score' dalam peperiksaan tersebut.


Rasulullah s.a.w bersabda;
" Kedua kaki anak adam tidak akan berganjak dari padang mahsyar sehingga ditanya empat perkara; Umurnya, kemana telah dihabiskan, Ilmunya, sejauh mana telah diamalkan, Hartanya, dari mana ia perolehi dan ke mana ia dihabiskan, dan Dirinya, ke mana telah ia gunakan." (Hadith)


Hidupku untuk hari peperiksaan... yaumul hisab!!

p/s: peringatan mungkin ulangan.. tapi bukankah pengulangan itu menandakan ia amat bermakna..

Wajibat amali;
Solat diawal waktu, Quran baca setiap hari, lakukan solat hajat dan berjaga malam.. yang paling utama.. Study dan ulangkaji pelajaran..

bilamana bunga mula berbicara..

‘Cinta sejati itu tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan’

Seroja;

Cempaka;


Cempaka; Apa benar cinta itu cinta yang sejati?

Seroja; Iya. Tentu sekali.

Cempaka; Tapi, jika tidak bertambah kerana kebaikan, dan tidak pula berkurangan kerana kelemahan, mana mulanya cinta itu?

Seroja; Mula cinta itu bukan dari kebaikan atau keburukan.

Cempaka; Sudah, mana mulanya cinta itu?

Seroja; Cinta itu datangnya secara fitrah.

Cempaka; Mana mungkin mencintai sesuatu kerana fitrah? Tiada permulaan yang cantiknya, yang manisnya, yang cerdiknya?

Seroja; Terus cinta itu datangnya daripada fitrah yang hakiki. Fitrah itu dari Islamnya.

Cempaka; Jadi Islam itu bukan kelebihan?

Seroja; Ianya lebih dari kebaikan.

Cempaka; Jadi bukankah itu daripada suatu kebaikan?

Seroja; Lebih kepada hakikat yang sebenar, perkara puncak yang paling sempurna. Paling menjadi timbangan pencinta sejati, jika cintanya itu benar-benar sejati.

p/s; ukur cinta kita pada rabbul izzati.. dedikasi buat akh Qamarul Naim..

Makan Suap

Merujuk tajuk di atas, post kali ini bukanlah untuk membicarakan tentang simpulan bahasa ‘Makan Suap’. Bukanlah untuk mengetengahkan tentang Perhimpunan Agong Umno baru-baru ini yang hangat memperkatakan tentang isu politik wang, makan suap, suap menyuap, rasuah dan sebagainya. Bukan jua untuk mendedahkan statistik tangga rasuah Malaysia di mata dunia.



Tetapi post ini hanyalah untuk mengajak kita mengimbau kembali di kala kita masih kecil, dijaga dengan penuh kasih sayang oleh ibu yang tercinta. Kita dibelai, dan dimanja sehinggakan tika kita kelaparan, ibulah yag menyuap makanan dengan tangan lembutnya terus ke mulut kecil kita. Hal ini jelas, ketika kita tak punyai kebolehan untuk menyuapkan makanan ke mulut sendiri. Ketika kita masih lemah. Hanya mampu untuk merengek meminta sesuap nasi, cereal, biskut,susu dsb.

Firman Allah swt;
"Allah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan sesudah kuat itu lemah kembali dan beruban..."(Ar Rum)


Kemudian, jika kita perhatikan, bezanya ketika di sekolah dahulu. Segala ilmu yang disuap tiap-tiap satunya oleh guru yang mulia.Keadaan ini sehinggakan segala latih tubi, gerak gempur, perkampungan ilmu dan penekanan yang cikgu berikan pada setiap bab dan topik menjadi penyebab atau faktor kejayaan kita pada hari ini(kecuali mereka yang benar-benar berjaya 100% atas usaha mereka sendiri).Jasa guru memang besar, hanya Allah swt yang mampu membalasnya kembali.


Berbalik pada bumi yang nyata ini. Secara peribadinya, saya rasakan Pelajar Perubatan MOU di mesir turut mendapat layanan suapan yang sama. Kami diajar satu persatu, diberikan nota-nota yang masuk di dalam peperiksaan dsb. Mungkin, berlainan di kebanyakan Universiti lain(Negara lain atau di al Azhar sendiri), situasi menyuap ilmu ini kurang ketara. Impaknya, ramai pelajar yang mula belajar untuk menyuap sendiri.

Dalam erti kata lain, mereka mula belajar berdikari dan berusaha sendiri untuk memperoleh ilmu tersebut. Konsep selalu bertanya, selalu berfikir, selalu menilai dll dapat merangsang sel-sel otak kita untuk berubah daripada mod disuap kepada mod menyuap.

Dan jika kita dapat perhatikan, ramai tokoh yang masyhur dan cukup terkenal melonjak jauh mengatasi pemuda-pemuda pada zamannya dengan mod ini dan dengan berfikiran yang kritis. Pada akhirnya, lahirlah individu-individu seperti as-Syafiee, ibnu Sina, ibn Rusy, al-Khawarizmi dan banyak lagi.

Jadi, marilah sama-sama kita memaksimakan kekuatan akal yang merupakan nikmat yang cukup besar kurniaan ilahi. Mana tahu, jika kita perah sedikit sahaja lagi, kita mungin, akan temui pelbagai jawapan yang tak terjawab selama ini...Ws

Di hujung terowong gelap, muncul CAHAYA!!

Article yang saya ceduk dari seorang sahabat, Assidiq Fauzan @http://heimujahid.blogspot.com/






Ini semua adalah keratan akhbar dari Berita Harian yang memaparkan pelajar cemerlang SPM tahun ini. Saya perasan, pelajar-pelajar cemerlang ini sangat berlainan dengan tahun-tahun lepas.

Mari kita ‘flashback’ sedikit.

2004 : Pelajar SPM Terbaik Malaysia adalah Nur Amalina Che Bakri. Bertudung kecil, sering memberitahu bahawa beliau juga gemar menonton televisyen dan mendengar muzik pada waktu lapang. ( Bagi saya, walaupun keputusannya bagus, namun ‘attitude’nya masih belum cukup untuk menjadi role-model muslimah sejati.)

2005 : Pelajar cemerlang semuanya adalah pelajar cina-buddha

2009 : Hanya ada 5 berita pada akhbar Berita Harian menceritakan tentang peribadi pelajar cemerlang SPM tahun ini. Menariknya, 3 daripadanya memberikan tips hidup yang cukup islamik dan bernas.

Gambar 1: Nik Nur Madihah, pelajar terbaik SPM 2009 dari Maahad Muhammadi (perempuan) memberitahu beliau mengulangkaji pelajaran setiap pagi selepas solat tahajjud dan membaca quran

Gambar 2: Mohammad Aizuddin Muhammad Ya’akob, dari SMKA Syeikh Haji Muhd Said, Seremban menceritakan beliau sangat mementingkan hubungan dengan Allah dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Gambar 3: Pasangan kembar Rohamina dan Rohaisha Jamil dari SMK King George 5, Seremban memberitahu pemberita bahawa mereka sering solat hajat dan membaca quran.

Inilah contoh yang kita tunggu-tunggu. Mereka berjaya memberitahu 27 juta rakyat Malaysia bahawa kecemerlangan syakhsiah mestilah seiiring dengan akademik. Tahniah buat mereka!

p/s; bukankan sekarang masyarakat sedang sibuk dengan isu pelajar sekolah, dengan buli, bunuh, isu mengandung awal dll. Harapnya mereka dapat cari penyelesaian dengan 3 keratan akhbar ni.

Taburkan Jasa Semaikan Budi

In Team
Taburkan Jasa Semaikan Budi


Pengalaman silam mengajar erti hidup
Amat payah untuk kita harungi
Mengapa masih ada di antara kita persengketaan

Perjalanan waktu
Sering menghambat kita
Kian hampir pada titik hujungnya
Tak perlu ragu-ragu
Untuk tegakkan tugu kemerdekaan

Segala-galanya kini telah disediakan
Untuk kita teruskan bersama
Jangan biarkan musuh merapatinya
Hancurkan kedamaian kita

Selagi kita mampu pertahankan
Maruah agama, bangsa dan Negara
Selagi itulah kita kan bersatu
Di situ letak kunci kejayaan kita bersama

Taburkan jasa dan semaikan budi
Jadilah kita warga yang berbakti
Tiup semangat cintakan Negara
Demi pewaris bangsa anak-anak generasi kita

Duhai bangsaku
Marilah sama kita kekalkan keamanan dan keharmonian
Demi agama, bangsa dan tanah air tercinta……

p/s; terima kasih semua akh atas memori yang sungguh indah..

Jemputan khas pada Jumaat, 13 Mac 2009

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template