Merungkai Potensi Diri


Jika direnung kembali helaian sejarah silam, kita tak dapat menolak bahawa kekuatan sesuatu tamadun berpunca daripada padunya umatnya pada ketika itu. Umat atau Kaum yang hebat itu lahir drpd individu-individu kental dan punya nilai tersendiri yang mampu disumbang kepada umatnya.

Kita lihat saja pada individu-individu seperti Umar al-Khattab, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Abi Waqas dan sebagainya. Mereka semuanya ada kekuatan masing-masing yang mampu disumbangkan pada ketamadunan Islam. Malah, mereka berlumba-lumba untuk memberi sebelum dipinta.

Dikisahkan Abu Dzar al-Ghiffary adalah seorang sahabat yang memeluk Islam ketika Zaman Dakwah di Mekah lagi. Walaupun pada ketika itu, Rasul s.a.w. menggunakan pendekatan dakwah secara rahsia, Abu Dzar tetap berkeras ingin mengistiharkan Keislamannya. Baginya, kalau boleh, biar semua penduduk Quraisy tahu bahawa segala yang dibawa oleh Muhammad adalah benar-benar belaka. Namun, semangatnya ini ditegah oleh Rasul s.a.w. atas sebab-sebab keselamatan dan maslahah umat Islam ketika itu. Semangat Abu Dzar tidaklah terpadam begitu sahaja, malahan apabila diminta untuk pulang ke negeri Ghiffar (tempat asalnya), beliau berhasrat untuk mengislamkan seluruh penduduk Ghiffar.

Masa pun berlalu, dan Nabi Muhammad dan orang Islam sudahpun berhijrah ke Madinah. Pada suatu hari, datang barisan-barisan manusia memasuki Kota Madinah dan melaungkan “Allahu Akbar!” beramai-ramai. Maka, benarlah Abu Dzar al Ghifaary, beliau pantas berjaya membawa bukan hanya seluruh Bani Ghifaar,tetapi juga Bani Aslim ke Madinah sebagai Muslimin.


Begitulah hebatnya, individu yang dididik oleh Rasulullah saw. Malahan, bukan sahaja kekuatan mendidik yang biasa-biasa, tetapi Rasulullah berjaya merungkai kebolehan yang dimiliki oleh seseorang individu mengikut kekuatan tersembunyi yang ada dalam jiwanya. Kekuatan ini lahir daripada percikan Iman yang disentuh lembut oleh Nabi saw.

Nah, umat sekarang, siapakah kita? Pernah kita bermimpi untuk menyumbang untuk Islam? Bukankah mimpi sekarang merupakan reality pada masa akan datang?

Apa yang saya maksudkan, kita semua punya kekuatan untuk disumbang pada Islam. Kekuatan ini antara dua, bersifat tersembunyi ataupun terlampau berkobar-kobar mengatasi berisan saff yang lain. Oleh itu amatlah baik jika kekuatan yang hebat ini berjaya dikawal atau dirungkai oleh hasil didikkan sepertinya didikan Rasulullah saw.


Didikan yang mampu menghasilkan individu yang mampu menyebut dengan sepenuh hati;

Allah matlamat kami,

Rasulullah teladan kami,

Al Quran perlembagaan kami,

Jihad adalah jalan kami,

Dan Mati di jalan Allah adalah cita-cita Kami tertinggi!!


p/s; terima kasih akh Suhaib Abd Rasyid.. ingtkan suh update blog

Berpesta dengan Buku!


Bagi setiap pencinta ilmu atau penggemar buku pasti tidak melepaskan peluang yang hebat untuk berkunjung ke Pameran Buku yang dianjurkan. Apatahlagi, jika pameran itu merupakan pameran buku kedua TERBESAR di dunia seperti yang berlangsung di bumi mesir ini. Lebih dikenali dengan ‘Maarod Kutub’ oleh penduduk tempatannya.

Tapi biasanya ada beberapa konflik dalam kalangan pengunjung Pameran. Contohnya;
1. Tidak tahu atau tak terancang untuk membeli buku. (Apa?)
2. Tidak kenal buku-buku yang diingini atau tidak kenal penulis yang berkaitan bidang2 tersebut.
3. Pengalaman bersemangat membeli banyak buku tetapi tidak mampu menghabiskan bacaan.
4. Duit yang diperuntukkan untuk buku2 tidak mencukupi.



Ini dapat diatasi dengan;

1. Tidak tahu atau tak terancang untuk membeli buku.
-Ketahui matlamat yang ingin dicapai. Dapat menyenaraikan objektif2 kecil dan besar dalam perjalanan hidupnya atau lebih khusus lagi apabila berada di perantauan. Jika medicinelah yag dikejar, maka carilah buku-buku perubatan yang mampu bantu capai matlamat itu. Jika, penguasaan bahasa arab yang dikejar, maka carilah timbunan khazanah bahasa di situ. Jika, motivasi atau santapan rohani yang dikejar, maka teruslah mencari buku2 tersebut.

2.Tidak kenal buku-buku yang diingini atau tidak kenal penulis yang berkaitan bidang2 tersebut.
-Mendapat bimbingan senior atau org yang lebih berpengalaman. Atau bergaul atau berinteraksi dengan sahabat2 yang lebih cenderung pada bidang2 itu. Berkawan itu kan penting, setuju?




3. Pengalaman bersemangat membeli banyak buku tetapi tidak mampu menghabiskan bacaan.
-Solat itu adalah ibadah. Tetapi, dalam ibadah solat sendiri seseorang itu mampu mengurangkan pahala solat atau lebih dahsyat lagi melakukan maksiat dalam solatnya sendiri. Begitulah juga dalam kita membeli buku untuk mendapatkan ilmu. Tetapi, jika terlampau asyik membeli tanpa memikirkan aspek pembaziran, ini akan menjerumus dalam kategori maksiat. Hal ini boleh diatasi dengan berniat untuk menghabiskan bacaan pada masa2 akan datang dan membuat perancangan khusus mengenainya. Atau boleh juga dengan menghadiahkan buku kepada rakan2 tanda kasih sayang kita kepada mereka.

4. Duit yang diperuntukkan untuk buku2 tidak mencukupi.
-Ketahui kekuatan kewangan kita dan bertindak membeli menurut kekuatan tersebut. Skema huh?

Baiklah adios..

KOBANNA; satu penyelesaian umat!

"..amat mengagumi individu-individu HEBAT yang lahir di tengah-tengah masyarakat, ya anda di luar sana. Sayangnya, tenaga yang HEBAT ini, mengapa tidak diusaha untuk disalurkan pada perjuangan membangkitkan umat!.. katakan tidak pada nanti, umatmu memanggilmu.. ayuh bersama membina generasi harapan ummah!.."



boleh rujuk blog ust OS.. http://ustazos.blogspot.com/

p/s; kepada sesiapa yang berkelapangan di tanah air, dijemput hadir..

Terpaut pada Masjid

Assalamualaikum..

bismillah..(tajdid niat)



Ada soalan di sini? Pernah tak apabila mendengar laungan azan kita merasakan ianya khas ditujukan untuk diri kita? atau kita merasakan ianya dituju kepada orang lain-pakcik-pakcik di masjid atau makcik-makcik tukang masak di kedai sahaja?

Sepatutnya kita merasakan seruan azan itu tepat dituju pada diri kita. Lalu kita bersegera untuk ke masjid. Dan setiap langkah ke masjid itu perlu disulami dengan perasaan hubb(cinta) yang tinggi. Manakala, apabila pulang daripada masjid pula, hati kita berasa rindu yang menggunung. Terngiyang-ngiyang bacaan al-Quran dan suasana tenang sekalian manusia menundukkan diri kepada Yang Maha Pencipta.

Inilah yang dikatakan 'Ta'aluk bil Masajid'(atau dalam bahasa lingua francanya hatinya sangat terpaut pada masjid)

Orang yang melazimi diri utk ke masjid punya byk kelebihan

1. Antaranya, kehidupan orang2 ini lebih tersusun. Dan jadual hidupnya diutamakan mengikut waktu-waktu solat.

2. Kemudian, hati mereka ini sangat tenang dan lebih berkeyakinan untuk mencapai husnu khotimah(pengakhiran yang baik).

3. Antara 7 golongan yang mendapat naungan Allah s.w.t. di hari di mana tiada naungan melainkan naungan Allah taala, ialah 'pemuda yang hatinya terpaut pada masjid'(hadis)

4. Dan banyak lagi pahala melangkah ke masjid, pahala iktikaf di masjid, pahala solat di awal waktu, solat sunat, pahala solat berjemaah dan banyak lagi..

Kenapa amalan yang dilakukan seperti solat di masjid lebih tinggi darjatnya berbanding solat di tempat-tempat lain?

Mudahnya, kerana masjid itulah Rumah Allah.. dan terdapat banyak tanda-tanda sujud orang-orang soleh di masjid menjadikan tanah itu tanah yang barakah.. penuh keberkatan¬

Dan, sempena musim peperiksaan ini, marilah sama-sama kita lebih-lebih lagi untuk menjaga hubungan kita dengan masjid. Meminjam, kata seorang sahabat, 'sebenarnya, setiap darpada kita ini memang sudah diciptakan untuk berjaya(mumtaz), tetapi hanya perlu untuk mengambil asbab sahaja,' tak kiralah asbab itu dengan lebih kuat studynya, atau lebih kuat hubungannya dengan Allah..

'Hayya nakhudz bil asbab!'(marilah sama-sama mengambil sebab(untuk cemerlang)!)

Minta doa, setiap ilmu yang dipelajari mendapat berkat dan kekal dalam hafalan kita. insyallah, kita bersama-sama menjadi meraka yang cemerlang. Ws.

Tembok tu.. Siapa yang kesah?!


Rakyat Palestin adalah umat yang dikepung di setiap sudut sempadan negara mereka dan hidup dalam serba kekurangan kerana sekatan yang dikenakan sejak mereka memilih HAMAS sebagai pemerintah yang sah dalam pilihanraya yang lalu. Sumber makanan, air, ubat-ubatan dan senjata adalah melalui terowong-terowong rahsia yang merupakan saluran hayat mereka. Berbekalkan sumber hidup yang terhad ini, rakyat Palestin masih mampu menggagalkan hasrat Yahudi dan musuh-musuh Islam yang lain daripada terus menjajah bumi Al-Aqsa.

Kini musuh-musuh Islam berusaha untuk meningkatkan penindasan terhadap umat Palestin dengan menyekat dan memusnahkan terowong-terowong rahsia bawah tanah yang menghubungkan Gaza dengan dunia luar. Kerajaan Mesir tunduk dengan arahan Zionis dan musuh-musuh Islam supaya membina tembok bawah tanah sedalam 18-30 meter di sempadan Gaza-Mesir bagi mengukuhkan lagi sekatan ke atas Palestin.

Tidak cukup Tebing Barat di timur Palestin diasingkan daripada dunia luar melalui pembinaan Tembok Apartheid oleh kerajaan Israel, kini Semenanjung Gaza di barat Palestin pula akan diasingkan daripada dunia luar melalui pembinaan tembok pemisah bawah tanah oleh kerajaan Mesir sendiri. Tindakan-tindakan ini tidak lain bertujuan untuk melemahkan tekad umat Islam di Palestin dengan menghalang sebarang bantuan dan bekalan daripada sampai ke sana, supaya mereka akhirnya tunduk kepada kehendak Zionis dan musuh-musuh Islam.


Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada umat Palestin dalam menghadapi sekatan dan penindasan yang berterusan ini. Semoga Allah SWT segera memenangkan umat Islam ke atas musuh-musuhNya dan sekutu-sekutu mereka. Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada umat Palestin dalam menghadapi sekatan dan penindasan yang berterusan ini. Semoga Allah SWT segera memenangkan umat Islam ke atas musuh-musuhNya dan sekutu-sekutu mereka.

diceduk dari http://ismamesir.com

Mati

"Setiap yang bernyawa itu, pasti akan menghadapi saatnya kematian."

Mati itu adalah kepastian



Mati itulah pengubat segala keangkuhan manusia terhadap apa-apa pun. Sehebat manapun seseorang itu, setinggimana pun, semuliamana pun, hatinya pasti bergetar mendengar kematian. Sifirnya mudah, lebih dalam kecintaan manusia terhadap kehidupan dunia, lebih dahsyat ketaran di hatinya, timbul perasaan sayang yang membuak-buak untuk meninggalkan kehidupan dunia menuju kehidupan akhirat.

Manusia mana-manapun, yang merasakan dirinya itu hebat, tak boleh lari daripada kematian. Dan dengan mengingati matilah, manusia akan kembali bangun dari buai lena duniawi yang penuh dengan kenikmatan yang merupakan pinjaman semata-mata.

Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu larikan itu, sesungguhnya pasti kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." (Al-Jumu'ah;8)

Adakalanya manusia alpa, apabila diberikan nikmat bercakap. Lidahnya, oleh sebab terlalu lama bersambung pada dirinya, dirasai seperti sebahagian daripada miliknya yang kekal. Haknya yang mutlak. Lalu dilontarkan segala isi bumi yang mampu diluahkannya. Pada hakikatnya, semua itu hanyalah pinjaman yang bersifat “you pay as you say” semata-mata. Semuanya termaktub dalam Kitab Amalan Sijjin dan Illiyyin yang akan dipersoalkan kelak.

Sampai satu hari, lidah manusia terkunci dari boleh berkata-kata. Sebaliknya, melawan fitrah asalnya, seluruh anggota badan manusia pula yang dijadikan boleh berkata-kata. Sehinggakan kulit itu sendiri yang menjadi saksi pada setiap pergerakan tubuh kita, setiap percakapan kita, setiap tingkahlaku dan setiap kerjaan kita. Firman Allah s.w.t.;

“Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa yang telah mereka kerjakan.”



“Dan mereka berkata kepada kulit mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?",


Kulit mereka menjawab: "Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pula pandai berkata,…

Kulit menjawab dan menjadi saksi segala perbuatan kita kelak.

…..dan Dialah yang menciptakan kamu pada kali pertama dan hanya kepada-Nya lah kamu dikembalikan."(Fussilat;20,21)

Dan sebagaimana Allah boleh menciptakan kamu, sebagaimana Allah boleh menjadikan lidah kamu berkata-kata, sebagaimana Allah memberi segala kenikmatan kepada kamu, sebegitulah jua Allah menjadikan kulit boleh berkata-kata. Adakah ianya mustahil? Sudah semestinya tidak!

Begitulah juga kematian akan menyebabkan kita berfikir berpuluh kali sebelum bertindak. Benarlah kata Nabi s.a.w., “Orang paling cerdik di kalangan kamu adalah orang yang paling banyak mengingati Kematian...”

Manakala, bagi hambaNya yang soleh pula, kerinduan yang tidak dapat digambarkan untuk bertemu Rabb yang Maha Mencipta. Rasa penat lelah, kesabaran dan ketabahan untuk menegakkan Kalimah Allah terpadam apabila bertemu Rabbnya. Itulah yang paling diingini, Redha Tuhan dan Ketenangan dalam Jiwanya menghadapi segala cabaran mendatang yang tak kian sudah. Wallahu'alam.

Kita Semua, Aset Berharga Ummah!

Bismillah..(tajdid niat)

Wah, semangat baharu tahun ini.. maaflah lambat update blog.. musim imtihan nih..

Baiklah..

Untuk kali ini.. beberapa perkara yang saya telah terlepas..


Pertamanya dan terutamanya, untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Ust Os dan Ukti Syarifah Aishah yang dikaasihi. Secara officialnya, ditulis disini.. Maaf Ust Os, ana tak mampu nak tulis entry utk ust.. dah ramai yag tulis.. ana cuma boleh manadah tangan doa kahwin utk ust.. setiap kali dengar lagu maher zain..~ Barakallahulakuma.. ok kot?

Keduanya, untuk tahun baru ini..

Rasanya semua orang pun sudah ada azam masing-masing, kan? Rasanya begitulah.. ada yang nak mumtaz tahun ini, ada yang nak makin rajin ke kelas, ada yang nak berubah itu ini.. tapi, apa yang saya harapkan untuk kita semua, sama-sama dapat merasakan bahawa, "Setiap Kita adalah Aset Berharga buat Ummah!"

Saya perlu melaungkan dengan jelas, "Kita Semua merupakan Aset Berharga Ummah!"

Saya perlu mengatakan dengan ikhlas, "Kita-kita adalah Aset Berharga Ummah!"

Saya perlu menyatakannya benar-benar daripada hati supaya sampai ke hati,
"Kita Semua adalah Aset Tak ternilai Umat Islam!"

Benar, betul-betul ni.. tak tipu.. tak main-main.. Kita Semua, setiap kita, setiap jiwa-jiwa yang bergelar muslim, setiap manusia yang mengucapkan dua kalimah syahadah adalah Aset sangat bernilai buat Ummah..


Walau apa pun, niat, azam, matlamat, cita-cita kita.. janganlah lupa untuk menyatakan,

"Kita Semua adalah Aset Berharga buat Ummah!"

jangan lupa, janganlah persiakannya, walaupun seketika..~
Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template