Belenggu Maksiat mencengkam Jiwa!



Kerosakan dan dosa maksiat yang menebal di kalangan umat Islam punca kemurkaan Allah swt. Lebih-lebih lagi, hendak melakukan maksiat begitu mudah pada zaman serba canggih ini (akhir zaman), dengan bantuan syaitan, nafsu, malah biah yang rosak.

Seperti yang dinyatakan ramai ustaz yang tersohor, boleh sahaja Allah swt memberikan kemenangan dan kekuasaan kepada orang Islam yang digelar khair ummah. Tapi, apa yang ingin dilihat ialah apa yang dilakukan umat gemilang ini pada setiap hari. Adakah merancang dan bergerak untuk mengembalikan syiar Islam ataupun sekadar memikirkan apa yang ingin dipenuhi dalam seharian untuk kepuasan dirinya sendiri. Yang lebih malang lagi, jika langsung tak yakin dan tiada percaya akan kemenangan Islam yang dijanjikan oleh Allah swt.

Di sini disenaraikan tahapan pesalah untuk sama-sama saya dan anda muhabasahkan;

1. Tahap satu Anak Tangga, mereka yang melakukan kesalahan dan tidak tahu akan kesalahan itu

2. Tahap Anak Tangga ke dua, mereka yang melakukan kesalahan dan serba salah kadangkala terlalai dan melakukannya, adakala bertaubat dan meninggalkannya

3. Tahap Anak Tangga ke tiga, mereka yang larut dengan maksiat tersebut dan tidak melakukan taubat

4. Tahap Anak Tangga ke empat, mereka yang tahu akan kesalahannya, bahkan mencari-cari lagi alasan membenarkan kesalahan tersebut

Tambah lagi, setelah berdiri di tahap yang tinggi ini, kesombongan yang tegar akan membekas di hati. Ketika itu, setiap lubang-lubang kesilapan orang lain kelihatan sahaja, seperti terbuka padanya hijab kepada semua perkara.

Ayuh kita cermin diri dahulu, menuding jari ke sana bermakna empat lagi jemari kita menunjuk ke arah diri kita...




Saudara, di waktu muda inilah kita seharusnya melatih diri untuk kuat melawan nafsu dan melatih diri untuk memiliki tabiat ibadah yang ideal. Supaya masa akan datang ianya menjadi satu yang mudah dan kita dapat menumpukan pada perkara-perkara yang lebih kompleks. (lalui jalan yang lurus, bukan yang bengkang bengkok)

Firman Allah swt;
"Allah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan sesudah kuat itu lemah kembali dan beruban..."(Ar Rum)


Sama-sama kita berdoa tidak termasuk dalam golongan yang disenaraikan tadi. Moga-moga kita mudah tersentuh dan mudah melakukan taubat. Harapan semoga anda semua mendoakan saya yang tersangat lemah ini.

Derita yg Tak Tertanggung lagi!

Wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail, dan jurukameranya, Shamsul Kamal Abdul Latip, nyaris terkena tembakan komando Israel yang menyerang kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara, pagi kelmarin. (Bharian)


"Kami diserang bertubi-tubi dan Alhamdulillah saya dan jurukamera Shamsul terselamat dari tembakan di mana peluru hidup digunakan.

"Dua orang Turki di sebelah kiri dan kanan saya ditembak di bahagian tangan dan juga di bahagian bahu. Tapi saya sempat menyelamatkan diri dan merangkak turun dari dek kapal melarikan diri ke kawasan yang lebih selamat di dalamnya.

"Saya merangkak di kawasan yang berlumuran darah dan ternyata pengalaman yang memeritkan untuk kita imbas kembali tetapi jika diperhatikan kami berjaya membuka mata dunia tentang apa yang berlaku.

"Saya tidak menjangkakan bahawasanya Israel boleh bertindak sedemikian kerana kami orang awam di dalam kapal tetapi tindakan ketenteraan yang dilakukan. Ini satu isytihar perang atas kemanusiaan,"




"Apa yang saya dapat simpulkan, 28 jam itu saya boleh rasakan pengalaman konflik enam dekad Israel-Palestin, kesengsaraan Palestin di bawah kekejaman rejim Zionis dalam masa 28 jam dan ternyata tidak dapat digalas dengan segala apa yang ada pada kita," katanya.


p/s; Ya, derita yg tak tertanggung lagi.. bayangkan konflik yg berpanjangan ini,kematian demi kematian, pencabulan, dan penjajahan, yang dirasai oleh penduduk Palestin selama ini.. yang dilapor hanyalah yang berjaya disebarkan.. byk lagi yg tak dinyatakan atas kesukaran yg dihadapi..

Kita bercakap tentang kemanusian kepada dunia dan mereka yang bukan Islam. Kita berkata tentang akidah kepada mereka yang Islam

Kita ubah persepsi hidup setiap daripada kita. Isu terbesar kita, isu Palestina. Kebebasan dan Pembebasannya.

Pentingnya untuk Umat Islam tidak melatah dengan carutan semata-mata, tetapi yg lebih utama untuk merasionalkan semangat berdarah muda yg ada dengan lebih aktif membawa kawan-kawan di sekeliling kembali kepada Islam yg sbenar.. yg dituntut..

Sertai mana-mana Solidariti Palestina yang dianjurkan, kerana itulah tanda derita yang dirasai oleh hati yang hidup.

Ajak kawan-kawan kepada akhlak Islam, ukhuwwah Islamiah..

Itulah amal kita~

el7amdu lillah!!





Gambar-gambar sebegini pastinya menggiurkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Bahkan, ia adalah impian hidup bagi sesetengah orang. Ia sebenarnya adalah sebahagian nikmat atau kebahagiaan yang belum (atau mungkin sudah?) kita kecapi di bumi ini.

"Pun begitu, pernahkah kita lihat sekeliling kita, dan merasai, apa yang kita kecapi sekarang adalah lebih daripada mencukupi."

1. Pernahkah anda melihat manusia yang sejak lahir, seluruh kulitnya penuh bersisik. Jika berpeluh, badan terasa sangat pedih. Inilah yang berlaku kepada adik Irsyad yang berusia 2 tahun (gambar). Bayangkan bagaimana dia hendak beriadhah ketika besar nanti, dieejek oleh rakan-rakan kerana memiliki wajah yang hodoh, aktiviti sosialnya pasti terjejas teruk. Cuba lihat wajah anda, walaupun tidak secantik mana, namun ia lebih dari cukup berbanding adik Irsyad, bukan?



2. Pernahkah anda mendengar tentang ibubapa yang mendera, melacur , malah membunuh anaknya sendiri?Kejadian sebegini semakin lazim di kalangan rakyat Malaysia. Cuba lihat ayah dan ibu anda, bukankah mereka sangat menyayangi anda, sehingga sanggup bekerja siang dan malam untuk membiayai yuran pengajian anda? Bayangkan jikalau ibubapa anda bersikap sebaliknya, iaitu dengan mendera, melacur dan membuang anda. Bukankah hidup anda akan jadi lain daripada sekarang?



3. Pernahkah anda merasai suasana gempa bumi? Bayangkan dalam masa 30 saat sahaja, semua bangunan dan ketamadunan ranap sama sekali.



Hilanglah harta, keluarga, dan tinggallah sehelai sepinggang (itupun jika bernasib baik anda masih lengkap satu badan). Semuanya berlaku hanya dalam masa setengah minit! Cubalah anda lihat negara anda yang aman dari bencana alam, bukankah ia sudah lebih dari cukup?

JADI,

1. Benarlah kata-kata Allah di dalam Al-Quran : "..Dan HANYA SEDIKIT dari hambaku yang bersyukur.."

2. Muhasabah: Adakah anda mengingati nikmat-nikmat ini tatkala anda mengucapkan tahmid 33 kali setelah usai solat fardhu

3. Ingin berkongsi kata-kata salafussoleh : " sangat bahagia hidup seorang mukmin itu kerana apabila dia ditimpa musibah, dia bersabar. Dan apabila dia diberikan nikmat, dia bersyukur.


Wallahu a'lam(http://heimujahid.blogspot.com)

Dajjal


Jika ditakdirkan oleh Allah taala, mungkin-mungkin saja kita akan ketemu si Dajjal dalam jangka hayat kita..

Kadang-kadang, saya tak berapa faham, macam mana kita boleh sampai memilih Syurga yang ditawarkan oleh Dajjal, yang pada hakikatnya Neraka Jahannam. Dan bagaimana kita boleh melepaskan Neraka Dajjal, yang pada hakikatnya Syurga Allah s.w.t.

Bukankah kita telah diberitahu, apa yang Dajjal tawarkan itu hanyalah permainan dia(orang ke apa ya?) sahaja. Bukankah semuanya itu supaya kita menjadi pengikutnya yg durjana, peneman dia menempah seksa di akhirat kelak..???!

Sabda Rasul s.a.w.;“…sesungguhnya al-Masikh ad-Dajjal adalah seorang lelaki yang pendek, hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, berambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.”(Riwayat Abu Daud)

Tetapi..

setelah meneliti kembali, hakikat umat Islam sekarang ini, sepertinya kita sudahpun membuat pilihan.. Ya, sudahpun memilih Syurga Dajjal!

Bagaimana pandangan kita mengenai kehidupan ini? apa yang kita inginkan sebenarnya? Mengapa keseronokan itu begitu menguasai diri kita? Mengapa jiwa muslim yang begitu berharga itu mudah-mudah sahaja dikotori virus-virus kemaksiatan?! Keseronokan itulah nafsu.. mainan dajjal..

Apa pandangan kita mengenai perkahwinan? Adakah perkahwinan yang dimulakan dengan dorongan hawa nafsu mampu mengekalkan 'binaan masjid tersebut'? mampukah generasi-generasi pendakwah yang hebat seperti generasi sahabat ridhwanullah anhu lahir daripada perkahwinan jenis ini? Atau bukankah sudah terbukti perkahwinan artis-artis berpaksikan nafsu diakhiri dengan penceraian dan pergolakan rumahtangga?

Belum lagi bercerita mengenai perjuangan Islam... belum lagi bercerita mengenai generasi harapan umat Islam.. belum bercerita mengenai percaturan politik yang kotor.. Ya, satu muhasabah.. buat kita..


Ust Ashaari Kembali ke Rahmatullah


Bagi mereka yang mengikuti perkembangan dakwah Islam di Malaysia ataupun bersama-sama dalam gerakannya, pastinya nama al-Arqam bukan lagi asing di telinga mereka. Dan kira-kira jam 2.00pm waktu tempatan semalam, Ust Ashaari Muhammad, Pengasas gerakan al-Arqam tersebut kembali ke rahmatullah kerana jangkitan paru-paru. Beliau meninggal dunia di Ipoh Specialist Centre.

(diceduk daripada Blog Ust Halim>>)

Di antara sumbangan Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad kepada umat Islam di Malaysia khususnya ialah :

1. Al-Marhum berhadapan dengan serangan Budaya Barat yang menyerang umat Islam dan telah merubah identiti Islam mereka sekian lama. Ini beliau lakukan secara amali dengan membentuk gerakan Al-Arqam yang cuba memaparkan Islam secara menyeluruh di setiap aspek kehidupan seperti pakaian menutup aurat, produk makanan Islam, ekonomi, media dll.

2. Al-Marhum memberi nafas baru dan keyakinan kepada umat Islam bahawa mereka boleh menjana ekonomi, berdikari dan berjaya dalam skala yang besar (Group of Companies), asalkan mereka mempunyai penghayatan Islam yang baik, zuhud dan bekerja di dalam team group (berjemaah).

3. Al-Marhum melalui jemaah Al-Arqam adalah jemaah pertama di Malaysia yang berjaya menonjolkan Kesenian Islam (nasyid, sajak dsb) sebagai salah satu wasilah dakwah yang meluas dan berkesan.

4. Al-Marhum dan jemaah Al-Arqam cuba mempraktikkan amalan poligami secara kolektif (berjemaah) sebagai salah satu usaha menangani aspek sosial yang diketengahkan oleh Islam.

5. Al-Marhum melalui jemaah Al-Arqam, Rufaqa' dan seumpamanya berjaya dalam penghasilan produk media sebagai salah satu wasilah (cara) dakwah terpenting seperti akhbar Al-Arqam, majallah-majallah Anis, Asuh dan lain-lain. Majallah yang dihasikan sangat bermutu tinggi di segi bahan dan seninya. Diaspek ini juga Al-Marhum berjaya menggerakkan ahli-ahlinya, dewasa dan kanak-kanak berdakwah dan berniaga dengan cara mengedarkan majallah secara langsung di stesen-stesen bas, kompleks perniagaan dan di tempat-tempat awam. Segelintir manusia menuduh ianya satu bentuk penganiayaan. Saya melihat ia satu kekuatan. Kekuatan mendidik ahli bergerak dan teguh bertemu orang ramai, berdakwah dengan usaha tanpa kata-kata yang semua boleh berperanan disamping menjana ekonomi kepada Dakwah.

6. Al-Marhum mendidik dan menghasilkan pengikut yang tajarrud, berjuang habis-habisan demi mencapai matlamat Dakwah yang digariskan oleh pimpinan Al-Arqam. Mereka menyumbang kepada jemaah, hidup berpoligami dalam kesederhanaan, sebahagian besar bekerja sepenuh masa untuk Al-Arqam bergaji kupon-kupon Al-Arqam sebagai sarahidup dengan membeli makan minum hanya di kedai-kedai Al-Arqam.

Semoga Allah swt merahmati Al-Marhum, mengampuni dosa-dosanya, menerima amalan dan sumbangannya kepada umat Islam dan ditempatkan di Syurga bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhadak dan Solihin. Merekalah sebaik-baik teman disana nanti.

Adik Shafiq Aziz?






p/s; tengok, mantap kan budak jepun ni, baru 5 tahun.. tapi mungkin sebab sudah lama diajar bermain ukulelesejak kecil lagi , boleh menjadi pemain ukulele yang mantap.. biarpun masih tak reti cakap bahasa omputih.

INilah kesannya didikan dari kecil lagi! ~Kita pula, bagaimana? apa 'pendidikan'(tarbiyah) kita sejak kecil? Didikan timur, omputih?

Rasanya nak teruskan dengan apa ya? Tarbiyah Barat-hedonisme,musik lalai,dll atau yang lebih islamik?

atau kita sekadar nak 'just sit back and enjoy our life'
....

huurrmmm...(masih pening ka?)

Sujud yang Merdeka

ni sikit ole-ole untuk sahabat sekalian:



Sujud itu menundukkan dahi(kepala), tetapi
Memuliakan muslim yang bertakbir
kepada Allah dan bertasbih padaNya
Si jahil menyangkanya belenggu ke atas hamba
tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu

Di dalam kemuliaan sujud, semua akan tunduk
kepada muslim yang sujud
Seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya
Wajah dan seluruh anggotanya diletakkan di bumi
Tetapi dia menggoncangkan gunung-ganang
Meruntuhkan syirik, was-was di dalam diri si jahil
tetapi membangunkan segala generasi dalam ketenangan

kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi
lantaran kehebatan dan kebesaranNya
Sujud kepada Allah dan mengesakanNya, lalu mantap dan kuat
Terhapuslah setiap penzalim yang sombong

Barangsiapa menghayati sujud ini,
dia menikmati kepimpinan dan ketuanan
di muka bumi, dengan keagungannya, rahmat dan keindahannya-Ust Abdul Wahab Azam

p/s; agaknya dalam bahasa Arab lagi zouq kot.. okay, jom sambung study
Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template