Solidariti Palestina



"Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah".."(as-Saff;15)



Mari Meriahkan Sambutan Hari Raya di Mesir!!!

“Bagi orang yang berpuasa, mereka mendapat dua kegembiraan. Satu kegembiraan pada hari menyambut hari raya dan satu lagi kegembiraan pada hari mereka bertemu dengan Tuhan mereka.”(hadith)


Ikhlas dariku..

Bismillah(tajdid niat) << tiru bilal.. hehe

nak mula dari mana ya.. hmm..




“Perkongsian Berharga berhajat kepada Keikhlasan Menggunung..”

Begitulah untaian kata yang dapat dilafazkan dari iftor (Iftor Medic Muslim) hari itu. Kadang-kadang terasa juga, berapa ramai sebenarnya yang benar-benar aktif, komited, dan bersungguh-sungguh dalam dakwah. Kawan-kawan, kita bukan sendirian, bukan sekelompok sahaja, tapi orang yang benar-benar nak redha Allah ramai sebenarnya. Mereka ini tak perlu untuk dibentangkan segala amalan, kegiatan mereka untuk Islam, cukuplah Allah dan sebahagian manusia sahaja yang mengetahui. Nak jaga ikhlas tu kan susah. Tak gitu?

Tapi untaian kata kat atas tu masih tak lengkap. Tambah lagi..

“…sebegitu juga pemberinya, sebegitu juga penerimanya, masing-masing perlu ikhlas.”


Sungguh, orang beriman itu, apabila bertemu dengan orang beriman, maka bertambahlah iman keduanya. Awas, ni hanya untuk orang beriman, orang yang merasa dirinya beriman, orang yang ingin menjadi sebahagian dari orang beriman. Beriman tu apa? Beriman tu nakkan tuhan.

Sesebahagian orang marah kalau kata, jumpa orang ini, tambah keimanan, jumpa orang lain pula berkurang imannya. Satunya, bab iman tak boleh nak ukur, bukan kerja kita nak kata iman itu ini. Hal ini pandailah fikir sendiri ya. Yang hal kedua, ada yang kata kenapa perlu sikap tak adil, anggap orang tertentu soleh, orang lain jahil. Kita kan perlu sikap muta’adil, janganlah diskriminasi!

Sheikh, bukan begitu sebenarnya.. cuma kita dalam memilih kawan, perlulah cari yang soleh. Sebab kawan bentuk biah(persekitaran) kita. Sebab kita pun nak jadi soleh juga. Yang problemnya bila kita sendiri pun tak nak jadi baik. Tak nak jadi soleh. Rasa macam skema je. Rasa macam tak berdarah muda remaja. Tapi sebenarnya, tulah silap kita. Mentaliti yang tak sihat. Dengan mentaliti nilah umat Islam kecundang.


Satu hari Umar al Khattab duduk-duduk dengan sahabat yang lain. Lantas beliau bertanya pada seorang sahabat, jika kau diberi pilihan, apa yang paling kau inginkan. Kemudian sahabat tersebut menjawab, aku ingin memiliki harta yang bergunung-gunung.. lalu akanku infaqkan semuanya untuk Islam. Ada yang nakkan permata, itu ini dan sebagainya. Semua nak miliki kemewahan yang berlipat ganda, lalu menginfaqkan semuanya untuk Islam. Mereka bertnya pula pada Umar, sebaliknya beliau menjawab.. beliau berimiginasi untuk memiliki pemuda-pemuda seperti Abu Bakar, Salman, Talhah, Zubair dll dan bukan harta yang berganda. Kerana pemuda-pemuda sebeginilah yang mampu membawa agama yang mulia ini. Dengan Pemudalah lahirnya kekuatan Umat ini.

Kepemudaan bukan hanya milik orang muda, malah ia juga milik orang tua. Kepemudaan yang unggul disebut oleh al-Banna: “Berikan aku 300 katibah, yang mana rohnya sarat dengan iman dan taqwa, dadanya padat dengan ilmu dan thaqafah, jasadnya terlatih dengan latihan, maka ketika itu jika kamu mengajak aku untuk meneroka angkasa lepas, menembusi bumi tujuh petala, menghancurkan kepala penjajah, aku sanggup”.

Menariknya kisah 4000 orang tentera Islam berhadapan dengan puluhan ribu tentera musuh, mereka meminta bala tentera bantuan daripada Umar al-Khattab. Khalifah Umar hanya menghantar 4 orang komander sahaja. Kenapa 4 sahaja? Siapakah 4 orang itu? Hah, Mereka ialah rijal(pemuda) yang bersamaan ribuan pemuda. Mereka shj sudah cukup untuk mengalahkan puluhan ribu tentera musuh.

Begitulah pentingnya diri kita untuk dibina menjadi seperti pemuda yang dimaksudkan, yang diinginkan. Pentingnya kita untuk dtarbiyah secara sistematik dan berkesan. Pentingnya untuk turut serta dalam gerakan memuliakan agama ini. Jangan berlepak, jangan berehat.. kita taknak duduk zon keselesaan, zon kerehatan hingga lalai, lupa hidup bertuhan. Kan Umar sendiri pun menidakkan harta kemewahan yang berlipat ganda. Nah, inilah pengajarannya.. wallahu’alam..

Watch your thoughts, they become words.
Watch your words, they become actions.
Watch your actions, they become habits.
Watch your habits, they become character.
Watch your character, they become destiny


hayati..

Merdekakah kita?


Mungkin dikatakan kebetulan tarikh kemerdekaan jatuh didalam bulan Ramadhan, mungkin juga ada yang mengatakan perkara biasa sahaja. Tapi yang pasti setiap perkara ada hikmahnya, dan kita selaku orang muslim yang mengaku diri beriman pada Qada’ dan Qadar Allah swt pasti akan mencari kaitan antara merdeka dan ramadhan ini. Boleh jadi, ramadhan kali inilah kita baru menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya.

Sesetengah orang memandang kemerdekaan suatu perkara yang remeh. Tak kurang juga yang mempersoalkan kenapa perlu menyambut kemerdekaan. Perkataan sempadan negara, tanah air, bangsa, semangat kekitaan, nasionalisme dan sebagainya seperti asing di lubuk hati mereka. Tambahan pula, Sejarah merupakan matapelajaran yang cukup membosankan menurut sebahagian pelajar. Rasanya seperti tidak muslim dengan istilah-istilah sebegini. Rasanya seperti terjajah oleh pemikiran sekular punyaan Barat.

Cop, tunggu sekejap, tarik nafas perlahan-lahan. lepas... sambung

Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadith) bertanya: Wahai Rasulullah, adakah dianggap ashobiyyah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda s.a.w.: Tidak, tetapi ashobiyyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman. (hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)



Kita perlu melihat semangat Kemerdekaan ini dari sudut yang berbeza. Jangan terlalu menjumudkan pemikiran dengan mengatakan hal ini bukan dari Islam. Malahan, jika kita beranggapan begitu, kita sendiri yang telah menjuzuk-juzukkan agama Islam. Kita memisahkan antara agama dengan semangat kebangsaan, memisahkan agama dengan bangsa, memisahkan agama dari realiti hidup kita. Bukankah Islam itu Syumul? Seperti hal ini dengan pemisahan agama dalam politik, pentadbiran, hukum hakam dan sebagainya.

Adapun tentang kecintaan terhadap sesuatu bangsa, Rasulullah s.a.w. sendiri ada menegaskan mengenai kecintaan terhadap bangsa Arab sebagaimana dalam hadith mafhumnya;

Rasulullah s.a.w. bersabda; “Kecintaan terhadap bangsa Arab itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan..”

Begitu juga tentang keistimewaan bangsa Quraisy dalam kepimpinan (khilafah). Antara hadith tersebut adalah

حديث أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ” الناس تبع لقريش في هذا الشأن،"
متفق عليه

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia mengikut bangsa Quraisy dalam urusan ini (kepimpinan dan sebagainya)….” Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Hadith ini menceritakan tentang kelebihan bangsa Quraisy yang menjadi tauladan kepada bangsa-bangsa lain pada zaman Rasulullah s.a.w. tersebut.

Ini bukanlah bererti Rasulullah saw ashobiyyah tentang Bangsa Quraisy, tetapi menceritakan keistimewaan dan pengkhususan bangsa tersebut khususnya dalam bab khilafah.

Ini antara petunjuk yang menunjukkan prinsip Islam yang merai fitrah manusia yang mencintai sesama sendiri, dari kalangan ahli keluarga, bangsa dan tanah airnya sendiri. Selagimana ianya tidak melampau (iaitu membawa kepada kezaliman), maka ianya tidak tercela dalam Islam.

Jadi, pada Ramadan yang Mulia ini, mari kita memerdekakan pemikiran kita dengan prinsip Islam yang lebih Syumul. Jangan kita memandang hanya pada satu aspek dan meninggalkan aspek yang lain. Wallahu a’lam.

Persoalan??

Saya tertarik dengan jawapan beberapa sahabat saya mengenai isu ini.

Apakah sebab kejatuhan Khilafah Islamiah yang telah sekian lama tertegak?

1. Terhentinya percambahan ilmu dan perbincangan ilmiah di kalangan para ulama' kerana dihalang oleh Sultan atau Khalifah. Jadi, kemajuan ilmu dari segala sudut tidak diperoleh memberi kesempatan pada musuh Islam untuk menawannya.

2. Umat terlalu memfokuskan kepada perbincangan perkara furu' dan lari dari fokus yang sebenar. Akidah rosak, akhlak runtuh dan sibuk bertengkar mengenai perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Biah imaniah dan solehah tak wujud, lalu hati jadi kering dengan amalan yang seperti adat kebiasaan.

Apa pendapat yang lain?

Pasar Ramadhan 1430H: Dataran Kompleks Hayyu 'Asyir

Ramadan yang Terbaik buatku..

“Ya Allah, jadikanlah Ramadan kali ini, Ramadan yang Terbaik buatku..


Impinya kita pada keampunan Allah swt.

Jika kita renungkan, tak dapat bayangkan betapa banyaknya dosa yang telah kita lakukan selama ini. Boleh jadi, kalau dosa itu berbentuk gumpalan batu-batu, dan kita pikul atas kepala kita, tak tahulah besar mana gunungan batu yang bakal menghempap atas kepala kita.Begitulah bagaimana orang yang beriman melihat maksiat atau dosa yang dilakukan setiap hari.

Sebaliknya, golongan fasiq memandang maksiat yang dilakukan seperti lalat yang hinggap di hidung mereka, kemudian ditepis lalat itu dengan tangan mereka, lalu terbanglah ia ke udara. Beberapa ketika kemudian, hinggap kembali ke hidung. Sepertinya maksiat itu suatu yang remeh dan bukan menjadi perkiraan atau tumpuan golongan tersebut.


Para Salafussoleh dahulu sentiasa menghitung maksiat yang telah mereka lakukan. Mereka berusaha untuk berhati-hati dalam setiap tindak tanduk mereka dan bersegera untuk bertaubat dan mengharapkan maghfirah dari ilahi.

Maksiat dalam erti kata para alim ulama’ bukanlah seperti yang kita rasai. Hatta melewatkan solat berjemaah di masjid pun termasuk dalam maksiat bagi mereka. Maksiat yag difahami ialah sebarang ketidaktaatan yang dilakukan kepada Allah swt. Masakan tidak, seorang Sheikh Besar, Dr Yusoff al Qardawi mengatakan dihadapan himpunan ramai ulama’; “jikalau dosa itu punyai bau, pasti kalian semuanya akan menjauhi aku.”

Dan Imam Syafiee yang mengadu buruknya hafalnya hanya kerana terlihat bahagian tumit seorang perempuan ajnabiah di pasar. Bayangkan apa yang dilihat oleh remaja-remaja kini? Bayangkan teruknya maksiat membunuh syabab(pemuda) muslim bak kegelapan yang menutupi cahaya.

Betul, kita sangat dahagakan keampunan ilahi. Kita perlu pada rahmatNya untuk melangkah ke Syurga abadi. Kita perlukan redhaNya setiap detik setiap hari.

Sabda Rasulullah saw ; "Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan ketulusan, Allah akan mengampunkan dosanya yang terdahulu." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)


Jadi, dalam melangkah ke bulan yang mulia ini, marilah sama-sama kita merebut segala ganjaran dan pahala yang bertaburan sambil menghirup udara segar Ramadan. Kita hidupkan malam dengan solat Qiam dan Tahajjud. Kita perbanyakkan bacaan ayat suci alQuran. Kita banyakkan sedekah dan amal jariah.

Semoga kita tak termasuk seperti yang disabdakan oleh Rasul saw; "Rugilah orang yang didatangi Ramadan , kemudian bulan itu berlalu tetapi dosanya tidak diampunkan." [Hadis Riwayah Ahmad]

Kita berdoa semoga Ramadan kali ini, Ramadan yang terbaik buat kita semua.. insyaallah!
Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template