Pencerahan buat Pencinta Islam


"Siapakah aku?

Aku adalah seorang insan yang mencari kebenaran… Lantas aku temuinya dalam Islam.
Aku adalah insan yang mencari jalan kehidupan .. Lantas aku temuinya dalam dakwah al-Ikhwan..


Ya setiap kali datang hari-hari baru .. akan ada saksi yang melihat amal-amal kita.. Hari baru ini juga merupakan peluang untuk kesekian kalinya yang dikurniakan oleh Allah kepada kita supaya kita berusahan menyelamatkan diri kita daripada neraka, dengan mengikuti ajaran Islam yang Agung.. Islam adalah Rahmat Allah yang menjadi petunjuk dan manhaj hidup yang lurus.

Langkah pertama di jalan ini ialah berusaha memperbetulkan diri kita.

Wahai saudaraku ahli al-Ikhwan !!

Medan amal kamu yang pertama adalah diri kamu. Sekiranya kamu berjaya memdidik diri kamu maka kamu akan lebih mampu mendidik orang lain. Sekiranya kamu gagal mendidik jiwa kamu maka lebih payahlah untuk kamu mendidik orang lain.




Cubalah berjuang mendidik jiwa kamu terlebih dahulu. Ingatlah dunia hari ini amat-amat menunggu-nunggu lahirnya satu generasi pemuda-pemudi yang cemerlang, memiliki jiwa yang suci bersih (daripada kotoran jahiliah) dan memiliki akhlak mulia yang utuh. Kamulah pemuda-pemudi itu . Pastikan mereka itu adalah kamu dan janganlah kamu berputus asa untuk terus berusaha.

Letakkan dihadapan mata kamu sabda rasulullah s.a.w.
( Pastikan diri kamu untuk melakukan enam perkara dan aku menjamin syurga untuk kamu: Apabila berkata-kata bercakaplah yang benar, tepatilah janji-janji kamu apabila berjanji, tunaikanlah segala amanah yang kamu terima, peliharalah kemaluan kamu daripada zina, tundukkanlah mata kamu daripada maksiat dan tahanlah tangan kamu daripada dosa..)


Kemudian lihatlah diri kamu apakah kamu melakukannya..

Wahai al-Ikhwan.
Dakwah kamu ini tertegak di atas tiga asas: Mengenal Allah, memperbaiki diri dan mengasihi semua makhluk.

Mengenal Allah dengan berzikir mengingati Allah dan bermuraqobah. Memperbaiki diri dengan melakukan ketaatan dan bermujahadah dan mengasihi manusia dengan memberi nasihat dan bersikap itsar.




Perkara pertama yang saya minta kamu lakukan dan yang saya akan muhasabah kamu atas asas fikrah Ikhwan ialah:

1. Kamu hendaklah memperuntukkan sedikit masa untuk membaca al-Quran dan menghafal sekurang-kurangnya satu ayat sehari.

2. Kamu hendaklah duduk melakukan muhasabah diri setiap hari sebelum tidur. Bentangkan semua aktiviti harian kamu pada diri sendiri sekiranya kamu melakukan kebaikan bersyukurlah kepada Allah dan sekiranya tidak hendaklah kamu berazam menyempurnakan apa yang tertinggal.

3. Kamu hendaklah memelihara solat 5 waktu dalam waktunya. Kamu hendaklah menunaikannya dengan sebaik-baiknya. Kamu hendaklah memahami hukum-hakamnya. Lakukanlah rukuk, sujud dan khusyuk dengan sempurna. Bacalah al-Quran di dalam solat dengan bertajwid dan bertadabbur . Janganlah kamu mengabaikan amalan sunat dan solat rawatib. Kamu hendaklah berusaha menunaikan solat berjamaah di masjid dan memastikan sentiasa menunaikan solat Subuh dalam waktunya…"

(daripada helaian risalah Imam As-Syahid, diterjemah oleh Ust Anuar Salleh)

3 Mac 1924

Jika kita mengimbau kembali sejarah silam, tarikh 3 Mac 1924 merupakan tarikh yang cukup mendukacitakan umat Islam keseluruhannya. Berlakunya pada tarikh ini suatu peristiwa hitam yang menikam menusuk padu ke dalam hati pencinta-pencinta agama mulia ini. Terasa pedih, geram, sedih, malu, lemah, bersemangat yang bercampur baur saat demi saat, jam demi jam pada hari tersebut.



Pada hari ini, secara rasminya, sistem Khilafah Islamiah dimansuhkan dan Negara Turkey menggunapakai sistem Republik dalam pentadbiran mereka. Hal ini terjadi hasil konspirasi yang cukup teliti yang dirangka dan dirancang oleh musuh-musuh Islam termasuk dikalangan orang islam yang berhati busuk berbau najis ‘kemunafikan’.

Antara hero yang kita patut sanjungi ialah Sultan Abdul Hamid II yang berjuang mati-matian untuk mempertahankan Khilafah Islamiah ini. Baginda ditawarkan dengan macam-macam tawaran daripada harta, tanah dan sebagainya untuk melepaskan kekuasaannya sehingga akhlak baginda menjadi ‘amaran’ kepada barat dan musuh Islam. Baginda turut tegas dalam mempertahankan isu Palestin dan perkara ini menjadi ancaman hebat terhadap rancangan jahat Zionis dalam rangka untuk menguasai dunia.



Akhirnya pada 1909, darurat terancang telah dicetuskan, dan fatwa dikeluarkan untuk memecat Sultan Abdul Hamid II. Baginda dan kaum kerabatnya dibuang Negara dan dikurung di Istana sehingga meninggal dunia.

Dan pada ketika itu, Mustafa Kemal Ataturk menjadi ‘penyelamat umat Islam’ dengan melakukan perubahan yang mengejutkan semua pihak termasuk Al-Azhar sendiri. Manusia jahat ini memansuhkan sistem kesultanan dan mengumumkan Turkey sebagai Negara Republik. Kemudian lebih dahsyat lagi dengan memansuhkan sistem Khilafah yang telah bertahan sejak lebih 600 tahun dahulu.



Kecewa dengan keputusan ini, umat Islam bagaikan sudahlah jatuh ditimpa anak tangga apabila larangan pemakaian Islam dibuat, undang-undang Islam dimansuhkan, calendar hijrah ditukar kepada calendar geogorian’s, penghapusan tulisan Arab, Islam sebagai agama Rasmi dibubarkan dan bacaan al-Quran dan azan mesti dibuat dalam bahasa Turki. Semua ini sepertinya sudah lama wujud perancangan rapi untuk meruntuhkan ketamadunan Islam yang telah gah sejak berabad-abad yang lalu.

Belajarlah daripada peristiwa ini, belajarlah bahawasanya, sesuatu tamadun itu hanya akan jatuh disebabkan kuatnya tamadun yang lain dan lemahnya tamadun itu sendiri. Semuanya berpunca daripada satu elemen yang penting yang dilupakan oleh ramai umat Islam, yakni Iman. Bangkitnya islam dnegan Iman, bertahannya Islam dngn Iman dan jatuhnya umat Islam juga disebabkan faktor Iman.


Biarlah kita katakan lemah manapun ketamadunan barat yang menguasai dunia kini, akan tetapi jika tiada tamadun Islam yang makin kuat atau bertambah hebat segala aspeknya, serupalah kita bermimpi di siang hari. Mengharapkan hasil tumbuh, tuaian tak menjadi.

Perlengkapkan diri dengan Iman, sebab Iman itu penolak segala kekuatan umat. Hargai iman anda, pulihkan iman anda, sentiasa cari jalan untuk perbaiki dan pertingkatkannya. Pada akhirnya, mereka yang mencintai agama ini akan berkumpul atas perkumpulan imaniah, perkumpulan yang menghasilkan amalan yang satu, amalan dengan keazaman yang hebat, amalan yang membawa seribu satu impak buat umat, mengubat segala kesengsaraan dan dukacita yang dirasai selama ini. Wallahualam.

Lets share Movies





HAKIKAT SYIAH; Penelitian berdasarkan Sejarah Islam

Merungkai Potensi Diri


Jika direnung kembali helaian sejarah silam, kita tak dapat menolak bahawa kekuatan sesuatu tamadun berpunca daripada padunya umatnya pada ketika itu. Umat atau Kaum yang hebat itu lahir drpd individu-individu kental dan punya nilai tersendiri yang mampu disumbang kepada umatnya.

Kita lihat saja pada individu-individu seperti Umar al-Khattab, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Abi Waqas dan sebagainya. Mereka semuanya ada kekuatan masing-masing yang mampu disumbangkan pada ketamadunan Islam. Malah, mereka berlumba-lumba untuk memberi sebelum dipinta.

Dikisahkan Abu Dzar al-Ghiffary adalah seorang sahabat yang memeluk Islam ketika Zaman Dakwah di Mekah lagi. Walaupun pada ketika itu, Rasul s.a.w. menggunakan pendekatan dakwah secara rahsia, Abu Dzar tetap berkeras ingin mengistiharkan Keislamannya. Baginya, kalau boleh, biar semua penduduk Quraisy tahu bahawa segala yang dibawa oleh Muhammad adalah benar-benar belaka. Namun, semangatnya ini ditegah oleh Rasul s.a.w. atas sebab-sebab keselamatan dan maslahah umat Islam ketika itu. Semangat Abu Dzar tidaklah terpadam begitu sahaja, malahan apabila diminta untuk pulang ke negeri Ghiffar (tempat asalnya), beliau berhasrat untuk mengislamkan seluruh penduduk Ghiffar.

Masa pun berlalu, dan Nabi Muhammad dan orang Islam sudahpun berhijrah ke Madinah. Pada suatu hari, datang barisan-barisan manusia memasuki Kota Madinah dan melaungkan “Allahu Akbar!” beramai-ramai. Maka, benarlah Abu Dzar al Ghifaary, beliau pantas berjaya membawa bukan hanya seluruh Bani Ghifaar,tetapi juga Bani Aslim ke Madinah sebagai Muslimin.


Begitulah hebatnya, individu yang dididik oleh Rasulullah saw. Malahan, bukan sahaja kekuatan mendidik yang biasa-biasa, tetapi Rasulullah berjaya merungkai kebolehan yang dimiliki oleh seseorang individu mengikut kekuatan tersembunyi yang ada dalam jiwanya. Kekuatan ini lahir daripada percikan Iman yang disentuh lembut oleh Nabi saw.

Nah, umat sekarang, siapakah kita? Pernah kita bermimpi untuk menyumbang untuk Islam? Bukankah mimpi sekarang merupakan reality pada masa akan datang?

Apa yang saya maksudkan, kita semua punya kekuatan untuk disumbang pada Islam. Kekuatan ini antara dua, bersifat tersembunyi ataupun terlampau berkobar-kobar mengatasi berisan saff yang lain. Oleh itu amatlah baik jika kekuatan yang hebat ini berjaya dikawal atau dirungkai oleh hasil didikkan sepertinya didikan Rasulullah saw.


Didikan yang mampu menghasilkan individu yang mampu menyebut dengan sepenuh hati;

Allah matlamat kami,

Rasulullah teladan kami,

Al Quran perlembagaan kami,

Jihad adalah jalan kami,

Dan Mati di jalan Allah adalah cita-cita Kami tertinggi!!


p/s; terima kasih akh Suhaib Abd Rasyid.. ingtkan suh update blog

Berpesta dengan Buku!


Bagi setiap pencinta ilmu atau penggemar buku pasti tidak melepaskan peluang yang hebat untuk berkunjung ke Pameran Buku yang dianjurkan. Apatahlagi, jika pameran itu merupakan pameran buku kedua TERBESAR di dunia seperti yang berlangsung di bumi mesir ini. Lebih dikenali dengan ‘Maarod Kutub’ oleh penduduk tempatannya.

Tapi biasanya ada beberapa konflik dalam kalangan pengunjung Pameran. Contohnya;
1. Tidak tahu atau tak terancang untuk membeli buku. (Apa?)
2. Tidak kenal buku-buku yang diingini atau tidak kenal penulis yang berkaitan bidang2 tersebut.
3. Pengalaman bersemangat membeli banyak buku tetapi tidak mampu menghabiskan bacaan.
4. Duit yang diperuntukkan untuk buku2 tidak mencukupi.



Ini dapat diatasi dengan;

1. Tidak tahu atau tak terancang untuk membeli buku.
-Ketahui matlamat yang ingin dicapai. Dapat menyenaraikan objektif2 kecil dan besar dalam perjalanan hidupnya atau lebih khusus lagi apabila berada di perantauan. Jika medicinelah yag dikejar, maka carilah buku-buku perubatan yang mampu bantu capai matlamat itu. Jika, penguasaan bahasa arab yang dikejar, maka carilah timbunan khazanah bahasa di situ. Jika, motivasi atau santapan rohani yang dikejar, maka teruslah mencari buku2 tersebut.

2.Tidak kenal buku-buku yang diingini atau tidak kenal penulis yang berkaitan bidang2 tersebut.
-Mendapat bimbingan senior atau org yang lebih berpengalaman. Atau bergaul atau berinteraksi dengan sahabat2 yang lebih cenderung pada bidang2 itu. Berkawan itu kan penting, setuju?




3. Pengalaman bersemangat membeli banyak buku tetapi tidak mampu menghabiskan bacaan.
-Solat itu adalah ibadah. Tetapi, dalam ibadah solat sendiri seseorang itu mampu mengurangkan pahala solat atau lebih dahsyat lagi melakukan maksiat dalam solatnya sendiri. Begitulah juga dalam kita membeli buku untuk mendapatkan ilmu. Tetapi, jika terlampau asyik membeli tanpa memikirkan aspek pembaziran, ini akan menjerumus dalam kategori maksiat. Hal ini boleh diatasi dengan berniat untuk menghabiskan bacaan pada masa2 akan datang dan membuat perancangan khusus mengenainya. Atau boleh juga dengan menghadiahkan buku kepada rakan2 tanda kasih sayang kita kepada mereka.

4. Duit yang diperuntukkan untuk buku2 tidak mencukupi.
-Ketahui kekuatan kewangan kita dan bertindak membeli menurut kekuatan tersebut. Skema huh?

Baiklah adios..

KOBANNA; satu penyelesaian umat!

"..amat mengagumi individu-individu HEBAT yang lahir di tengah-tengah masyarakat, ya anda di luar sana. Sayangnya, tenaga yang HEBAT ini, mengapa tidak diusaha untuk disalurkan pada perjuangan membangkitkan umat!.. katakan tidak pada nanti, umatmu memanggilmu.. ayuh bersama membina generasi harapan ummah!.."



boleh rujuk blog ust OS.. http://ustazos.blogspot.com/

p/s; kepada sesiapa yang berkelapangan di tanah air, dijemput hadir..
Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template