Aku tengok bumi ini,
Tandus, kering, gersang,
Tapi aku masih mahu hidup,
Menghirup secuit udara.
Aku tengok tanah merah ini,
Berdebu dan meretak,
Bak kemarau tak sudah,
Tapi,..
aku masih mahu hidup,
Hidup gah, segar bugar, mekar.
Aku lihat bumi ini, kotor dan jijik,
Asyik dengan becak, lopak,
Tapi aku masih mahu hidup,
Tenang, cantik berseri, mekar.
Biar yang layu-layu dapat semangat,
Nak hidup sama-sama,
Sebab bumi dan tanah ni,..
Memang sangat gersang.
Perjuangan Islam Akhir Zaman (Part II)
1 year ago