Mati

"Setiap yang bernyawa itu, pasti akan menghadapi saatnya kematian."

Mati itu adalah kepastian



Mati itulah pengubat segala keangkuhan manusia terhadap apa-apa pun. Sehebat manapun seseorang itu, setinggimana pun, semuliamana pun, hatinya pasti bergetar mendengar kematian. Sifirnya mudah, lebih dalam kecintaan manusia terhadap kehidupan dunia, lebih dahsyat ketaran di hatinya, timbul perasaan sayang yang membuak-buak untuk meninggalkan kehidupan dunia menuju kehidupan akhirat.

Manusia mana-manapun, yang merasakan dirinya itu hebat, tak boleh lari daripada kematian. Dan dengan mengingati matilah, manusia akan kembali bangun dari buai lena duniawi yang penuh dengan kenikmatan yang merupakan pinjaman semata-mata.

Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu larikan itu, sesungguhnya pasti kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." (Al-Jumu'ah;8)

Adakalanya manusia alpa, apabila diberikan nikmat bercakap. Lidahnya, oleh sebab terlalu lama bersambung pada dirinya, dirasai seperti sebahagian daripada miliknya yang kekal. Haknya yang mutlak. Lalu dilontarkan segala isi bumi yang mampu diluahkannya. Pada hakikatnya, semua itu hanyalah pinjaman yang bersifat “you pay as you say” semata-mata. Semuanya termaktub dalam Kitab Amalan Sijjin dan Illiyyin yang akan dipersoalkan kelak.

Sampai satu hari, lidah manusia terkunci dari boleh berkata-kata. Sebaliknya, melawan fitrah asalnya, seluruh anggota badan manusia pula yang dijadikan boleh berkata-kata. Sehinggakan kulit itu sendiri yang menjadi saksi pada setiap pergerakan tubuh kita, setiap percakapan kita, setiap tingkahlaku dan setiap kerjaan kita. Firman Allah s.w.t.;

“Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa yang telah mereka kerjakan.”



“Dan mereka berkata kepada kulit mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?",


Kulit mereka menjawab: "Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pula pandai berkata,…

Kulit menjawab dan menjadi saksi segala perbuatan kita kelak.

…..dan Dialah yang menciptakan kamu pada kali pertama dan hanya kepada-Nya lah kamu dikembalikan."(Fussilat;20,21)

Dan sebagaimana Allah boleh menciptakan kamu, sebagaimana Allah boleh menjadikan lidah kamu berkata-kata, sebagaimana Allah memberi segala kenikmatan kepada kamu, sebegitulah jua Allah menjadikan kulit boleh berkata-kata. Adakah ianya mustahil? Sudah semestinya tidak!

Begitulah juga kematian akan menyebabkan kita berfikir berpuluh kali sebelum bertindak. Benarlah kata Nabi s.a.w., “Orang paling cerdik di kalangan kamu adalah orang yang paling banyak mengingati Kematian...”

Manakala, bagi hambaNya yang soleh pula, kerinduan yang tidak dapat digambarkan untuk bertemu Rabb yang Maha Mencipta. Rasa penat lelah, kesabaran dan ketabahan untuk menegakkan Kalimah Allah terpadam apabila bertemu Rabbnya. Itulah yang paling diingini, Redha Tuhan dan Ketenangan dalam Jiwanya menghadapi segala cabaran mendatang yang tak kian sudah. Wallahu'alam.

Kita Semua, Aset Berharga Ummah!

Bismillah..(tajdid niat)

Wah, semangat baharu tahun ini.. maaflah lambat update blog.. musim imtihan nih..

Baiklah..

Untuk kali ini.. beberapa perkara yang saya telah terlepas..


Pertamanya dan terutamanya, untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Ust Os dan Ukti Syarifah Aishah yang dikaasihi. Secara officialnya, ditulis disini.. Maaf Ust Os, ana tak mampu nak tulis entry utk ust.. dah ramai yag tulis.. ana cuma boleh manadah tangan doa kahwin utk ust.. setiap kali dengar lagu maher zain..~ Barakallahulakuma.. ok kot?

Keduanya, untuk tahun baru ini..

Rasanya semua orang pun sudah ada azam masing-masing, kan? Rasanya begitulah.. ada yang nak mumtaz tahun ini, ada yang nak makin rajin ke kelas, ada yang nak berubah itu ini.. tapi, apa yang saya harapkan untuk kita semua, sama-sama dapat merasakan bahawa, "Setiap Kita adalah Aset Berharga buat Ummah!"

Saya perlu melaungkan dengan jelas, "Kita Semua merupakan Aset Berharga Ummah!"

Saya perlu mengatakan dengan ikhlas, "Kita-kita adalah Aset Berharga Ummah!"

Saya perlu menyatakannya benar-benar daripada hati supaya sampai ke hati,
"Kita Semua adalah Aset Tak ternilai Umat Islam!"

Benar, betul-betul ni.. tak tipu.. tak main-main.. Kita Semua, setiap kita, setiap jiwa-jiwa yang bergelar muslim, setiap manusia yang mengucapkan dua kalimah syahadah adalah Aset sangat bernilai buat Ummah..


Walau apa pun, niat, azam, matlamat, cita-cita kita.. janganlah lupa untuk menyatakan,

"Kita Semua adalah Aset Berharga buat Ummah!"

jangan lupa, janganlah persiakannya, walaupun seketika..~
Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template