Selembut Ibadat Ahli Sufi

"Rahib di waktu malam, Penunggang kuda saatnya siang.. "


Pernah tak tuan-tuan hadapi saatnya terasa amat susah hendak tunaikan Ibadah?

Pernah atau tidak kakak-kakak dan abang-abang berada dalam suatu fatrah terasa amat jauh sekali daripada Tuhan ?

Pernah tak saudara-saudara sekalian, yang celik mata hatinya, yang kuat ruh imannya, merasakan detik waktu begitu sukar khusyuk di dalam Solat?


Ya pasti sekali, kita sebagai manusia yang sangat lemah ini, lagi-lagi apabila tidak bersama sahabat-sahabat soleh yang saling mengingatkan, akan mudah terjerumus dalam fatrah lemah longlai futur serta lesu keletihan iman.

Dalam sebuah kata-kata masyhur menyebut;
“Al fatrah ba’dal mujahadah min fasadil ibtida’- Kelesuan sesudah bermujahadah timbul kerana kefasadan permulaan”

Dari situlah kita lihat kembali bagaimanakah detik bermulanya kita melakukan sesuatu ibadat. Kita renung dan fikirkan kembali apakah sebenarnya kita sudah bersedia sebenarnya untuk melaksanakannya.

Sebab itulah para ulama’ meletakkan kunci(miftah) kepada kekusyukan seseorang dalam solatnya adalah ketika saat khusyuknya dia di dalam berwuduk lagi. Ya, kemudiannya ketika saat kita mengangkat takbiratul ihram, melepaskan segala urusan dunia jauh-jauh sekali dari benak fikiran kita. Hanya menundukkan kekhusyukkan khas hanyasanya kepada Allah swt.

Perhatikan sahabat-sahabat sekalian, bagi kita yang merindui tangisan , linangan air mata tahajud di malam hari,




Bagaimanakah sebenarnya persediaan kita?
Adakah sekadar berazam dan menampal motto “saya mesti bangun qiamullail” sahaja?

Ataupun kita sudahpun memperSEDIAkan diri kita semenjak laungan azan Subuh lagi. Kemudiannya, memenuhkan ruang seharian kita dengan zikir-zikir yang membasahi lidah kita. Kemudiannya, menahan diri dan kekuatan syahwat daripada makan yang berlebihan dan senda gurau yang mengeringkan jiwa serta melupakan akhirat. Pada malamnya pula, seusai iftor, memperdengarkan kalam-kalam berharga mengingatkan diri tenang hakikat jiwa dan tujuan kewujudan kita. Pada akhirnya, sebelum tidur sekali lagi mengikhlas hati tulus niat untuk mencapai kelazatan qiamulail di malam nanti. Allah! manisnya hayat dalam lingkungan katibah imani membina kembali ruh dalam diri..

Firman Allah swt:
“Barangsiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati” (Surah al Hajj: 32)




Ustaz Sayyid Qutb mengatakan dalam tafsir surah Mujadilah: “sesungguhnya, sebuah pasukan tentera yang sudah mengetahui tabiat jiwanya, dan tabiat jiwa musuhnya, sebenarnya sudahpun memenangi separuh daripada peperangan itu…”

Ya, pastinya untuk mengetahui tabiat jiwa diri serta musuh memerlukan analisis menyeluruh yang sangat teliti. Inilah yang dikatakan PERSEDIAAN!

Kita duduk sejenak, hayati bagaimana Rasulullah saw menyambut ketibaan bulan Ramadan semenjak bulan-bulan sebelum itu lagi, dengan doa “… Allahumma baligna Ramadan ya Allah, Allahumma baligna, Allahumma baligna..”. Persediaan yang dibuat berbulan-bulan sebelum itu lagi supaya dapat rasai kemanisan suasana imani (jau imani)bulan Ramadan itu.

Umar al Khattab pula menyambut pengakhiran ramadan dengan tangisan air mata. Memikirkan berpisahnya beliau dengan bulan penuh kerahmatan, pelepasan Allah subhanahu wata’ala ke atas hambaNya daripada azab Neraka yang mengerikan. Harapan, moga-moga bertemu pada Ramadan yang berikutnya.

Begitulah diri kita yang mendambarkan khusyuk dalam sesebuah ibadat. Pastinya perlu meNYEDIAkan diri terlebih dahulu, supaya bekalan sentiasa mencukupi, stamina iman sentiasa berpanjangan dan istiqamah sentiasa dalam amalan.

Seperti membina sebuah bangunan mencakar langit yang tinggi, CERUCUK binaan juga, jika tak kurang sama tingginya, pasti lebih tinggi lagi seperti bangunan tersebut..

Dalam sebuah kata-kata:
“Al istiqamatu khairun min alfu karamah-Istiqamah itu lebih bagus daripada seribu Keramat”




Sesungguhnya, Allah mencintai seseorang itu, apabila melakukan sesuatu amalan, sedikit tetapi berterusan..

Wallahua'lam..

Indahnya Menahan Marah

oleh Sakinah Yaakob

Sunnatullah bagi seorang manusia untuk diuji dalam menjalani kehidupannya. Kadangkala dia diuji dengan ujian kesenangan dan kadangkala dia diuji dengan ujian kesulitan dan kesempitan hidup, sebagai pembuktian ‘ubudiyah’nya (kehambaan) kepada Allah dan sebagai menguji tingkat keimanan dalam dirinya.

Kadar seseorang manusia menghadapi kesulitan hidupnya adalah berbeza bergantung kepada kekuatan dirinya. Yang dimaksudkan disini bukanlah kekuatan tubuh badannya tetapi kekuatan jiwanya yang dipandu oleh akal yang sejahtera berlandaskan tingkatan iman dan aqidah dalam dirinya.

Justeru, reaksinya apabila berhadapan dengan kesulitan hidupnya mencerminkan kekuatan iman dan aqidah dalam dirinya. Adakah dia mampu bersabar dan bertahan dalam menempuhi ujian tersebut atau sebaliknya dia akan bertindak di luar batasan normal akal dan fikirannya ?

Bagi seorang daie yang mengajak manusia kepada Allah, sudah menjadi suatu ketetapan Allah bahawa dia akan menghadapi penolakan,tentangan,cacian,makian dan berbagai-bagai lagi ujian dalam merintangi jalan dakwah ini. Dia meyakini hakikat jalan dakwah ini adalah jalan yang sukar dan panjang, jalan yang ditaburi dengan duri-duri yang tajam,dan bukanlah ditaburi dengan bunga-bunga di sepanjangnya lalu bagaimana reaksinya sendiri apabila berdepan dengan ujian kehidupannya?

Saat dia ditinggalkan mad’unya…

Saat dia dipulaukan oleh rakan-rakannya…

Saat dia dihina dengan dengan kata-kata yang keji oleh manusia sekelilingnya…

Saat dia berselisih pendapat dengan akh/ukht seperjuangnnya…

Saat dia menghadapi masalah dengan keluarganya…

Saat dia menghadapi masalah kewangan, pelajaran dan lain-lain masalah yang besar dalam hidupnya..

Setiap saat dia merasa diuji dalam hidupnya…..

Bagaimana dia berdepan dengan ujian tersebut ? Adakah dia sabar atau marah ? Adakah dia tenang atau serabut ? Betapa hikmah dari sebuah ujian itu adalah untuk menyingkap kekuatan ma’nawiyah/ keimanan seorang daie. Jom bermuhasabah diri.

Sebuah hadis Rasulullah S.A.W yang menyebut tentang sifat menahan amarah

(كظم الغيظ) :

من كتم غيظا وهو قادر على أن ينفذه ، دعاه الله على رءوس الخائق حتى يخيروه من الحور العين ، يزوجه منها ما شاء
Siapa yang menahan marah, padahal ia boleh melepaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." (HR. Abu Dawud - At-Tirmidzi)

Yang dimaksudkan dengan menahan marah di sini adalah seseorang itu cuba menelan marahnya, menahannya daripada terzahir serta bersabar dengannya semata-mata kerana takutkan Allah dan mengharapkan keredhaanNya sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya !

Bukanlah dia menahan kemarahan itu kerana mencari redha manusia atau kerana dia tidak mampu melaksanakannya (lemah) tetapi dia meletakkan redha Allah dihadapannya,membatasi setiap tindakannya dalam berinteraksi dengan manusia dan ujian kehidupannya.


Lantas kelak Allah memanggilnya pada Hari Kiamat dihadapan seluruh makhluk, dan dia berhak untuk memilih mana-mana bidadari syurga yang dia ingini untuk dikahwininya dan menjadi isterinya di dalam syurga Allah yang kekal abadi..Subhanallah,betapa besar ganjaran yang Allah sediakan buat orang yang menahan marahnya hanya keranaNya..

Inilah penolak buat seorang daie untuk memelihara marahnya, kerana dia tahu betapa besar ganjaran yang Allah sediakan di Syurga kelak berbanding mujahadah dirinya untuk menahan marah pada saat dia ingin melepaskannya, lalu dia berusaha menahan dirinya, membatasi akal fikirannya dengan kekuatan iman,bertindak dengan rasional saat dia diuji dan akhirnya mengharapkan redha Allah dalam berhadapan dengan ujian kehidupannya.

Allah menggariskan sifat menahan marah ini sebagai sifat dan ciri-ciri orang yang bertaqwa sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Ali-Imran ayat 133-134:

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنْ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. (Yaitu) orang-orang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.

Juga firman Allah Taa’la di dalam surah al-Furqan ayat 63 tentang ciri-ciri ‘ibadurrahman:
وَعِبَادُ الرَّحْمَٰ نِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُم ُ الْجَاهِلُ ونَ قَالُوا سَلَامًا

Dan hamba-hamba al-Rahman (Yang Maha Mengasihani) itu (ialah) orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati, dan apabila orang jahil menegur mereka, maka mereka mengucapkan kata-kata “salam”.

Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis

ليس الشديد بالصُّرَعةِ ، إنما الشديد الذى يملك نفسه عند الغضب
Kekuatan itu bukanlah ketika menang dalam pertarungan, sesungguhnya kekuatan yang sebenar apabila dapat menahan diri dari kemarahan.

Hakikat kekuatan sebenar itu adalah apabila kita berjaya menahan diri dari kemarahan. Justeru, secara amalinya bagaimana untuk seorang daie itu mentatbiqkan hakikat ini dalam dirinya?

Dengan memikirkan ganjaran dan pahala yang Allah sediakan buat dirinya di akhirat kelak hasil daripada menahan marahnya.

Memikirkan bagaimana dia akan berdiri di hadapan Allah kelak dengan digelar seorang yang pemarah?

Sebesar mana kemarahnnya kepada makhluk Allah di dunia ini, maka sebesar itu juga kemarahan Allah padanya di akhirat kelak. Dan disisi Allah azab yang sangat pedih..
Maka, dia akan bersegera memberi kemaafan untuk megharapkan kemaafan dan keredhaan Allah ke atas dirinya.

Juga memikirkan betapa sifat amarah inilah yang menjadi permulaan kepada permusuhan dan terputusnya silaturrahim dengan manusia lain di dunia ini.

Dan banyak lagi akibat-akibat buruk untuk difikirkan dan disenaraikan, akhirnya membawa seorang daie itu menjauhi sifat marah ini, senjatanya paling ampuh adalah beristi’azah (memohon perlindungan) dari Allah setiap saat, dan tatkala sifat marah mula menguasai dirinya, dia bertenang dan berfikir dengan rasional. Dia memenangkan imannya ke atas dirinya..


Semoga kita dapat mencontohi teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat dalam memaafkan manusia. Bagaimana dalam peristiwa Taif Rasulullah S.A.W dibaling dengan batu hingga baginda luka-luka dan cedera serta dimaki dengan kata-kata yang kesat, namun baginda bersabar dengan ujian tersebut malah mendoakan kaum Taif:
‘Ya Allah! Beri olehmu petunjuk pada kaumku ini sesungguhnya mereka tidak mengetahui’.

Inilah sebaik-baik akhlak yang ditunjukkan oleh sebaik-baik qudwah, maka ikutilah akhlak baginda kerana kitalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk beramal dengannya.

‘Ya Allah! Jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang dapat menahan kemarahan mereka, dan jadikanlah kami orang orang yang suka memberi kemaafan dan perdamaian. Kategorikanlah kami bersama orang-orang yang beramal dengan mengikut apa yang diperintah oleh Allah, mengikuti penghulu segala nabi-nabi dan rasul-rasul iaitulah penghulu kami Muhammad Salailah 'Alaihiwassalam. Ya Allah! terimakanlah doa kami.’

Ketegasan Abu Bakar Memerangi Murtad

Setelah kewafatan baginda SAW, Abu Bakar As-Siddiq dilantik memegang tampuk khalifah. Niat untuk murtad terjangkit ke beberapa kabilah yang goyah imannya, dan gerakan nabi palsu semakin menjadi-jadi. Namun begitu, Abu Bakar membuat keputusan untuk menumpukan bala tentera Muslim supaya berhadapan dengan Rom yang diketuai oleh Usamah bin Zaid kerana itulah peperangan terakhir yang diatur Rasulullah.

Ramai yang menyangka Abu Bakar tersilap perhitungan kerana Usamah bin Zaid terlalu muda untuk mengetuai peperangan menentang Rom. Tambahan pula, jika tentera Usamah bin Zaid tewas, tiada tentera yang dapat mempertahankan Madinah dari serangan luar. Ini menyebabkan orang ramai semakin meragui percaturan Abu Bakar.

Dengan ketiadaan bala tentera kedua yang dapat mempertahankan Madinah jika tentera Usamah bin Zaid kalah, dan Usamah sendiri yang terlalu muda untuk mengetuai peperangan menentang Rom, ramai menyangka Abu Bakar tersilap perhitungan.

Lalu Abu Hurairah bertanya: “Adakah kamu ingin menghantar semua bala tentera menghadapi Rom, sedang kaum Arab di sekeliling Madinah murtad?”

Tetapi selepas kemenangan tentera Usamah, ternyata kabilah yang ingin murtad, membatalkan niat mereka setelah mengetahui umat Islam masih kuat dan ternyata Abu Bakar mengetahui tiada ruang ijtihad dan syura ke atas perkara yang mempunyai nas yang jelas.

Merujuk kepada para muhaddithin (ahli hadith), golongan murtad di zaman Abu Bakar terbahagi dua:

1. Mereka yang murtad secara keseluruhan
2. Mereka yang enggan bayar zakat – golongan ini menyangka zakat hanya perlu dibayar pada Rasulullah sahaja berdasarkan surah At-Taubah ayat 103 dan menganggap kewajipan zakat gugur bersama kewafatan Rasulullah.

Tentang golongan kedua ini, Umar telah berdialog dengan Abu Bakar:

“Bukankah Rasulullah pernah bersabda – Aku menyeru untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucap dua kalimah syahadah. Jika mereka telah menyebutnya, terlepaslah darah dan harta mereka kecuali hak-haknya.” tanya Umar.

Abu Bakar menjawab: “Sesungguhnya zakat itu hak bagi harta, dan aku akan memerangi mereka yang membezakan antara solat dan zakat.”

Umar membalas, “Dan aku tidak lihat kecuali Allah telah lapangkan dadanya untuk perang, dan aku ketahui bahawa ianya adalah benar.”

Abu Bakar telah mengutus sebelas pasukan ke seluruhSemenanjung Arab untuk memerangi kaum murtad.

1. Pasukan diketuai Khalid Al-Walid ke Bani Asad untuk berhadapan Tulaihah
2. Pasukan Ikrimah bin Abu Jahal ke Yamamah untuk menghadapi Musailamatul Kazzab
3. Pasukan diketuai Syurahbil juga ke Yamamah
4. Paasukan Turaifah bin Hajiz ke Bani Salim
5. Pasukan Amru bin Al-As ke utara Hijaz
6. Pasukan Khalid bin Said ke pinggir Syam
7. Pasukan Al-Alaa bin Hadrami ke Bahrain
8. Pasukan Huzaifah bin Muhsin ke Amman, Jordan
9. Pasukan Muhajir bin Umayyah ke San’a di Yaman
10. Pasukan Suwaid bin Muqrin ke Tihamah di Yaman
11. Pasukan Arfajah bin Hirthimah ke Perkampungan Mahrah

KETEGASAN ABU BAKAR DAN HIMPUN

Sesungguhnya isu murtad bukanlah isu yang boleh dipandang sebelah mata. Ia adalah isu yang membezakan iman atau kufur, ia adalah isu aqidah itu sendiri. Sesungguhnya Abu Bakar telah menunjukkan kepada kita sikap dan contoh dalam mendepani isu ini yakni bertegas kepada mereka yang cuba memurtadkan umat Islam.

Isu murtad di Malaysia amat membimbangkan apabila baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Jamil Khir memaklumkan bahawa Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan menukar status agama Islam dari tahun 2000 sehingga 2010.

Malah, berdasarkan kes Nor Aisyah Bukhari, Mohamad Syazani Yusof dan Fariz Ilham Mohd. Zulkifli boleh dijadikan indikator am menunjukkan betapa lemahnya aqidah umat Islam di Malaysia terutama golongan muda.

Peristiwa DUMC baru-baru ini telah membuktikan kewujudan gerakan terancang untuk mengkristiankan umat Islam dan perkara ini diakui sendiri oleh Exco negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Abu Bakar As-Siddiq telah mengucapkan kata-katanya yang terkenal tatkala terdengar khabar orang ingin murtad, padahal tanah kubur Rasulullah masih basah dengan berkata: “Adakah agama ini akan terus tempang, sedangkan aku masih hidup?”

Hadirkan diri anda ke HIMPUN, selamatkan aqidah ummat!

Oleh: Muhammad Assiddiq Fauzan, Tahun Dua, Kuliah Usuluddin, Universiti Al-Azhar (Kaherah).

Merungkai Potensi Diri


Jika direnung kembali helaian sejarah silam, kita tak dapat menolak bahawa kekuatan sesuatu tamadun berpunca daripada padunya umatnya pada ketika itu. Umat atau Kaum yang hebat itu lahir drpd individu-individu kental dan punya nilai tersendiri yang mampu disumbang kepada umatnya.

Kita lihat saja pada individu-individu seperti Umar al-Khattab, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Abi Waqas dan sebagainya. Mereka semuanya ada kekuatan masing-masing yang mampu disumbangkan pada ketamadunan Islam. Malah, mereka berlumba-lumba untuk memberi sebelum dipinta.

Dikisahkan Abu Dzar al-Ghiffary adalah seorang sahabat yang memeluk Islam ketika Zaman Dakwah di Mekah lagi. Walaupun pada ketika itu, Rasul s.a.w. menggunakan pendekatan dakwah secara rahsia, Abu Dzar tetap berkeras ingin mengistiharkan Keislamannya. Baginya, kalau boleh, biar semua penduduk Quraisy tahu bahawa segala yang dibawa oleh Muhammad adalah benar-benar belaka. Namun, semangatnya ini ditegah oleh Rasul s.a.w. atas sebab-sebab keselamatan dan maslahah umat Islam ketika itu. Semangat Abu Dzar tidaklah terpadam begitu sahaja, malahan apabila diminta untuk pulang ke negeri Ghiffar (tempat asalnya), beliau berhasrat untuk mengislamkan seluruh penduduk Ghiffar.

Masa pun berlalu, dan Nabi Muhammad dan orang Islam sudahpun berhijrah ke Madinah. Pada suatu hari, datang barisan-barisan manusia memasuki Kota Madinah dan melaungkan “Allahu Akbar!” beramai-ramai. Maka, benarlah Abu Dzar al Ghifaary, beliau pantas berjaya membawa bukan hanya seluruh Bani Ghifaar,tetapi juga Bani Aslim ke Madinah sebagai Muslimin.


Begitulah hebatnya, individu yang dididik oleh Rasulullah saw. Malahan, bukan sahaja kekuatan mendidik yang biasa-biasa, tetapi Rasulullah berjaya merungkai kebolehan yang dimiliki oleh seseorang individu mengikut kekuatan tersembunyi yang ada dalam jiwanya. Kekuatan ini lahir daripada percikan Iman yang disentuh lembut oleh Nabi saw.

Nah, umat sekarang, siapakah kita? Pernah kita bermimpi untuk menyumbang untuk Islam? Bukankah mimpi sekarang merupakan reality pada masa akan datang?

Apa yang saya maksudkan, kita semua punya kekuatan untuk disumbang pada Islam. Kekuatan ini antara dua, bersifat tersembunyi ataupun terlampau berkobar-kobar mengatasi berisan saff yang lain. Oleh itu amatlah baik jika kekuatan yang hebat ini berjaya dikawal atau dirungkai oleh hasil didikkan sepertinya didikan Rasulullah saw.


Didikan yang mampu menghasilkan individu yang mampu menyebut dengan sepenuh hati;

Allah matlamat kami,

Rasulullah teladan kami,

Al Quran perlembagaan kami,

Jihad adalah jalan kami,

Dan Mati di jalan Allah adalah cita-cita Kami tertinggi!!

terima kasih daun keladi

Jazakumullah khairan kathira kpd semua yg mendoakan kebaikan dan perlindungan Allah atas perkahwinan ini. Ana mendoakan kalian beroleh pasangan yang saling memahami, berkasih, dan mencintai kerana Allah ta'ala.. krn hanyalah dengan intilaq rabbani yg bakal menjamin suatu itu kekal dalam redha Allah dan membawanya ke Syurga, insya allah.. amin ya rabb.






drpd Kami, Mukmin dan Sakinah.

Pengumuman Majlis Akad Nikah



Assalamualaikum w.b.t,

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً
إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Firman Allah s.w.t dalam surah Ar-Rum, ayat ke 21:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

" ومن كل شيء خلقنا زوجين لعلكم تذكرون "

Adapun dalam surah Ad-dzariyyat, ayat ke 49 pula:
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.”

Maka dengan ini, saya, Mukmin bin Mohd Khairi mengumumkan akan melangsungkan pernikahan dengan ukhti Sakinah binti Yaakob yang insyaallah akan diadakan pada jam 8.30 malam, Khamis, 15 September 2011, bertempat di Surau Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah(DMAK).

Manakala Majlis Walimatul Urus pula, insyaallah akan berlangsung pada

Isnin, 19 September 2011, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah(DMAK).


Kami menjemput kepada semua kenalan dan sahabat-sahabat untuk menghadiri kedua-dua Majlis Akad Nikah dan Majlis Walimatul Urus kami bagi memeriahkan dan menambah barakah majlis disamping mendoakan rumahtangga yang bakal dibina mendapat rahmah, ketenangan, hidayah, inayah, dan keredhaan Allah s.w.t.

Juga doakan, semoga pernikahan ini sebagai satu anjakan dan usaha ke arah membina generasi ummat yang membawa risalah Islam dan membentuk biah kekuatan umat Islam gilang gemilang, insya allah, amin ya rabbal a’lamin..

Jazakumullah khairan kathira.. Wassalamualaikum w.b.t..

Ikhlas dariku [repost]

Saja tengok balik nostalgia post-post lama, ada banyak kenangan di situ.. tatkala post ini ditulis, juga pada bulan puasa dua tahun yang lepas..

Bismillah(tajdid niat)

nak mula dari mana ya.. hmm..




“Perkongsian Berharga berhajat kepada Keikhlasan Menggunung..”

Begitulah untaian kata yang dapat dilafazkan dari iftor (Iftor Medic Muslim) hari itu. Kadang-kadang terasa juga, berapa ramai sebenarnya yang benar-benar aktif, komited, dan bersungguh-sungguh dalam dakwah. Kawan-kawan, kita bukan sendirian, bukan sekelompok sahaja, tapi orang yang benar-benar nak redha Allah ramai sebenarnya. Mereka ini tak perlu untuk dibentangkan segala amalan, kegiatan mereka untuk Islam, cukuplah Allah dan sebahagian manusia sahaja yang mengetahui. Nak jaga ikhlas tu kan susah. Tak gitu?

Tapi untaian kata kat atas tu masih tak lengkap. Tambah lagi..

“…sebegitu juga pemberinya, sebegitu juga penerimanya, masing-masing perlu ikhlas.”


Sungguh, orang beriman itu, apabila bertemu dengan orang beriman, maka bertambahlah iman keduanya. Awas, ni hanya untuk orang beriman, orang yang merasa dirinya beriman, orang yang ingin menjadi sebahagian dari orang beriman. Beriman tu apa? Beriman tu nakkan tuhan.

Sesebahagian orang marah kalau kata, jumpa orang ini, tambah keimanan, jumpa orang lain pula berkurang imannya. Satunya, bab iman tak boleh nak ukur, bukan kerja kita nak kata iman itu ini. Hal ini pandailah fikir sendiri ya. Yang hal kedua, ada yang kata kenapa perlu sikap tak adil, anggap orang tertentu soleh, orang lain jahil. Kita kan perlu sikap mu'tadil, janganlah diskriminasi!

Sheikh, bukan begitu sebenarnya.. cuma kita dalam memilih kawan, perlulah cari yang soleh. Sebab kawan bentuk biah(persekitaran) kita. Sebab kita pun nak jadi soleh juga. Yang problemnya bila kita sendiri pun tak nak jadi baik. Tak nak jadi soleh. Rasa macam skema je. Rasa macam tak berdarah muda remaja. Tapi sebenarnya, tulah silap kita. Mentaliti yang tak sihat. Dengan mentaliti nilah umat Islam kecundang.


Satu hari Umar al Khattab duduk-duduk dengan sahabat yang lain. Lantas beliau bertanya pada seorang sahabat, jika kau diberi pilihan, apa yang paling kau inginkan. Kemudian sahabat tersebut menjawab, aku ingin memiliki harta yang bergunung-gunung.. lalu akanku infaqkan semuanya untuk Islam. Ada yang nakkan permata, itu ini dan sebagainya. Semua nak miliki kemewahan yang berlipat ganda, lalu menginfaqkan semuanya untuk Islam. Mereka bertnya pula pada Umar, sebaliknya beliau menjawab.. beliau berimiginasi untuk memiliki pemuda-pemuda seperti Abu Bakar, Salman, Talhah, Zubair dll dan bukan harta yang berganda. Kerana pemuda-pemuda sebeginilah yang mampu membawa agama yang mulia ini. Dengan Pemudalah lahirnya kekuatan Umat ini.

Kepemudaan bukan hanya milik orang muda, malah ia juga milik orang tua. Kepemudaan yang unggul disebut oleh al-Banna: “Berikan aku 300 katibah, yang mana rohnya sarat dengan iman dan taqwa, dadanya padat dengan ilmu dan thaqafah, jasadnya terlatih dengan latihan, maka ketika itu jika kamu mengajak aku untuk meneroka angkasa lepas, menembusi bumi tujuh petala, menghancurkan kepala penjajah, aku sanggup”.

Menariknya kisah 4000 orang tentera Islam berhadapan dengan puluhan ribu tentera musuh, mereka meminta bala tentera bantuan daripada Umar al-Khattab. Khalifah Umar hanya menghantar 4 orang komander sahaja. Kenapa 4 sahaja? Siapakah 4 orang itu? Hah, Mereka ialah rijal(pemuda) yang bersamaan ribuan pemuda. Mereka shj sudah cukup untuk mengalahkan puluhan ribu tentera musuh.

Begitulah pentingnya diri kita untuk dibina menjadi seperti pemuda yang dimaksudkan, yang diinginkan. Pentingnya kita untuk dtarbiyah secara sistematik dan berkesan. Pentingnya untuk turut serta dalam gerakan memuliakan agama ini. Jangan berlepak, jangan berehat.. kita taknak duduk zon keselesaan, zon kerehatan hingga lalai, lupa hidup bertuhan. Kan Umar sendiri pun menidakkan harta kemewahan yang berlipat ganda. Nah, inilah pengajarannya.. wallahu’alam..

Watch your thoughts, they become words.
Watch your words, they become actions.
Watch your actions, they become habits.
Watch your habits, they become character.
Watch your character, they become destiny


hayati..

Hah, inilah AKU!


"Siapakah aku?

Aku adalah seorang insan yang mencari kebenaran… Lantas aku temuinya dalam Islam.
Aku adalah insan yang mencari jalan kehidupan .. Lantas aku temuinya dalam dakwah al-Ikhwan..


Ya setiap kali datang hari-hari baru .. akan ada saksi yang melihat amal-amal kita.. Hari baru ini juga merupakan peluang untuk kesekian kalinya yang dikurniakan oleh Allah kepada kita supaya kita berusahan menyelamatkan diri kita daripada neraka, dengan mengikuti ajaran Islam yang Agung.. Islam adalah Rahmat Allah yang menjadi petunjuk dan manhaj hidup yang lurus.

Langkah pertama di jalan ini ialah berusaha memperbetulkan diri kita.

Wahai saudaraku ahli al-Ikhwan !!

Medan amal kamu yang pertama adalah diri kamu. Sekiranya kamu berjaya memdidik diri kamu maka kamu akan lebih mampu mendidik orang lain. Sekiranya kamu gagal mendidik jiwa kamu maka lebih payahlah untuk kamu mendidik orang lain.




Cubalah berjuang mendidik jiwa kamu terlebih dahulu. Ingatlah dunia hari ini amat-amat menunggu-nunggu lahirnya satu generasi pemuda-pemudi yang cemerlang, memiliki jiwa yang suci bersih (daripada kotoran jahiliah) dan memiliki akhlak mulia yang utuh. Kamulah pemuda-pemudi itu . Pastikan mereka itu adalah kamu dan janganlah kamu berputus asa untuk terus berusaha.

Letakkan dihadapan mata kamu sabda rasulullah s.a.w.
( Pastikan diri kamu untuk melakukan enam perkara dan aku menjamin syurga untuk kamu: Apabila berkata-kata bercakaplah yang benar, tepatilah janji-janji kamu apabila berjanji, tunaikanlah segala amanah yang kamu terima, peliharalah kemaluan kamu daripada zina, tundukkanlah mata kamu daripada maksiat dan tahanlah tangan kamu daripada dosa..)


Kemudian lihatlah diri kamu apakah kamu melakukannya..

Wahai al-Ikhwan.
Dakwah kamu ini tertegak di atas tiga asas: Mengenal Allah, memperbaiki diri dan mengasihi semua makhluk.

Mengenal Allah dengan berzikir mengingati Allah dan bermuraqobah. Memperbaiki diri dengan melakukan ketaatan dan bermujahadah dan mengasihi manusia dengan memberi nasihat dan bersikap itsar.




Perkara pertama yang saya minta kamu lakukan dan yang saya akan muhasabah kamu atas asas fikrah Ikhwan ialah:

1. Kamu hendaklah memperuntukkan sedikit masa untuk membaca al-Quran dan menghafal sekurang-kurangnya satu ayat sehari.

2. Kamu hendaklah duduk melakukan muhasabah diri setiap hari sebelum tidur. Bentangkan semua aktiviti harian kamu pada diri sendiri sekiranya kamu melakukan kebaikan bersyukurlah kepada Allah dan sekiranya tidak hendaklah kamu berazam menyempurnakan apa yang tertinggal.

3. Kamu hendaklah memelihara solat 5 waktu dalam waktunya. Kamu hendaklah menunaikannya dengan sebaik-baiknya. Kamu hendaklah memahami hukum-hakamnya. Lakukanlah rukuk, sujud dan khusyuk dengan sempurna. Bacalah al-Quran di dalam solat dengan bertajwid dan bertadabbur . Janganlah kamu mengabaikan amalan sunat dan solat rawatib. Kamu hendaklah berusaha menunaikan solat berjamaah di masjid dan memastikan sentiasa menunaikan solat Subuh dalam waktunya…"

(daripada helaian risalah Imam As-Syahid, diterjemah oleh Ust Anuar Salleh)

Antara Semangat yang Terpandu


Beberapa isu-isu kebelakangan ini, membuka mata pelbagai pihak tentang negara Malaysia. Dari sudut suasananya, dari sudut keselesaannya, dan dari sudut kepincangan institusi atasannya. Sukar untuk merumuskan kesemua secara sekaligus. Yang pasti, kemarahan rakyat tak dapat dibendung lagi..

Apa yang dapat dijadikan sempadan ialah bagaimana semangat yang dimiliki oleh para pemuda begitu hebat hingga boleh melonjakkannya ke persada paling atas. Tetapi awas, semangat ini juga boleh menyebabkan apabila pemuda itu jatuh tersungkur membenam diri terus ke dasar bumi.

Persoalan yang timbul, adakah segala semangat kepemudaan itu lahir benar-benar dari kekuatan dalaman yang sejati. Yakni dari Imannya kepada Allah. Atau semangat itu datang daripada benak hati yang betul-betul dipenuhi nafsu amarah semata-mata. Pernah ketika Saidina Ali ra ingin memancung seorang kafir yang berjaya ditawannya, lalu kafir itu meludah kemuka Ali. Beliau terus membatalkan hasratnya itu kerana bimbang beliau memancung kafir tadi kerana nafsu marahnya itu.

Lagi, mungkinkah semangat yang hebat itu datang dari suasana perjuangan yang begitu mantap di bumi perang ini. Suasana yang diangkat-angkat seperti gerombolan tentera berkuda yang dimainkan paluan muzik-muzik bagi menaikkan semangat pejuang tersebut. Dan apabila reda suasana itu, maka kesemua tentera gagah perkasa tadi menjadi lembik dan hanyut ditelan zaman canggih telunjuk barat. Akhirnya, sekembalinya ke tanah air, terus sibuk dengan isteri, anak beranak, hilang segala panji-panji yang dicanang selama ini.


Begitulah pentingnya untuk aktif dalam membuat keputusan. Keputusan yang dicapai bukanlah hasil pengaruh yang buruk dari persekitaran. Jika ingin Islam cemerlang, teruskan cemerlang dalam bidang yang kita ceburi. Jaga setiap sudut yang kita kawal. Supaya musuh-musuh tidak dapat menyerang apatahlagi menjenguk disudut kita. Ambillah keputusan untuk menjadi cemerlang.. cemerlang yang dimaksudkan dari semua aspek, termasuk ilmunya, akhlaknya, pergaulannya dsb…

Begitu ramai remaja-remaja kini yang memandang jauh ke hadapan. Misinya, semangatnya jauh mengalahkan orang lain. Malangnya semangat yang berkobar-kobar itu hanya menjadi hangat-hangat tahi ayam jika terlupa untuk bermula daripada dirinya sendiri. Sungguh mantap mengharapkan kesemua umat manusia untuk berakhlak mulia, patuh tuntutan agama, tetapi jika kita sendiri tidak memulakan, serupa termenung jauh ke bendang, mengharapkan hasil tumbuh sendiri untuk dituai.

” Tegakkan daulah Islam dalam diri kamu, Islam akan tertegak dibumi kamu” (Mustafa Masyhur)


p/s; maaflah.. banyak sangat bersastera.. moga-moga kita semua terus thabat nak tegakkan agama Allah..

Ramadan yang Terbaik buatku

“Ya Allah, jadikanlah Ramadan kali ini, Ramadan yang Terbaik buatku..



Jika kita renungkan, tak dapat bayangkan betapa banyaknya dosa yang telah kita lakukan selama ini. Boleh jadi, kalau dosa itu berbentuk gumpalan batu-batu, dan kita pikul atas kepala kita, tak tahulah betapa besarnya gunungan batu-batuan yang bakal menghempap ke atas kepala kita. Begitulah bagaimana orang yang beriman melihat dosa yang dilakukan setiap hari.

Sebaliknya, golongan fasiq memandang maksiat yang dilakukan seperti lalat yang hinggap di hidung mereka, kemudian ditepis lalat itu dengan tangan mereka, lalu terbanglah ia ke udara. Beberapa ketika kemudian, hinggap kembali ke hidung. Sepertinya maksiat itu suatu yang remeh dan bukan menjadi perkiraan golongan tersebut.

Para Salafussoleh terdahulu sentiasa menghitung maksiat yang telah mereka lakukan. Mereka berusaha untuk berhati-hati dalam setiap tindak tanduk mereka dan bersegera untuk bertaubat dan mengharapkan maghfirah dari ilahi.

Maksiat dalam erti kata para alim ulama’ bukanlah seperti yang kita rasai. Hatta melewatkan solat berjemaah di masjid pun termasuk dalam maksiat bagi mereka. Maksiat yang difahami oleh mereka ialah sebarang culas dalam ketaatan kepada Allah swt. Masakan tidak, seorang Sheikh Besar, Dr Yusoff al-Qaradawi mengatakan dihadapan himpunan para ulama’; “jikalau dosa itu punyai bau, pasti kalian semuanya akan menjauhi aku.”

Dan Imam Syafiee rahimulllah juga mengadu buruknya hafalnya hanya kerana terlihat bahagian tumit seorang perempuan ajnabiah di pasar. Bayangkan apa yang dilihat oleh para remaja kini? Apakah maksiat mata yang kita lakukan selama ini? Bayangkan teruknya maksiat membunuh pemuda muslim bagai kegelapan yang menutupi cahaya... bagaikan kita tak dapat lari dari tertunduk kepada nafsu syahwat kita..

Betul, kita sangat, sangatlah dahagakan keampunan ilahi. Kita SANGAT perlu pada rahmah dan kasih sayangNYA untuk melangkah ke Syurga abadi. Kita perlukan reda dan keampuananNYA setiap detik setiap hari.

Sabda Rasulullah saw ; "Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan ketulusan, Allah akan mengampunkan dosanya yang terdahulu." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Subhanallah, betapa BESARnya rahmah Allah swt terhadap hambaNYA..

Jadi, dalam menyusun langkah ke bulan yang mulia ini, marilah sama-sama kita merebut segala peluang, ganjaran dan pahala yang bertaburan pada bulan ini sambil menghirup udara segar bulan barkah, RAMADAN!! Kita hidupkan malam dengan solat Qiam dan Tahajjud. Kita perbanyakkan bacaan ayat suci al Quran. Kita banyakkan sedekah dan amal jariah... insya allah..




Semoga kita tak termasuk seperti yang disabdakan oleh Rasul saw; "Rugilah orang-orang yang didatanginya Ramadan , kemudian bulan itu berlalu tetapi dosanya tidak diampunkan." [Hadis Riwayah Ahmad]

Kita berdoa semoga Ramadan kali ini, Ramadan yang terbaik buat kita semua.. insyaallah! Amiin, aminn ya Rabb~

Zaman berlalu zaman


Suatu masa, tentera-tentera salib mencari-cari peluang untuk mendapatkan kembali Andalusia. Bagi memastikan sejauh mana mereka berpeluang untuk menawan kembali kota idaman mereka, dihantar seorang utusan untuk meninjau-ninjau keadaan di kota Andalus.

Pada kali pertama kedatangan utusan itu, dia mendapati seorang anak kecil di Andalus menangis. Lantas dia bertanya:

"Mengapa kamu menangis wahai anak kecil?"

Anak itu menjawab, "Aku sedang cuba memanah seekor burung, tapi sasaranku tidak mengena. Aku kecewa dengan ketidakupayaan memanahku."

Lalu, utusan itu menyimpulkan itu bukanlah masa yang sesuai untuk menyerang Islam di Andalus memandangkan anak kecil sendiri sudah punya semangat dan kekuatan.

Di tahun seterusnya, utusan itu dihantar lagi ke sana. Kali ini dia bertemu dengan seorang anak kecil yang menangis. Lantas seperti biasa, dia bertanya:

"Mengapa kamu menangis wahai anak kecil?"

Anak itu menjawab,"Aku sedih sekali. Aku masih tidak dapat hafal syair-syair." Syair-syair yang dimaksudkan adalah syair puji-pujian terhadap Allah.

Lalu, utusan itu menyimpulkan itu bukan juga masanya lagi untuk menyerang Andalus kerana pemikiran umat Islam yang meletakkan Allah sebagai keutamaan lebih dari segala keutamaan dalam kehidupan.

Dan pada tahun-tahun berikutnya, utusan dihantar lagi. Bertemu lagi dengan seorang anak kecil. Lalu, dia bertanya:

"Mengapa kamu menangis wahai anak kecil?"

Anak itu menjawab, "Aku sedih begini kerana putus cinta.”

Lalu, kali ini dia benar-benar yakin itulah masa paling sesuai untuk menyerang kota Andalus kerana perang saraf yang dilancarkan mereka nampaknya berjaya. Mungkin dia melihat umat Islam di Andalus mula lemah dari segi pemikiran dan spiritual. Berbanding tahun-tahun lalu, di mana anak-anak kecil menangis kerana Allah, tahun tersebut mula nampak kepesongan umat Islam.

Tawasi dikala Lemah


Mungkin apa yang dialami, mudah di mata yang lain... kerana diri ini juga berfikir sebegitu sebelum ini.. sebelum merasainya sendiri apa yang dinamakan fatrah 'futur'.. kelesuan.. Dalam kebuntuan dan kekacauan itu, hadir seorang teman memberi bimbingan.

Zakwan: Salam akhi Mukmin

Mukmin: Ws. sheikh ana ada soalan.. apakah yg dimaksudkan siamul qalb?

Zakwan: Puasa hati. Menahan diri dari fikir perkara yg tak perlu dilakukan.. contohnya dengan menjauhi maksiat hati, su'uzzon...semua yang berkait rapat dengan hatilah

Mukmin: Sheikh soalan kedua, mengapa manusia ditimpa al wahn?

Zakwan: Sebab mereka tak letakkan akhirat pada posisi sepatutnya dan kurang fikir pasal akhirat dan hari kebangkitan selepas mati. Jadi bila kurang fikir akhirat, maka dunia lah yang bertapak di hati..

Mukmin: kurang fikir atau kurang zikir?

Zakwan: Zikir. Zikir = ingat membawa kita kepada fikir apa yang perlu dibuat untuk akhirat tu. Anta ok tak ,mukmin?

Mukmin: Ada perkara yang berada dalam kawalan kita, dan ada perkara luar kawalan kita. Macam mana nak pastikan perkara luar kawalan dalam keadaan baik? dan seperti yang diharapkan? soalan ketiga yang sebenarnya..

Zakwan: dalam keadaan terbaik? hmm...statement pertama tu betul tapi kurang tepat. Sebenarnya kita memang ada benda yang nmpak seperti kita boleh kawal tetapi boleh jadi tak terkawal dengan kehendak ALLAH taala. Apatah lagi benda yang memang di luar kawalan kita. Sebab itu, bila kita dah buat perancangan yang terbaik, apa yang kita perlu buat seterusnya ialah serahkan natijahnya pada yang MAHA mengetahui apa yang terbaik untuk kita..

Mukmin: Pernah dengar, seseorang merancang untuk agama Allah, tetapi rancangannya sentiasa tak menjadi. Dan seseorang merancang atas nama maksiat, selalu jadi.. Dalam realiti, sejauh manakah tahap usaha kita, na'khudz bil asbab berbanding tawakal kita?

Zakwan: betul...sebab tu tawakkal kita bermula sebaik sahaja kita terlintas untuk lakukan amalan itu bukan selepas kita selesai melakukan perancangn/tugas tu. Bagi yang merancang kerana ALLAH tapi tak jadi, orang tu memang dah buat yang terbaik dan niatnya dah diletakkan seikhlas yang boleh. Dan ALLAH nak tunjuk, ada lagi perancangan yang lagi baik dan terbaik untuk kita selain perancangan asal kita tu..

Mukmin: Mengapa susah untuk thiqoh fillah dalam realiti. Tapi mudah tutur pada lidah.. kenapa akhirnya, sheikh yang memberi tazkirah.. yang berlontar seribu patah ayat, akhirnya susah nak buat apa yang dia percaya..

Zakwan: benda yang sangat realiti. Thiqoh billah sangat susah untuk develop. Ianya perlukan kepada latihan dan ujian sehingga hambanya benar-benar thiqoh pada Rabbnya.. Tambahan, ALLAH hanya akan menguji kita pada titik paling lemah kita.. jika ALLAH uji seseorang itu pada titik terkuatnya, maka semua manusia tertipu menjadi hamba paling hebat dan bertaqwa..

Mukmin: Walhal, manusia pandang titik lemah dia biasa saja? Dan semua manusia kata, "tak ada apalah, kenapa lebih-lebih sangat ni. Ramai yang lebih teruk..."

Zakwan: sebabnya ALLAH lebih mengetahui mana titik lemah kita berbanding diri kita sendiri. ALLAH lebih mengenali kita lebih dari sesiapa pun di dunia ni termasuk mak ayah kita..

Mukmin: jadi, konklusinya?

Zakwan: Setiap ujiannya adalah untuk meningkatkan tingkatan taqwa hambaNya kepada yang lebih tinggi. Jika hambaNya berjaya menempuh ujian itu dengan baik setiap ujiannya adalah untuk meningkatkan tingkatan taqwa hambaNya ke tingkat yang lebih tinggi. ALLAH tak akan menguji hambanya melainkan apa yang mampu digalas oleh hambaNya. Mungkin kita rasa kita tak mampu tanggung tapi ALLAH tahu. "adakah kita menyangka kita akan masuk ke syurga sedangkan kita masih belum diuji.." Jadi kena fikir sejauh mana kita menganggap setiap peristiwa yg berlaku tu, adalah ujian dan tarbiyah untuk kita. Semoga siri-siri ujian ALLAH swt menjadikan kita hamba yang lebih dekat padaNya.

Mukmin: syukran ya akhi...

Kayan Islam vs Kayan Jahiliyyah

Kayan bolehlah diterjemahkan sebagai entiti atau suatu struktur(binaan). Dan saya lebih memilih perkataan 'binaan' untuk mengolah maksud kayan ini.



Jika diamati dengan teliti, renung seketika fahaman, aliran dan corak fikir rakyat Malaysia khususnya, kita akan dapati bahawa tidak ada keserasian pandangan atau paling tidak kaedah menilai sesuatu perkara banyak dikaburi oleh pelbagai keinginan lain...

Hal ni mungkin disebabkan sistem pendidikan di negara tidak membantu membentuk corak pemikiran Islamik dan kritis tentang sesuatu perkara. Lantaran, ramai yang mengambil inisiatif menjelajah dan menimba ilmu Islam daripada sumber-sumber pendidikan yang lain. Akhirnya, muncullah pelbagai aliran dan corak fikir yang pelbagai seperti tumbuhnya cendawan-cendawan selepas hujan.

Satu solusi untuk menyatukan pemikiran ini dengan mengumpulkan kesemua di bawah satu bumbung dan mendapatkan titik persamaan minimum adalah satu usaha sangat murni yang dikagumi. Malangnya, tanpa persepakatan dalam perkara yang USUL(teras), dan memenangkan satu fikrah yang asli(wihdatul fikr), kita akan banyak disimpang siurkan dengan suatu yang kurang utama daripada hadaf(matlamat) teratas apatahlagi jika kita rupa-rupanya sudah terbias daripada Fikrah asal yang kita canangkan.




Saya mengajak kita semua melihat setiap perkara dari sudut kemaslahatan ummah. Itu yang PALING UTAMA, kepentingan ummat ISLAM! Melihat pertembungan kita hari ini ialah pertembungan antara kayan Islam dengan kayan Jahiliyyah. Antara binaan Islam dgn binaan Barat. Antara ummat Islam dgn serangan pemikiran. Antara anak-anak muda Islam(generasi harapan) dgn idola-idola yang rosak. Antara ISLAMIS vs HUMANISME, yang pada akhirnya humanisme ni termasuklah juga semua sekularisme, liberalisme, individualisme, materialisme, dan isme2 yang lain.

Siapakah yang lebih cepat binaaannya? yang manakah lebih gigih pekerjanya? manakah yang lebih utamakan perancangan, strategi keseluruhan sebelum pembinaan berbanding menumpukan binaan tampalan, yakni terus membina, tanpa melakarkan pada minda hasil akhir dengan sempurna, mungkin kerana mengejar dateline?

Faham humum, apa yang kita utamakan? apakah yang bermain di minda kita? apakah yang kita lakukan dalam seharian? apakah yang kita mahukan dalam hidup ini...????

Serangan budaya Barat dan Liberalisma kini seperti tsunami yang melanda Malaysia khususnya para remaja dan belia sehingga lahir ramai dikalangan mereka yang bukan sahaja tidak berjihad demi memikul risalah Islam ke seluruh pelusuk dunia, bahkan identiti Islam itu sendiri hampir tiada didalam jiwa mereka lantaran mengikut idola-idola ala-Barat. Tiada jalan lain selain mendidik mentarbiyah dan menunjukkan kepada mereka idol-idola Islam peninggalan Rasulullah saw di kurun ke 21 ini. [ust Halim Abdullah]




Jiwa anak-anak muda kini lemah, jatidirnya musnah, jauh daripada tanggungjawab jihad.. mungkin lebih memikirkan apa yang hendak dipenuhi dalam hidupnya seharian.. nak makan apa petang ni? apa kerjaya idaman, peguam, doktor pensyarah? tapi, hanya untuk kepentingan diri semata-mata, malahan tak memikirkan apa tuntutan Islam yang masih belum tertunai. Apa hak-hak Allah yang masih kita abaikan..

Antara sebab berlakunya fenomena ini kerana, pertama, derasnya arus Ghazwtul fikr(serangan pemikiran) tajaan barat.. dan yang kedua, anak-anak muda tidak menjumpai medan atau biah(sistem sokongan) yang ada untuk menggilap potensi, mengukir aspirasi, dan meluahkan kekuatan dan semangatnya untuk menjadi pejuang Islam. Ramai antara mereka larut dalam kancah arus permodenan dan serangan tajaan Barat, bahkan dikalangan penggerak dakwah sekalipun. Dan rata-rata yang faham, terjerumus dalam taufan politiking ala-ala barat yang memusnahkan jati diri, dan meruntuhkan akhlak.

Akhirnya humum anak muda menyimpang, dan terlupa untuk meningkatkan ilmu, potensi diri, dan memperteguh jati diri sepertimana jati diri singa-singa ummat suatu ketika dahulu...

“Sesungguhnya membentuk umat-umat, mentarbiyah masyarakat-masyarakat, mencapai cita-cita dan memenangkan prinsip-prinsip memerlukan dari sesuatu umat itu KEKUATAN JIWA YANG HEBAT … sekurang-kurangnya kemahuan kuat yang tidak diserapi lemah, kesetiaan yang teguh yang tidak dicerobohi berlunak-lunak maupun khianat, kemahuan kuat yang tidak dihalang oleh tamak atau bakhil dan mengetahui, yakin dan menghormati prinsip yang boleh menjaganya dari silap, menyeleweng, bertolak ansur atau tertipu oleh orang lain” [Hasan Al-Banna]

True Friendship

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

“Close friends, that Day, will be enemies to each other, except for the righteous” [Az-Zukhruf]


This verse is talking about a very important issue which I was reminded of over this weekend. It is talking about the relationship that we have with the people we call our friends. It is clearly talking about those relationships we might have with people that we call our friends, but whenever we are around them we are only drawn towards haram (forbidden) things.

There is a lot that can be said in regard of choosing friends. In another ayah in the Quran, Ibrahim AS tells his people that the friendship and love they have for one another is only temporary, in this world. On the Day of Judgment, he tells them, they will disown one another. The friendships we have with the people who cause us to do evil things also fall under this same category.

Therefore, the best friendship to have in this world is the one for the sake of Allah SWT. One note I will make here, what does it mean to love for the sake of Allah SWT. It means that you have love for your teachers of religious knowledge, spiritual guides, reformers, religious scholars, etc… You love those people who love this religion and Allah SWT and his messenger.

Find friends who will cause you to do good things. Find those people who pray, so that when it is time to pray they will ask you to come pray with them. Find those people who go to the masjid on the every now and then instead of the clubs. Find those people who speak good words and stay away from backbiting one another. It might be difficult at first, but stick with it. It will be better for us in the life of this world and in the life of the hereafter inshAllah.

Daulah Islam


” Tegakkan daulah Islam dalam dirimu, nescaya Islam akan tertegak di bumimu” (Mustafa Masyhur)

Apa yang dapat difahami, tak mesti tidak, hanya jalan mendidik (tarbiyah) sahajalah jalan yang paling selamat dan rabbani supaya Islam itu tertatbiq(aplikasi) di seluruh alam. Tarbiyah bukan sekadar proses pengajaran di kelas-kelas, tapi tarbiyah ialah suatu proses kehidupan yang berhajat kepada SISTEM pemahaman Islam yang syumul (menyeluruh). Jadi, selain al-Quran dan as-Sunnah sebagai asas masdar(sumber) Islam, perlu juga kepada asas-asas UNTUK MEMAHAMI agama Islam..

Apakah yang dimaksudkan dengan asas-asas untuk memahami Islam?

Yang saya maksudkan ialah ilmu-ilmu berkaitan kaedah Mengubah diri dan Merubah manusia di sekeliling. Kedua-dua kaedah ini perlu berjalan seiring untuk memastikan kesempurnaan kedua-duanya. Ia disebut sebagai fiqh Dakwah seperti dalam karangan Ust Mustafa Masyur tersebut.

Kita kini, berhajat kepada Sistem Islam yang syumul bagi menenggelamkan system jahiliah dan kuffar yang meracuni pemikiran umat Islam keseluruhannya. Dalam teori kebangkitan ketamadunan, sesuatu tamadun hanya akan diganti dengan ketamadunan yang lain dengan 2 keadaan iaitu lemahnya ketamadunan yang sedia ada, dan kuatnya tamadun yang ingin menggantinya itu.

Contohnya; dalam dunia global yang menyaksikan penguasaan Amerika bersama 'tangan-tangan' Yahudi-Zionis di peringkat antarabangsa. Sungguh 'ketamadunan' Amerika ini sedang mengalami kebejatan defisit ekonomi sangat parah dengan pergantungan kepada penguasaan bank-bank dunia sahaja selain pengeksploitasian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB). Tambahan pula, ‘akhlak’ generasi baharu mereka mengalami keruntuhan moral teruk dengan aktiviti sex bebas membawa kepada kehancuran institusi kekeluargaan, dan kepincangan modal insan.




Tetapi, sungguhpun tamadun ini semakin lemah dan semakin hancur, jika tiada ketamadunan yg lebih kuat dididik dan dibina untuk menggantikan mereka, serupalah seperti merenung jauh ke bendang, mengharapkan hasil tumbuh untuk dituai. Ya, tiada maknanya..

Dalam nak menukar sistem, ada peranan kita selaku pelajar, mahasiswa dan orang muda. Pekerjaan kita bukanlah menabur fitnah, menggelar-gelar dan sebagainya, tetapi kerja kita ialah menjaga akhlak (jadi soleh), dan ajak orang lain untuk menjaga akhlak(musleh). Tegur sahabat kita yang ghibah(umpat), fitnah, tajassus(intip kesalahan)..juga bentuk biah solehah.. baca quran, qiamulail, juga kesan kawan untuk berqiamulail.. jadi, kita perlu berkawan, dan perlu buat kawan sebab tahu kawan tu penting untuk pembinaan biah solehah.. berkawan merentasi usia(batch), bidang pengajian, kenegerian, kesekolahan dll.. buat checklist, seminggu, berapa ramai kita berkawan, berapa ramai kita saling menasihati dan banyak lagi.

Langkah-langkah menukar system yang sedia ada, bukanlah hanya boleh tercapai jika kita berkuasa, sebab syariat(sistem) islam itu sendiri pun hanyalah menYEMPURNAkan hadaf/tujuan menegakkan islam.

"Innallaha yaziu' bilsultan ma la yaziu bil quran. (Allah menyempurnakan urusannya dengan kekuasaan, apa yang tidak dapat diselesaikan dengan quran)."

2 perkara, selain mandat, perlu juga syaukah (kekuatan ummat)..

Nak bina negara yang berasaskan RISALAH ISLAM, kita perlukan umat yang PAHAM RISALAH, dan menjadi PENDOKONG RISALAH. Jadi, perlu kepada kerja-kerja mentarbiyah masyarakat, mengubah masyarakat tentang tujuan hidup, yang bukan sekadar hendak bermewah-mewah dengan rumah yang besar, isteri-isteri cantik, anak-anak yang ramai, makanan mahal-mahal…



"Zuina linnasi hubbusy Syahawati minan nisa’i wal banina wal qanatiril muqantarati minadzahabi wal fiddah.. (Dijadikan indah pada pandangan manusia itu, kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu, wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak,kuda pilihan,..)" (Surah ali Imran)

Tujuan hidup yang perlu difahami ialah hakikat alam yang satu lagi, iaitu alam barzakh. Di situ terdapatnya syurga abadi, hakikat hari pembalasan, pahala dosa, tingkatan-tingkatan syurga neraka dll.

"Sesungguhnya orang yang hidup untuk kepentingan diri sendiri semata-mata, mungkin dapat mengecapi hidup damai dan tidur nyenyak. TETAPI, ia hanya hidup sebagai orang KERDIL dan mati sebagai orang KERDIL juga. SEBALIKNYA, orang yang BESAR memikul beban yang BESAR ini yang tidak punya tidur, tidak punya masa bermain2, tidak punya hamparan yang hangat gebu, tidak punya timbunan harta, perabot mewah megah, dan tidak punya hidup bersenang-lenang" (Almarhum As-Syahid Sayyid Qutb)

Sudah semestinya yang diimpi oleh setiap manusia untuk berada di syurga tertinggi, jannatul Firdaus al-a’la, tapi yang paling utama tak lain tak bukan ialah REDHA ALLAH subhanahu wata’la, dan tiadalah yang lebih hebat daripada itu..

Maha Suci Allah, hanya padaNya cinta Hakiki.. Wallahu'alam

Miqyas

assalamualaikum, bismillah..

(tajdid niat-cuba utk menulis dari hati supaya kalimah2 ini juga sampai tepat ke hati yang membacanya)


Anugerah memahami Islam, adalah anugerah yang sangat bernilai buat sesiapa sahaja. Kerana orang yang faham Islam, dalam dirinya ada satu NERACA yang tidak ada dalam orang lain.NERACA ini membolehkan manusia berfikir secara waras dan menilai sesuatu menurut pandangan kaca mata Ad-Din berbanding tafsiran menurut tanggapan peribadi semata-mata. Tambah lagi, pandangan peribadi biasanya lebih terbias kepada beberapa sudut pandangan sahaja dan juga mudah untuk menyimpang ke dalam kancah hawa nafsu.

Sabda Rasulullah saw,
“Manusia itu umpama galian, mereka yang terpilih dalam jahiliahnya, mereka itulah yang terpilih sesudah Islamnya, sekiranya mereka faham”


Kita masih bercakap tentang NERACA. Seseorang yang punya NERACA agama ini mampu untuk merasai kebahagiaan hidup yang sebenar. Apakah maknanya ini? Bahagia dalam erti kata yang sebenar ialah rasa kemanisan hidup dalam rahmat Allah s.w.t. Hal ini kerana, boleh jadi seseorang berasa bahagia tetapi kebahagiaannya itu hanyalah memuaskan nafsu halobanya sahaja. Dia berasa tenang hidup, seronok dan bergembira di dunia tetapi pada hakikatnya, kebahagiannnya itu bukanlah yang membawa makna tulen. Keseronokannya sementara dan akan menyebabkan orang sebegini sesudah dicampakkan ke dalam neraka, lalu mereka berteriak;

“Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami daripadanya (dan kembalikanlah kami ke dunia), maka jika kami kembali (juga kepada kekafiran), sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim." (al Mukminun;107)

Dan juga apabila datang kematian kepada mereka;

“… sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?"(al Munaafiqun;10)


NERACA inilah sebenarnya yang membolehkan kita bersikap dengan sifat “tamayyuz”, mampu berbeza daripada suasana masyarakat yang rosak. NERACA yang saya maksudkan ialah anugerah FAHAM Islam dan bukan semata-mata memeluk Islam.





Sebagai contoh, orang yg benar-benar punyai NERACA ini, mampu membezakan antara apa yang dikatakan ukhuwah dan apa yang dikatakan persahabatan. Kadang-kadang ramai tersalah tanggapan dengan persahabatan ini, yang diselitkan juga nilai-nilai murni dan disebut sebagai ukhuwah. Kata orang, “friendship kita pun lebih best berbanding ukhuwah mereka.”

Kita lihat pada zaman sebelum datangnya Islam membawa sinar perubahan, masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan kehidupan berpuak-puak. Mereka duduk dalam satu kelompok dan melakukan aktiviti monopoli perdagangan, merompak atau menyamun secara bersama. Mereka merasakan ‘Ukhuwah’ antara mereka begitu rapat hinggakan jika ada salah seorang ahli mereka yang dianiayai, maka seluruh puak tersebut akan berpakat dan mengisytiharkan perang terhadap puak yang menganiaya itu.

Seringkali kita disibukkan dengan ukhuwah atau tautan yang lalai. Tautan dalam bentuk ini selalu menyebabkan kita berasa amat akrab dan rapat antara satu sama lain. Malangnya, apa yang dilakukan bersama adalah dalam bentuk lagho(sia-sia) dan lebih teruk lagi jika ianya maksiat!

Firman Allah swt; "..dan bertolong-tolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan ketaqwaan, dan jangan bertolongan dalam mengerjakan keji dan kemungkaran..." (al-maidah:2)

Satu lagi, seseorang yang punya NERACA mampu melihat Islam dalam konteks agama yang Syumul. Yakni yakin Islamlah penyelesaian segala permasalahan yang dihadapi umat. Sesetengah orang tersalah, memahami bahawa Islam hanya terbatas dalam soal-soal ibadat dan bentuk-bentuk ruhaniah sahaja. Pemahaman ini sempit dan dalam ruang lingkup yang tidak luas bertentangan dengan kesyumulan Islam yang merangkumi akhlak, pergaulan, tingkahlaku dan amalan berdasarkan pemahaman.




Apabila FAHAM, khusyuk kita bukan hanya dalam solat, tapi ‘khusyuk’ kita juga ketika muamalah(perbualan,tatacara,urusan jualbeli..dsb), ‘khusyuk’ ketika berfikir, ‘khusyuk’ dalam menjaga akhlak. ‘Khusyuk’ yang dimaksudkan dapat rasai bahawa Allah sentiasa melihat kita, sepertimana kita rasai ketika berada dalam solat atau didalam kuliah agama. Susulan itu, orang yang FAHAM Islam dalam ertikata SYUMUL akan merasa perlu untuk BERUBAH. Dan kemudian apabila semakin bertambah kefahaman, orang ini akan merasakan diri perlu MERUBAH. Kemudian, keperluan berkumpul bersama mereka yang ingin BERUBAH dan MERUBAH. Untuk apa? untuk synergistik!...

Islam yang seharusnya difahami adalah Islam yang bersifat SYUMUL. Bermula dari mengangkat kelopak mata sehinggalah menutupnya kembali. Bahkan, saat tertutupnya kelopak itu pun termasuk dalam Islam.

Tetapi, amat malanglah bagi kita yang tidak mengerti atau menghayati pemisahan agama dalam kehidupan seharian. Islam hanyalah ketika bersolat, mendengar ceramah, menghadiri usrah dsb.

Perlu kita fahami bahawa, terdapat dua jenis IMAN, iaitu Iman yang bisu, tidur nyenyak dalam jiwa mereka, mereka tidak mematuhi tuntutan Iman itu. Adapun satu lagi Iman yang bergelora, menyala, kuat dan waspada. Iman ini akan memandu manusia sentiasa mencari pencinta-pencinta agama ini. Semangatnya berkobar-kobar, dan tak jemu berusaha meyakinkan manusia bahawa NERACA yang tersimpan dalam diri mereka ini perlu disebarluaskan dan membantu dalam usaha membangkitkan ummah gemilang ini.Wallahu'alam..WS

Keberkatan Umur..


Memahami hakikat hidup ini adalah suatu nikmat yang sangat agung.. bagi sesiapa yang merasainya seolah-olah neraca hidupnya sudah berubah, bukan berubah kepada suatu yang baru tapi sebenarnya dia sudah kembali kepada neraca yang sepatutnya difahami oleh setiap insan..

Bercakap tentang keberkatan hidup, boleh jadi manusia ini sangat kerap menghitung bertambahnya umur dari tahun ke tahun dan memperingati tarikh yaum Miladnya sejak lahir ke dunia ini.. sebab itu kita sering mendengar budaya sambutan harijadi si fulan-si fulan, birthday party mamat sekian-sekian..

Tapi, amat jarang kita mengingati tarikh-tarikh tarbawi dalam hidup kita.. bilakah kesedaran itu mula muncul? tarikh taubat nasuhaku? bilakah aku berjanji pada diri untuk menjadi lebih baik? bilakah aku berjanji utk menjadi pembela agama Allah?bilakah saatnya aku mengenal dakwah? bilakah saatnya aku dilamar oleh al akh..? bilakah saatnya aku merasakan nikmat paling agung dalam hidupku, melepaskan diriku hanyasanya semata-mata untuk Allah swt(at tajarrud)?

mungkin ini yang dimaksudkan oleh Ust Sayyid Qutb bila beliau meluahkan perasaannya dalam permulaan tafsir quran fi zilal: hidup dalam naungan lembayung al quran suatu kenikmatan, nikmat yang mengangkat umur seseorang.. terasa seolah-olah kelahiran baru, kelahiran yang lebih agung daripada tarikh milad seseorang.. dan umur itu dikira ketika bermulanya kematangan dan dan kefahaman yg jelas tentang hakikat syahadah dan kehidupan.. (As-Syahid Syed Qutb)




Sebab itu, akhirnya, zikrayat2 seperti ini terkambus dalam hidup seseorang daie, dan terkubur terus daripada tontonan dan penghayatan anak-anak muda pada masa akan datang. Kerana, membina suatu sistem sokongan padu, yakni biah dakwah di kalangan anak muda sangat sukar.. yang saya maksudkan, bukan biah aktif membuat "program-program" seperti yang difahami ramai.. tapi biah ruh seorang mujahid, yang tak pernah kenal erti penat lelah, tak kenal erti kenikmatan dunia lebih daripada kenikmatan akhirat..

Akhirnya, kembali kepada gerak kerja kita sebagai ashabul fikr, pemegang panji-panji fikrah ini, sebagaimana Zaid bin Harithah memegang panji Islam dalam perang mu'tah sehingga beliau syahid.. seperti mana Abdullah bin Rawahah , seperti mana Jaafar bin Abdul Mutalib.. Kerja kita ialah Isti'dadul Umam.. Menyediakan Umat Ini, sepertimana perlunya kita menyediakan diri kita sebagai langkah pertama. Diselusuri dengan pembinaan rumahtangga atas asas dakwah. Bina biah dakwah dalam anak-anak dan sanak saudara, kemudian masyarakat dan seterusnya.. bukankah itu yang dilakukan oleh Nabi kita Muhammad saw? bukankah itu yang difahami oleh para salafus soleh?



Mungkin inilah tangga pertama daripada tangga-tangga perjalanan seorang daie seperti disebut para cendekiawan dakwah.. iaitu al Yaqdzah..

al Yaqdzah ibarat tersedar daripada tidur disebabkan semboyan kapal sudah berbunyi. Sedar bahawa kapal sudah mahu berangkat. Kesedaran yang melahirkan tindakan segera untuk bersama sebelum terlambat. Sedar betapa perlunya teman dalam perjalanan yang jauh. Sedar betapa perlunya bekalan disepanjang perjalanan.

Kesedaran ini ialah kesedaran hati terhadap nikmat-nikmat kurniaan Allah. Kesedaran hati betapa diri masih belum menyempurnakan tanggungjawab syukur. Sedar betapa diri masih leka mengikut keinginan nafsu dan kufur kepada nikmat-nikmat tuhan. Sedar betapa diri masih lemah dalam menghadapi pertarungan dengan diri sendiri, syaitan dan ajakan duniawi.

Sesiapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan akan diwujudkan penyedar di dalam dirinya yang membawanya kepangkal jalan, mengiktiraf dosa, segera beristighfar dan bertaubat kepada Allah.

Kesedaran adalah maqam pertama dalam perjalanan Rohani menuju jiwa mutmainnah radiatul mardhiyyah. Wallahutaa'la alam...

Jadilah Singa Ummah

nafsu bilamana tidak diisikan dengan perkara bermanfaat, secara otomatik akan diisi dengan maksiat.. (kalaulah semua orang tahu projek/agenda dakwah yg besar ini, pasti kita tidak akan tidur malam utk mempertahankan, beri kesedaran dan bangkitkan Ruh ummat ini..) sbb itu Rasulullah berkata; jika kamu tahu apa yg aku ketahui, pasti kamu akan lebih banyak menangis berbanding bergelak ketawa..

Umat Melayu Muslim yang tidak mengamalkan Islam adalah besar jumlahnya, yang secara sembunyi dan yang secara terang-terangan murtad juga sejumlah bilangannya. Umat ini sudah carca marba permasalahannya dan jangan ditambah isu baru pula.

monolog dalaman; "mengapa sanggup kita mengaku diri ini muslim dalam masa yg sama tidak menjaga akhlak dan tak menunaikan hak ukhuwwah? adakah islam itu mengajak bermesra antara lelaki dan perempuan yg bukan muhrim? adakah islam menyuruh kita menggunakan bahasa yang kasar dan mengeji selain diri kita? Wahai Singa Ummah, perteguhkanlah jati diri kamu!! kembalilah kepada asolah keperibadianmu sebenar!!"

Bangkitlah duhai umatku, pijaklah di bumi yang real ini.. Jadilah Singa Ummah ini, sebagaimana yg ditunjukkan para sahabat ridhanullah anhu, para tabiin, tabi' tabiin dan pejuang islam suatu ketika dahulu..

Benih Iman Kita Semai





Kefahaman para Nabi





اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”


Allahumma Amin

ruang Arkib; article IM

DI Mesir misalnya Pergerakan Jamaah Islamiyyah yang terkenal sebagai Tanzim al-Jihad dan Takfir wa'l-Hijrah merupakan pergerakan yang paling radikal dan sering menunjukkan keganasan demi membentuk negara Islam. Hasil daripada tindakan dan ideologi radikal oleh pergerakan-pergerakan Islam tersebut, maka persatuan atau pergerakan Islam yang lain turut disalahtafsir oleh masyarakat luar.

Di negara Mesir juga, jumlah pergerakan Islam melebihi 300 persatuan atau pergerakan. Di antara pergerakan paling berpengaruh dan termasyhur ialah Ikhwan al-Muslimin (Ikhwan) yang ditubuhkan oleh Hasan al-Banna pada 1928.

Kekuatan dan kemasyhuran Ikhwan bukan berdasarkan kepada perjuangan politik seperti mana pergerakan Islam lain yang mana kuasa untuk memerintah dan menerajui negara merupakan matlamat perjuangan mereka. Ikhwan diterajui oleh pemimpin yang mempunyai karisma yang tinggi dan memiliki ilmu pengetahuan dalam bidang konvensional dan tradisi Islam. Ini merupakan ciri-ciri yang wujud dalam peribadi Hasan al-Banna, tokoh pergerakan Islam yang terkenal di dunia.

Kebijaksanaan Hasan al-Banna dalam menggariskan polisi Ikhwan yang berlandaskan kepada pengajaran Islam seiring dengan struktur pelbagai aktiviti, terutamanya dalam hal ehwal kebajikan dan program sosial menjadikan Ikhwan satu pertubuhan Islam yang paling berpengaruh di Mesir. Ia bermula sebagai satu organisasi sosial yang menumpukan perhatian kepada pengajaran Islam, mendidik dan mengajar golongan buta huruf, menubuhkan hospital dan syarikat perniagaan dan perdagangan.

Kejayaan Ikhwan membentuk satu pergerakan Islam yang terkaya, moderat dan berpengaruh di Mesir juga berkaitan dengan objektif dan visi yang menjurus kepada kepentingan masyarakat dan negara bukan kepentingan politik dan individu.

Di antara objektifnya ialah menyertai kebajikan umum dan perkhidmatan masyarakat pada bila-bila masa dan keadaan mengizinkan; mengukuhkan kemakmuran negara; membebaskan dunia Islam daripada penjajahan; menganjurkan keamanan sejagat dan tamadun Islam berlandaskan prinsip Islam; membina kembali negara Islam dan menyatupadukan Mesir dengan negara Islam lain berdasarkan prinsip Islam, selain memperkukuhkan umat Islam secara mengikuti dan mengamalkan ajaran undang-undang dan akhlak Islam.

Berdasarkan objektif tersebut, para pemimpin dan ahli-ahli Ikhwan bergerak begitu aktif dalam kegiatan kebajikan sosial, ekonomi dan negara walaupun tidak menerajui pemerintahan. Kejayaan Ikhwan membina institusi sosial ekonomi yang merangkumi institusi pelaburan yang boleh mencabar institusi pelaburan kerajaan, perniagaan serta kebajikan masyarakat menunjukkan bahawa pergerakan ini boleh dianggap sebagai 'state within the state'.

Dalam sektor ekonomi, Ikhwan boleh menandingi kerajaan Mesir yang mana pada tahun 1980-an, pergerakan ini memiliki tujuh syarikat terpenting negara, perusahaan dan penerbitan seperti syarikat perlombongan dan galian, syarikat perdagangan dan kerja-kerja kejuruteraan dan syarikat penerbitan Islam dan akhbar-akhbar harian.

Mereka juga memiliki syarikat-syarikat pelaburan. Syarikat pelaburan terbesar ialah al-Rayyan dan pada pertengahan 1980-an, syarikat pelaburan milik Ikhwan dilaporkan media memiliki di antara AS$5 bilion hingga AS$15 bilion. Ikhwan walaupun mempunyai pengaruh yang kuat di Mesir tetapi tidak dibenarkan berdaftar sebagai parti politik. Berdasarkan kepada perundangan dan konteks semasa, Ikhwan lebih menumpukan perhatian kepada kegiatan ekonomi dan sosial, dan membenarkan ahli-ahlinya melibatkan diri dalam politik dengan menyertai parti lawan seperti parti Pakatan Islam dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1987.

Pada PRU 1984, ahli Ikhwan bergabung dengan Parti Wafd. Pada PRU 1987, ahlinya bergabung dengan Parti Buruh dan Liberal yang merupakan parti lawan terbesar di Mesir. Dalam PRU 2000, ahli Ikhwan mendapat 17 kerusi dalam Parlimen secara bergabung dengan Parti Buruh dan Liberal. Dalam PRU 2005, ahli Ikhwan menduduki 20 peratus kerusi dalam Parlimen.

Ikhwan tidak menggunakan pengaruhnya dalam arena politik untuk menerajui kerajaan Mesir tetapi lebih menumpukan perhatian kepada mereformasikan sistem pemerintahan Islam secara kerjasama dengan parti-parti politik yang wujud di Mesir. Ia merupakan perbezaan di antara Ikhwan dengan pergerakan-pergerakan Islam dalam dunia Islam lain yang mana terlalu ghairah untuk mendapat kuasa tanpa bermuhasabah diri mempersoalkan kemampuan untuk menerajui negara.

Ikhwan walaupun tidak memegang kuasa pemerintah negara tetapi aktiviti dan kegiatan sosialnya yang mana menyerupai sebuah kerajaan prihatin terhadap rakyat. Kematangan para pemimpin Ikhwan mengekalkan statusnya sebagai organisasi sosial walaupun rejim Hosni Mubarak telah digulingkan menunjukkan bahawa Ikhwan bukan pergerakan Islam yang terlalu ghairah untuk mendapat kuasa. Mereka lebih rasional dan berwibawa dalam menentukan masa depan Mesir secara menggerakkan parti-parti politik Mesir dalam menentukan dasar pemerintahan negara berasaskan kepada Perlembagaan Islam tanpa menggunakan kekerasan dan radikal.

Dr. Saodah Abd Rahman, Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

asas gerakan dakwah, saling berkasih sayang

Kata Ibrahim bin Adham ra: “ al Mahabbatu hia thamratu ma’arifah..”

Makna nya, kasih sayang itu terhasil daripada sebuah perkenalan..



Bila bercakap tentang kenal, bukanlah dimaksudkan di sini hanya sekadar tahu dan mendengar tentang seseorang shj. Kerana kenal yang berupa sebegitu tidaklah yang mengembangkan sebuah jambakan kasih sayang dalam jiwa ke tahap yang hebat. Kenal dalam erti tahu-tahu sahaja, hanya akan memberikan percikan semangat sementara yang akhirnya akan padam dan layu selepas lupa tentang kisah atau diri seseorang itu.

Sebab itu suatu pengajaran penting dalam hidup ini untuk kita bukan sekadar mendapat TAHU tetapi mendapat FAHAM. Dan FAHAM adalah suatu proses di mana seseorang itu bukan sekadar TAHU tetapi berAMAL dengan apa yang dia TAHU itu. Jadi, sesiapa yang TAHU tapi masih tak buat apa yang dia katakan, sebenarnya, dia pun tak FAHAM erti hakikat ilmu itu... [rukun biah pertama, al fahmu]

Medan berkata tak sama Medan beramal. Medan beramal tak sama Medan berjihad.. hanya orang yang berada di tempat tersebut mengerti hakikatnya..

Firman Allah taala;
“wa ma khalaqtul jinna wal insan illa li ya’budun..” ai(yakni) liya’rifun.
. iaitu utk mengenal Allah taala. Makrifatullah

Bagaimana kita dapat menyuburkan rasa sayang, rasa kasih pada seseorang.. ialah dengan kita mengenalinya, dengan mengikuti perjalanan hayatnya, mengikut prinsip hidupnya, menyelami perasaan dan personalitinya. Begitulah juga kita ingin mencintai seseorang sahabat kita. Begitulah juga kita ingin mencintai Rasul kita.. Muhammad s.a.w..

Pada suatu hari para Sahabat melihat air mata mengalir di pipi Rasulullah lalu bertanya, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?"

Rasulullah menjawab, "Aku rindukan Ikhwanku."

Terkejut para Sahabat dan berkata, "Bukankah kami Ikhwanmu?"

"Tidak," kata Rasulullah. "Kamu Sahabat-Sahabatku manakala Ikhwan ialah umat Islam akhir zaman, yang datang sesudahku, yang tidak berjumpaku tapi beriman denganku."

subhan nallah!! subhan nallah!! subhan nallah!!




Bagaimanakah Rasullah s.a.w begitu sayang kita umat akhir zaman ini? Tak lain tak bukan kerana beliau benar-benar mengenali umatnya lebih daripada kita mengenali umat ini sendiri. Lebih dari kita mengkaji masyarakat sendiri dan menganalisa jiwa kita sendiri..

Rasulullah SAW ada bersabda:

"Hampir tiba satu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh benua akan mengerumuni kamu seumpama orang yang mengadap makanan dan dulang-dulang hidangan".

Para sahabat bertanya, "Apakah kerana kami sedikit jumlahnya pada ketika itu, wahai Rasulullah?"

Nabi menjawab "Bahkan ! Kamu SANGAT RAMAI ketika itu, namun kamu ibarat buih di laut dan di air yang mengalir. Pada masa itu, Allah mencabut rasa gerun dan takut terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan memasukkan ke dalam hati kamu penyakit Al Wahnu."

Para sahabat bertanya "Apakah dia Al Wahnu?".

Nabi menjawab "Cintakan dunia dan takutkan mati ."( Hadith Riwayat Abu Daud)


Bagaimana pula dengan kita sahabat2 sekalian? Adakah kita benar-benar mengenali Rasulullah s.a.w.? Adakah kita benar-benar menyelami apakah sebenarnya yang dituntut oleh ar-Rasul s.a.w?

Adakah kita tahu bagaimanakah Nabi membina Rijal-rijal dakwah. Tahu bagaimanakah nabi saw menunjukkan contoh yang paling sempurna dalam pelbagai sudut, sebagai seorang ayah, Suami, guru, anak murid dan lain2.

Sebab itu, ramai yang tahu ilmu-ilmu Islam, itu betul ini salah tapi masih gagal memahami Islam dengan sebaiknya. Memahami keindahan Islam itu sendiri. Gagal memahami apakah yang dituntut dalam agama bukan sekadar perbahasan agama tetapi penghayatan agama sepatutnya ditatbiqkan dalam amalan di segenap sudut dan mencakupi setiap marhalah kehidupan, hatta, dalam pembinaan rumah tangga.

Tak cukup suatu kelompok manusia sekadar memberikan tahu shj tanpa difahamkan, melalui proses penghayatan Islam sebenarnya. Melihat segala-galanya dari jendela Keindahan Islam, the Beauty of Islam.




Tak cukup umat Islam diajarkan kepentingan memelihara diri daripada hubungan yang tidak syar’ie tanpa memahamkan dan serius dalam pembinaan rumah tangga muslim. Tak cukup sekadar melompat ke puncak kegemilangan dan memenuhi kamaliat(kesempurnaan) dan tahsiniyat(hiasan), tanpa mengutamakan perkara hajiat(keperluan) yang lebih aula.

Mana mungkin generasi hebat bakal dilahirkan dalam kepincangan institusi kekeluargaan di peringkat permulaan lagi, di bahagian pemilihan lagi. Tengoklah betapa ramainya artis yang akhirnya punah rumahtangga kerana asasnya sudah lemah. Peringkat awal, pemilihannya sudah bertunjangkan nafsu dan neraca manusiawi.

Begitulah juga yang akan berlaku kepada sohibul fikr/ pembawa agama Allah jika menggunapakai neraca yang serupa. Gerakan islam yang sejati perlulah menekankan setiap marlahah pada penekanan yang sebaiknya, dan ketahui apakah yang sebenarnya patut dipenuhi oleh setiap kita daripada menyimpang jauh daripada gerak kerja amal islami kita yang sepatutnya. WS.

3 Mac 1924

Jika kita mengimbau kembali sejarah silam, tarikh 3 Mac 1924 merupakan tarikh yang cukup mendukacitakan umat Islam keseluruhannya. Berlakunya pada tarikh ini suatu peristiwa hitam yang menikam menusuk padu ke dalam hati pencinta-pencinta agama mulia ini. Terasa pedih, geram, sedih, malu, lemah, bersemangat yang bercampur baur saat demi saat, jam demi jam pada hari tersebut.



Pada hari ini, secara rasminya, sistem Khilafah Islamiah dimansuhkan dan Negara Turkey menggunapakai sistem Republik dalam pentadbiran mereka. Hal ini terjadi hasil konspirasi yang cukup teliti yang dirangka dan dirancang oleh musuh-musuh Islam termasuk dikalangan orang islam yang berhati busuk berbau najis ‘kemunafikan’.

Antara hero yang kita patut sanjungi ialah Sultan Abdul Hamid II yang berjuang mati-matian untuk mempertahankan Khilafah Islamiah ini. Baginda ditawarkan dengan macam-macam tawaran daripada harta, tanah dan sebagainya untuk melepaskan kekuasaannya sehingga akhlak baginda menjadi ‘amaran’ kepada barat dan musuh Islam. Baginda turut tegas dalam mempertahankan isu Palestin dan perkara ini menjadi ancaman hebat terhadap rancangan jahat Zionis dalam rangka untuk menguasai dunia.



Akhirnya pada 1909, darurat terancang telah dicetuskan, dan fatwa dikeluarkan untuk memecat Sultan Abdul Hamid II. Baginda dan kaum kerabatnya dibuang Negara dan dikurung di Istana sehingga meninggal dunia.

Dan pada ketika itu, Mustafa Kemal Ataturk menjadi ‘penyelamat umat Islam’ dengan melakukan perubahan yang mengejutkan semua pihak termasuk Al-Azhar sendiri. Manusia jahat ini memansuhkan sistem kesultanan dan mengumumkan Turkey sebagai Negara Republik. Kemudian lebih dahsyat lagi dengan memansuhkan sistem Khilafah yang telah bertahan sejak lebih 600 tahun dahulu.



Kecewa dengan keputusan ini, umat Islam bagaikan sudahlah jatuh ditimpa anak tangga apabila larangan pemakaian Islam dibuat, undang-undang Islam dimansuhkan, calendar hijrah ditukar kepada calendar geogorian’s, penghapusan tulisan Arab, Islam sebagai agama Rasmi dibubarkan dan bacaan al-Quran dan azan mesti dibuat dalam bahasa Turki. Semua ini sepertinya sudah lama wujud perancangan rapi untuk meruntuhkan ketamadunan Islam yang telah gah sejak berabad-abad yang lalu.

Belajarlah daripada peristiwa ini, belajarlah bahawasanya, sesuatu tamadun itu hanya akan jatuh disebabkan kuatnya tamadun yang lain dan lemahnya tamadun itu sendiri. Semuanya berpunca daripada satu elemen yang penting yang dilupakan oleh ramai umat Islam, yakni Iman. Bangkitnya islam dnegan Iman, bertahannya Islam dngn Iman dan jatuhnya umat Islam juga disebabkan faktor Iman.


Biarlah kita katakan lemah manapun ketamadunan barat yang menguasai dunia kini, akan tetapi jika tiada tamadun Islam yang makin kuat atau bertambah hebat segala aspeknya, serupalah kita bermimpi di siang hari. Mengharapkan hasil tumbuh, tuaian tak menjadi.

Perlengkapkan diri dengan Iman, sebab Iman itu penolak segala kekuatan umat. Hargai iman anda, pulihkan iman anda, sentiasa cari jalan untuk perbaiki dan pertingkatkannya. Pada akhirnya, mereka yang mencintai agama ini akan berkumpul atas perkumpulan imaniah, perkumpulan yang menghasilkan amalan yang satu, amalan dengan keazaman yang hebat, amalan yang membawa seribu satu impak buat umat, mengubat segala kesengsaraan dan dukacita yang dirasai selama ini. Wallahualam.
Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template