gambar hiasan
Ingat tak kisah Nabi s.a.w di permulaan dakwah, baginda diejek, dipersenda, digelar ahli sihir, tukang tilik, orang gila dan banyak lagi. Tetapi, alangkah mulianya kekasih Allah ini, bukan sekadar tidak membalas, bahkan baginda s.a.w. mendoakan bagi orang-orang yang mengherdiknya ini.
Sabda Rasulullah saw;
Allahumahdi qaumi fainnahum la ya'lamun“Hai Tuhanku, berikanlah hidayah kepada mereka kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”Allah, alangkah mulianya peribadi Nabi s.a.w.
Bahkan diceritakan di sini, Nabi Nuh a.s. pula bersungguh-sungguh menyeru kaumnya kepada Agama Allah. Baginda bertahan selama 950 tahun walaupun kaumnya berpaling daripadanya dan mengganggunya.
“Nuh berkata: Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siangmaka seruanku itu hanyalah menambahkan merekalari (dari kebenaran). Dan seseungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni meraka,mereka memasukkan anakjari mereka ke dalam telinganya dan menutup bajunya (ke muka) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan sangat. Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka kepada iman dengan terang-terangan kemudian aku (menyeru) mereka lagi dengan terangan dan dengan cara rahsia.” (surah Nuh)Demikian kesungguhan dan kesabaran Nabi Nuh as tatkala menyeru kaumnya kepada Allah siang dan malam, secara rahsia dan terangan tanpa jemu dan putus asa.
Adapun kita mendapat ibrah dari kisah Nabi Yunus yang meninggalkan kaumnya dengan perasaan marah kerana merekaberpaling daripadanya dan tidak menyambut seruannya . Lalu Allah memberikan pengajaran kepadanya yang ditelan oleh ikan Nun.
Begitulah,tanpa kesusahan dan kepayahan, jarang sekali manusia mengenal erti kesabaran. Dan ramai juga yang kecundang dengan keadaan sukar ini dengan lentingan dan selubung nafsu amarah.
Kesediaan untuk menerima kesusahan dan kesengsaraan termasuk bala’ dan bencana asalkan bukan neraka, merupakan suatu prospek yang besar membezakan seseorang individu dengan individu yang lain. Adapun bagi mereka yang seronok dengan kesenangan dan kelapangan, ketenteraman warna suasana penuh kerihatan,ini akan melalaikan kita tentang tujuan sebenar kita menyinggah di bumi sementara ini. Lalu mereka terus hanyut dan tersungkur atas semangat dan kata-kata mereka sendiri.
Firman Allah Taala;
“ Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya. “ (al-Kahfi:104)