Hati mana yg tak rasa SEDIH?!



Ya Allah, bantulah saudara2 kami di seluruh dunia..

Ya Allah, kuatkanlah, kukuhkanlah pegangan kami pada AgamaMu..

Ya Allah, ikatlah antara kami dengan ikatan akidah dan ukhuwwah dan jauh dari ikatan pangkat, keseronokan, dan kebendaan.. amin ya rabb!!



Wahai ummat Islam, janganlah kiranya kamu melebihkan neraca diri berbanding neraca agama. Bak kata pepatah melayu, "menang sorak, kampung tergadai". Lebihkan pandangan Allah berbanding pandangan manusia..

"Apakah pandangan anda tentang orang yang berbalah tentang kaedah terbaik untuk memadamkan api ketika rumah yang berpenghuni sedang dijilat oleh api yang membara ganas?" (DR Zainur Rashid)

Sultan Muhammad al-Fateh



Suatu hari Rasulullah s.a.w. bersabda ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”


Pada solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda Sultan Muhammad al Fateh memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.





Lihatlah pemuda-pemuda Islam kini, peribadinya rosak, matlamatnya tak jelas. Paling hebatpun, dia nak mendapat kebaikan untuk dirinya sahaja. Adapun yang menjadi ketua pasukan sorak yang menonton dari bangku orang ramai, tidaklah termasuk dikalangan pemain simpanan pun.

Kita berdoa semoga Allah menjadikan kita dikalangan hambaNya yang soleh, dan menjadikan idola teladan kita di kalangan orang-orang Soleh pembawa profesion dakwah dan para ulama’. Dan bukan di kalangan artis-artis atau pemain-pemain bola yang tak tentu lagi mana hala tujunya.Ws.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ar Rasul Qudwatuna..


Sahabat-sahabat yang dihormati Allah s.w.t. sekalian,
Satu persoalan di sini? “Adakah kita benar-benar mencintai Nabi saw?”

Soalan ini bukanlah memerlukan jawapan yang keluar daripada mulut kalian tetapi jawaplah dengan hati sanubari masing-masing.

Kerana jawapan ‘ya, saya mencintai Nabi saw’ berhajat kepada beberapa wajibat(tugasan): dan seseorang itu sebelum meuar-uarkan kecintaannya itu, perlu dahulu menjawab, “Adakah aku selalu mengingati Nabi saw?”

“Adakah aku merealisasikan apa yg diseru olehnya?”

“Adakah aku menyelusuri sirah Beginda yang cukup berharga?”

“Adakah semua perintahnya berdasarkan pendapat dan hawa nafsu semata-mata?”

Dan jika membuat bancian ke atas pemuda-pemudi zaman ini, agakya berapa ramaikah yang akan menyebut, “Idola aku sepanjang hayat hanyalah Rasul saw, pembawa khabar gembira ke sekian alam!”

Maka, kecintaan kepada Nabi saw ini amatlah penting sebagai “Ramzun” atau mercu seseorang itu mengambil Baginda saw sebagai ikutan sepanjang zaman.

Kenapa Rasulullah saw?
1. Kerana bagindalah yang telah terplih dalam kalangan berbillion manusia sebagai utusan Allah saw.
2. Kerana hebatnya baginda saw kerana berjaya mengubah dunia jahiliah yang cukup merosakkan kepada sebuah tamadun yag hebat dan manusia dapat merasakan hakikat akhlak mulia yang perlu ada dalam setiap diri kita..

“Inna ma bui’thtu liutammima makarimal akhlak..”(Sesungguhnya, aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak manusia sejagat)

Perubahan daripada Masyarkat jahiliah yang tak ada apa-apa nilai, kepada Masyarakat bertamadun dan berakhlak mulia dalam masa yang singkat iaitu tak sampai 20 tahun.

Dan akhirnya, kita lihat manusia pada hari ini seolah-olah mula kembali semula ke zaman jahiliah, gara-gara masyarakat tidak menjadikan Nabi s.a.w. sebagai qudwah untuk diikuti.

Kita tengok simptom-simptom Zaman Jahiliah, semuanya sama, malah ada yang lebih teruk pada dunia kita pada hari ini…




Dahulunya, penduduk jahiliah menanam bayi perempuan hidup-hidup, kini kita lihat kes-kes buang bayi yang tak kesudahan. Perhambaan sesame manusia. Seperti manusia zaman millennium ini yang bertuhankan hawa nafsu dan syahawat. Perempuan-perempuan pada zaman jahiliah seolah-olah sampah sarap yang boleh diperlaku sesuka hati dan tiada harga nilaiannya samalah seperti gadis-gadis zaman kini yang telah dieksploitasi dan ditelanjang bulatkan dengan pakaian ketat, konyak-konyak dll.

Jadi, apakah resolusi kita pada hari ini?

Bagaimanakah kita dapat menjadikan Nabi s.aw sebagai contoh ikutan?

1. Seperti yag ternyata dalam hadis, Saidatina Aishah r.a apabila ditanya mengenai akhlak baginda saw, Aishah menjawab, “Kana khuluquhu al-Quran”. Jadi tak mesti tidak, kita perlu mandalami al-Quran untuk mengenali akhlak baginda saw. Tapi awas, bukan al-Quran itu sepatutnya sekadar dibaca, dihafal dan dijadikan hiasan di dinding-dinding rumah kita, tetapi kita perlu beramal dengan ayat-ayat al-Quran. Rasai seruan “ya aiyuhal ladzina amanu” adalah terkena ke atas muka kita, lalu terus menyahut dengan “ya, Ya Allah” atau "ya, aku di sini ya Allah".. Firman Allah swt:

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (Ali Imran:103)

2. Keduanya, belajar daripada sirah Nabi saw. Dengan itu kita dapat ketahui bagaimanakah Nabi membina Rijal-rijal dakwah. Tahu bagaimanakah nabi saw menunjukkan contoh yag paling sempurna dalam pelbagai sudut, sebagai seorang Ayah, Suami, guru dan anak murid. Juga, hebatnya jati diri Nabi saw yg telah terputus silah kekeluargaannya di atas, di bawah dan ditepinya. Baginda telah kehilngan ayah sejak kecil lagi dan ketika berusia 4 tahun, ibunya pula meninggal dunia. Kemudian beginda tiada adik-beradik, dan juga anak-anak lelaki Nabi saw telah meninggal sejak kecil lagi. Tetapi bagaimanakah manusia yang terputus silah kerabatnya ini dapat membangkitkan kekuatan ummat,menyebarkan Islam yang pada akhirnya tersebar ke hampir 2/3 dunia.




3. Dan akhir sekali untuk kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar nabi saw. Firman Allah taala:

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi s.a.w. Wahai orang-orang beriman hendaklah kamu berselawat ke atas Nabi dan mengucapkan salam kepadanya sebenar-benar salam."(Al-Ahzab: 56)


Moga-moga kita termasuk dalam kalangan golongan yang menjadikan Nabi saw sebagai qudwah dan ikutan sepanjang hayat. Juga semoga kita tergolong di kalangan mereka yang mendengar kebaikan maka melaksanakannya. Dan juga, supaya kita tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat minuman telaga Rasulullah saw, yang mana kita tidak akan haus selamanya dengan minuman tersebut. Ws.
Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template