500 thn Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka



Penjajahan fizikal dan minda telah mengakibatkan umat Melayu Islam hilang jatidiri dan agenda perjuangan(Islam). Apa yang dapat kita lihat pada hari ini adalah simptomnya yang zahir dalam masyarakat. Anatara senjata utama penjajah adalah humanisme dan globalisasi yang memaksa bangsa ini menerima piawaian Barat sebagai ukuran keadilan, kejayaan, dan ketamadunan. rujuk di sini.

Justeru, ISMA dengan kerjasama PEMBINA akan menganjurkan satu konvensyen yang bertajuk 'Konvensyen Memperingati 500 tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka' sempena memperingati Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka 1511.

Membina jatidiri atas keperibadian Islam yang betul
Bersatu atas satu agenda
Menjadi bangsa yang kuat
Memimpin agenda Islam

"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, jangan kamu bertelagah sesama sendiri,
nescaya kamu akan gagal, dan akan hilanglah kekuatan kamu semua, bersabarlah,
sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar" (al-Anfal: 46)


untuk maklumat lanjut.. klik http://kemm1511.net/melaka/

dan http://www.ismaweb.net/v4/muat-turun/kertas-kerja-kobanna/

Mencari sedikit Bekal

post kali ini lebih berbentuk peribadi,

Sekilas Nota Kebangkitan umat Tunisia

1. Empayar Turki Uthmaniyyah telah menguasai kawasan Afrika Utara pada abad ke-16 dan telah membina sebuah pentadbiran yang stabil di situ.

2. Ke­damaian dan keselamatan yang sebenar di Tunisia bermula pada tahun 1547 apabila Turki Uthmaniyyah mula memerintah.




3. Era aman damai ini ber­terusan sehinggalah berlakunya penaklukan oleh Perancis pada tahun 1881.

4. Perancis mendapati agak sukar untuk menyekat protes-protes dan juga untuk menghalang pemberontakan rakyat Tunisia yang dilengkapi dengan kesedaran Islam yang kuat. Kemudian Perancis melantik seorang lelaki yang boleh dipercayai bagi mengetuai kerajaan boneka itu: Habib Bourgiba.

5. Sewaktu zaman mudanya, Habib Bourgiba menentang pentadbiran kolonialis Perancis dan bercadang untuk mendapatkan populariti dengan cara tersebut. Beliau malah telah memasuki penjara selama beberapa kali, dan cuba untuk me­non­jolkan imej sebagai seorang hero popular dengan melarikan diri dari Tunisia ke Kaherah. Sekembalinya ke Tunisia, beliau cuba untuk mempengaruhi rakyat supaya memberontak tanpa ada sebarang sebab,

6. Apabila pendudukan Perancis berakhir pada 1956, beliau menjadi wakil Perancis di negara tersebut.

7. Habib Bourgiba telah menjadikan Tunisia bergantung kepada Perancis dari segi budaya, ekonomi dan politik. Malah kekayaan Tunisia turut dipindahkan ke Perancis.

8. Beliau tidak memberikan keutamaan kepada umat Islam Tunisia, sebaliknya memberikan keutamaan tersebut kepada French Great Lodge.

9. Tindakan pertama Bourgiba adalah menukar sistem pendidikan dan undang-undang yang serupa dengan Perancis.

10. Beliau telah menjadikan masjid berada di bawah perhatian yang sangat rapi dan melarang melakukan solat di luar waktu-waktu yang tertentu.




11. Menutup institusi-institusi pendidikan, bermula dengan Universiti Zaytuna yang menjadi simbol Tunisia selama ini (seperti University al-Azhar ketika ini)

12. Pada Bulan Ramadan yang mulia. Ketika itu, beliau telah muncul di kaca televisyen dengan segelas minuman di tangannya dan telah menghalang rakyat dari berpuasa, dengan alasan “ia melembapkan perkembangan negara dan kemajuan pekerjaan.”

13. Habib Bourgiba mahukan jemaah haji pergi ke Kairawan, iaitu bandar suci Maghribi, dan tidak pergi ke Makkah, kerana perjalanan ke Makkah melibatkan kos yang lebih tinggi.

14. Menyokong Perancis yang menentang Algeria, dan melarang rakyat Tunisia dari melakukan solat untuk rakyat Palestin yang mati syahid, ataupun membincangkan tentang Intifada.

15. Beliau telah memerintah Tunisia dengan kuasanya sendiri selama 31 tahun, sehinggalah 7 November 1987 apabila beliau disingkirkan oleh Perdana Menteri Zein Al-Abidin.

16. Zein Al-Abidin menyingkirkan Bourgiba dari tampuk kekuasaannya melalui sebuah rampasan kuasa, telah membebaskan beberapa orang tahanan politik.

17. Setelah berjaya mengukuhkan kekuasaannya, beliau mula mengimplementasikan polisi-polisi menindas yang serupa. (menyerupai Mustapha Kamal attartuk).


18. Kemudian, Tunisia masih memiliki struktur antidemokratik di seluruh kawasan tersebut.

19. Pada 14/1/2011, setelah 24 tahun ditindas, kebangkitan rakyat Tunis(revolusi) akhirnya melucutkan kuasa Presiden Zainal Abidin b. Ali yang cabut lari bersama ahli keluarganya meninggalkan negara.

20. Antara tokoh perlu kita kenali ialah Asy-Syeikh Abdul Rashid Ghannushy (1980), yang bertanggungjawab meniupkan semangat dan membangkitakan ruh perjuangan rakyat Tunisia.

21. Beliau merupakan ketua pembangkang Gerakan Islam yang akhir bertukar nama kepada Hizbu al-Nahdah.

22. Walaupun banyak terkesan dengan pemikiran Syed Qutb dan al-Maududi, beliau memperkenalkan partinya sebagai Moderate Islamist.

23. Majalah Al-Fajr dan Stesen Televisyen El Zeitouna adalah antara muasasah di bawah al-Nahdah.

"Dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang-orang yang menghalang menyebut nama-nama Allah di dalam masjid-masjid-Nya, dan berusaha untuk merobohkannya? Mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamnya (masjid Allah), kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat seksa yang berat." (Al-Baqarah, 2:114)


Rujukan: Harunyahya dan blog Ust Halim Abdullah

"أولسنا إخوانك يا رسول الله ؟"


Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."


Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.




"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi,


" Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."



"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman, sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.



"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.

Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah.




Selawat & salam buat junjungan mulia Rasulullah.s.a.w..."Berselawatlah untukku satu kali, maka Allah akan berselawat untuk nya 10 kali” hadis riwayat muslim(1/288, no.384)

Sabda Nabi SAW “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tarmidzi)

Ketika berjumpa sahabat handai atau saudara mara sesama Islam . Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah dua hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat tangan ( bersalam ) dan berselawat kepada Nabi s.a.w . melainkan Allah mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah , baik yang telah lalu ataupun yang akan datang.“ (Hadis riwayat Ibnu Sunni)

Ketika akan memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting . Sabda Nabi s.a.w : “ Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan selawat , maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang barkahnya.“ (Hadis Riwayat Ar-Rahawi)

Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya.“ (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Setiap waktu pagi dan petang . Sabda Nabi s.a.w : “ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat.“ (Hadis Riwayat Thabarani)

Berdasarkan dari hadis-hadis diatas, jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi, Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin.




Fadilat Selawat - untuk renungan

Rasulullah SAW telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku. Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Ayuh jangan kita melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.



Pada suatu hari para Sahabat melihat air mata mengalir di pipi Rasulullah lalu bertanya, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?"

Rasulullah menjawab, "Aku rindukan Ikhwanku."

Terkejut para Sahabat dan berkata, "Bukankah kami Ikhwanmu?"

"Tidak," kata Rasulullah. "Kamu Sahabat-Sahabatku manakala Ikhwan ialah umat Islam akhir zaman, yang datang sesudahku, yang tidak berjumpaku tapi beriman denganku."


Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template