1. al azhar secara manhaj tidak seindah yang disangka dalam mempelopori 'agent of change' dalam masyarakat. Persoalan-persoalan yang timbul kepada umat Melayu Azhariyun, berapa ramai yang bergelar azhariyun tapi bukanlah penghafaz al quran? berapa ramai yang bergelar azhariyun tapi bukanlah dapat bertutur bahasa arab dengan baik ? (ust Mahmud Suriy).apatahlagi, memahami peranan Ulama Azhariyun yang dimaksudkan dengan perjuangan menegakkan Agama Allah. Beberapa kalam Syeikh al Azhar yang tidak sepatutnya keluar daripada kalam seorang Syeikh - masih tak dapat disenaraikan. ( Khutbah Jumaat Masjid Hashimiah )
2. putus asanya untuk selesaikan pernasalahan umat dengan kaedah2, cara2, mechanisme2 Islam tapi lebih popular menceduk prinsip2, kaedah2, mechanisme selain Islam. Seruan-seruan seperti post-islamisme, moderate muslim, fiqh dakwah baru semuanya adalah adunan falsafah barat dan gerak kerja yang berakar umbi daripada perancangan musuh dalam laporan RAND, dan pemikiran Machievelli.
3. Kedudukan fanatik sufisme yang memuncak dan melesukan ummat. Sangat kuat pegangan atau berkah syeikh melebihi sandaran yang tepat pada al quran dan as sunnah. Cerita-cerita wali, burdah, karamah dan mimpi syeikh lebih banyak diperkatakan berbanding hadis-hadis, ayat al Quran dan sirah Ar Rasul saw. ( Rujuk kitab Sufisme and Syiasme )
4. Ketandusan duat yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan dan jihad ummah. Ada yang leka dengan hal-hal tersendiri dan peribadi, sebahagian menjadi mangsa masalah tersendiri yang berpanjangan, ada yang tersibuk dengan habuan dunia dan rezeki bisnes yang menjadi, ada yang masih tercari hala tuju dan tidak dapat membezakan perancangan islam tulen dengan perancangan musuh. Tak kurang juga, duat yang sangat-sangat ikhlas tetapi kurang sifat murabbinya, atau kurang kebolehan memandu gerak kerja amal dakwah.
5. ramainya muslimin yang masih hanyut dilautan atau di kebakaran, dan masih lagi tiada usaha yang bersepadu untuk menyelamatkan mereka sama ada secara bantuan ataupun paksaan sekalipun, supaya mereka tidak lemas ataupun hangus terbakar disambar api. ini adalah yang majoriti dan masih kekal majoriti selagimana para duat dakwah kekal statik dan berputar pada putaran yang sama seperti yang berlaku dalam hal ke 4.
ws