Tazkirah; Hidup untuk Hari Peperiksaan



Kehangatan hari peperiksaan semakin dirasai segenap pelajar menjelang musimnya. Orientasi belajar zaman millenium ini yang menjurus ke arah peperiksaan memaksa setiap daripada mereka menggandakan usaha bagi yang telah berusaha, dan memulakan usaha bagi yang belumpun menyentuh buku mereka.

Kadang-kala timbul persoalan adakah aku bertungkus lumus dan berkerja keras mengulangkaji pelajaran untuk ilmu yang akan aku perolehi dan praktikkan(dalam setiap bidang), atau untuk merempuh setiap peperiksaan yang menjadi tembok penghalangan di hadapanku bagi meneruskan kehidupan ini? Apatah lagi menuntut ilmu untuk dakwah.

Hingga sampai satu tahap, peperiksaanlah yang menyebabkan hati kita berdebar-debar, lalu jari jemari kita mula kesejukan, dan peluh membasahi badan tanpa senaman. Kita rasai besarnya peperiksaan. Hidupku untuk Peperiksaan..

Jika diamati, ada satu lagi 'peperiksaan besar' yang masih kita tidak ketahui kapan tibanya, tetapi kita bakal dan pasti menempuhinya, bahkan soalan-soalan yang akan ditanya telahpun dibocorkan. Maka, wajarlah kita mengunakan peluang yang ada untuk 'score' dalam peperiksaan tersebut.


Rasulullah s.a.w bersabda;
" Kedua kaki anak adam tidak akan berganjak dari padang mahsyar sehingga ditanya empat perkara; Umurnya, kemana telah dihabiskan, Ilmunya, sejauh mana telah diamalkan, Hartanya, dari mana ia perolehi dan ke mana ia dihabiskan, dan Dirinya, ke mana telah ia gunakan." (Hadith)


Hidupku untuk hari peperiksaan... yaumul hisab!!

p/s: peringatan mungkin ulangan.. tapi bukankah pengulangan itu menandakan ia amat bermakna..

Wajibat amali;
Solat diawal waktu, Quran baca setiap hari, lakukan solat hajat dan berjaga malam.. yang paling utama.. Study dan ulangkaji pelajaran..

bilamana bunga mula berbicara..

‘Cinta sejati itu tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan’

Seroja;

Cempaka;


Cempaka; Apa benar cinta itu cinta yang sejati?

Seroja; Iya. Tentu sekali.

Cempaka; Tapi, jika tidak bertambah kerana kebaikan, dan tidak pula berkurangan kerana kelemahan, mana mulanya cinta itu?

Seroja; Mula cinta itu bukan dari kebaikan atau keburukan.

Cempaka; Sudah, mana mulanya cinta itu?

Seroja; Cinta itu datangnya secara fitrah.

Cempaka; Mana mungkin mencintai sesuatu kerana fitrah? Tiada permulaan yang cantiknya, yang manisnya, yang cerdiknya?

Seroja; Terus cinta itu datangnya daripada fitrah yang hakiki. Fitrah itu dari Islamnya.

Cempaka; Jadi Islam itu bukan kelebihan?

Seroja; Ianya lebih dari kebaikan.

Cempaka; Jadi bukankah itu daripada suatu kebaikan?

Seroja; Lebih kepada hakikat yang sebenar, perkara puncak yang paling sempurna. Paling menjadi timbangan pencinta sejati, jika cintanya itu benar-benar sejati.

p/s; ukur cinta kita pada rabbul izzati.. dedikasi buat akh Qamarul Naim..
Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template