Rakyat Palestin adalah umat yang dikepung di setiap sudut sempadan negara mereka dan hidup dalam serba kekurangan kerana sekatan yang dikenakan sejak mereka memilih HAMAS sebagai pemerintah yang sah dalam pilihanraya yang lalu. Sumber makanan, air, ubat-ubatan dan senjata adalah melalui terowong-terowong rahsia yang merupakan saluran hayat mereka. Berbekalkan sumber hidup yang terhad ini, rakyat Palestin masih mampu menggagalkan hasrat Yahudi dan musuh-musuh Islam yang lain daripada terus menjajah bumi Al-Aqsa.
Kini musuh-musuh Islam berusaha untuk meningkatkan penindasan terhadap umat Palestin dengan menyekat dan memusnahkan terowong-terowong rahsia bawah tanah yang menghubungkan Gaza dengan dunia luar. Kerajaan Mesir tunduk dengan arahan Zionis dan musuh-musuh Islam supaya membina tembok bawah tanah sedalam 18-30 meter di sempadan Gaza-Mesir bagi mengukuhkan lagi sekatan ke atas Palestin.
Tidak cukup Tebing Barat di timur Palestin diasingkan daripada dunia luar melalui pembinaan Tembok Apartheid oleh kerajaan Israel, kini Semenanjung Gaza di barat Palestin pula akan diasingkan daripada dunia luar melalui pembinaan tembok pemisah bawah tanah oleh kerajaan Mesir sendiri. Tindakan-tindakan ini tidak lain bertujuan untuk melemahkan tekad umat Islam di Palestin dengan menghalang sebarang bantuan dan bekalan daripada sampai ke sana, supaya mereka akhirnya tunduk kepada kehendak Zionis dan musuh-musuh Islam.
Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada umat Palestin dalam menghadapi sekatan dan penindasan yang berterusan ini. Semoga Allah SWT segera memenangkan umat Islam ke atas musuh-musuhNya dan sekutu-sekutu mereka. Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada umat Palestin dalam menghadapi sekatan dan penindasan yang berterusan ini. Semoga Allah SWT segera memenangkan umat Islam ke atas musuh-musuhNya dan sekutu-sekutu mereka.
diceduk dari
http://ismamesir.com
0 comments:
Post a Comment