Tahniah Sahabat!

Syukur pada ilahi, kerana kembalinya umat islam dibangkitkan dengan realiti kehidupan mereka. Masyarakat mula berfikir bahawa kita secara hakikinya diciptakan dengan segala fitrah. Ada permulaan dan ada penghujungnya. Ada tujuan hidup. Dan ada peranan seta tugasan yang perlu dilaksanakan atas bumi pinjaman ini. Bukan hanya memikirkan tentang apa yang harus dipenuhi dalam hidup sahaja.

Mungkin ada yang bertanya, mengapa kita menjerit melaungkan kesetiaan terhadap Islam dan mula berkumpul membantah segala tindakan musuh-musuh Islam? Ke manakah perginya semua pekikan dan laungan itu? Adakah akan didengari oleh si penjahat keparat lalu menghentikan tindakan terkutuk mereka? Ataupun ia mampu menggetarkan hati-hati mereka lalu berundur dari tanah mulia bukan miliknya? Ketahuilah bahawa segala usaha yang dilakukan, walaupun hanya secebis rasa sedih dan kasihan terhadap saudara-saudara di Palestin tetap bernilai di sisi Allah s.w.t.





Umumnya, masyarakat makin berkembang dan mula sedar akan peranan yang mereka perlu mainkan atas pentas duniawi ini. Rata-rata membincangkan apa yang berlaku di sana(Palestin) dan sumbangan yang boleh diusahakan buat saudara seakidah mereka. Lalu mewujudkan biah solehah yakni merujuk perbincangan tentang permasalahan umat.

Biasanya ,keluh para dae' begitu sukar untuk mewujudkan biah sebegini dikalangan masyarakat umum kerana kebanyakan mereka begitu seronok dengan kehidupan mereka lalu terleka tujuan asal mereka menjejakkan kaki ke bumi Allah s.w.t. Tambahan pula, bicara yang menjadi tumpuan umum, isu-isu yang hangat diperkatakan mengikut arus peredaran zaman.



Persoalan seterusnya, apa sebenarnya yang patut kita lakukan untuk menegakkan Islam betul-betul pada tempatnya? Sebenarnya jawapannya cukup terpampang luas ditunjukkan sendiri oleh utusan Tuhan, Nabi Allah, Muhammad s.a.w. yang menganjurkan kita kembali kepada Sirah bagaimana Baginda membina para sahabat ketika itu. Kaum Muhajirin dan Ansar diterapkan dengan tautan iman dan ukhuwah. Dan muslimin disemaikan tentang hakikat kehidupan di dunia. Kemudian barulah terbina umat yang betul-betul padu!



Dunia zaman moden turut mengundang fitnah yang cukup hebat. Dengan maksiat-maksiat yang cukup menebal dimana-mana dan amalan kebaikan dilihat begitu enteng sekali. Oleh itu, berusahalah untuk mendapatkan biah yang baik untuk membina diri kita. 'Uzlah'lah (larilah) dari biah-biah yang kurang membina, kerana ianya hanya akan menempa kita terjerumus ke dalam dunia maya aturan musuh-musuh Islam. Apa-apapun yang penting, hayati kata-kata ini;


Medan kata-kata tidak sama dengan medan amal. Medan amal tidak sama dengan medan Jihad. Medan Jihad yang salah tidak sama dengan medan Jihad yang Sahih yang berhasil lebat dari pengorbanan yang minimal dan optimal” (Hasan Al-Banna)

9 comments:

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

ukhwah fillah..
insyaAlah

Mukmin bin Mohd Khairi said...

just follow what the prophet s.a.w. had shown us... simply start with ukhuwah like the muhajirin and ansar.. then.. usrah in house of arqam bin abi arqam(do u hav one that is serious on islah nafsak and tarbiyyah urself..) then, continue with building urself physically, mentally and spiritually. And do think on how to change our ummat so that the entire people will be transformed into a 'sahabat'-like communities. Thats how we can get the helps and reinforcements from Allah sw.t. Inshaallah!

thaaqhib said...

malaysia perlu seidkit masa saja lagi..

insyaallah.

Dr. Shukri Ustaz Suliman Sujak said...

semoga kita dapat berjihad bersama dengan mereka....

Anonymous said...

libat dalam usaha untuk kesedaran ummat>>>OUR JIHAD!
Dikatakan apabila wakil HAMAS datang ke M'sia, beliau dityakan pelbagai soalan perlukah dihantarkan pejuang2 dari M'sia utk mmbntu rakyat Palestin? Beliau menjawab, tak perlu. Cukuplah sekadar kamu membangkitkan umat Islam yang sedang tidur, dan terlibat dalam usaha2 kesedaran umat>>> Our jihad goes with them!!

eizaz said...

malaysia dibayangi oleh arahan menggunakan suruhanjaya reid oelh british semasa `57 dahulu.
jelas sampai sekarang apa yg british tunjuk,itulah malaysia ikut.(pemimpin je k)

Anonymous said...

apa2pn.. masyarakat m'sia makin menggi kesdran Islam

Anonymous said...

Firman Allah s.w.t lagi : “ Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang member tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan rezeka (nikmat) yang mulia.” (Surah Al-Anfaal : 74)

Salam ziarah

Mukmin bin Mohd Khairi said...

syukran pada yg beri komen

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template