Sebuah Hadith merujuk akhir zaman..
Rasulullah saw bersabda: “Dahulukanlah amal soleh di mana pada waktu itu akan terjadi huru-hara dahsyat bagaikan malam yang gelap gelita, seseorang pada pagi harinya beriman lalu pada petang harinya menjadi kafir, atau petang harinya kafir, lalu pagi harinya menjadi mukmin. Ia menjual agamanya dengan keduniaan.”(Riwayat Muslim)
Hadith ini bukanlah bererti di waktu petang seseorang masih Islam esok harinya sudah Nasrani atau Yahudi. Tapi, yang dimaksud hadis itu menurut ulama menunjukkan banyaknya orang yang kafir nikmat. Apa-apa nikmat dan pemberian Allah tidak disyukuri dan tidak digunakan kepada yang diredai Allah swt.
Mungkin, pagi ini sibuk berbicara agama, petangnya sudah sibuk melayani segala rancangan televisyen yang tak tentu baikburuknya. Cerita-cerita dari barat dan lagu-lagu yang mengkhayalkan menjadi teman setia para belia kini.
Adakah salah menonton movie atau mendengar lagu-lagu dari Barat?
Ia tidaklah salah dikalangan orang muslim yang lemah imannya, tetapi seseorang yang sudah mencapai tahap iman yang lebih tinggi menganggap mubah(harus) sebagai perkara yang perlu ditinggalkan. Mereka juga meletakkan perkara sunat yang tertentu sebagai wajib pada diri mereka. Seperti berzikir pagi dan petang, membaca alQuran, berpuasa Isnin dan Khamis dll. Mereka inilah yang digelar Wara’ dan berhati-hati dalam setiap tindak tanduk yang dilakukan.
Adapun mereka yang sibuk menginginkan daulah Islam dengan segera, tanpa melihat hakikat kerosakan jahiliah yang melanda umat kini dan mencari penyelesaiannya. Generasi umat inilah yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang.
” Tegakkan daulah Islam dalam diri kamu, Islam akan tertegak dibumi kamu” (Mustafa Masyhur)
Generasi sahabat merupakan generasi yang berjaya merubah sikap dan tamaddun ummah, maka umat hari ini juga boleh mencapai tahap kegemilangan silam jika mereka juga memiliki sikap dan amal seperti generasi silam.Ws.
Murnikan Niat
Perkongsian Berharga berhajat kepada keikhlasan menggunung...
Sebegitu juga pemberinya, sebegitu juga penerimanya,
masing-masing perlu ikhlas.
Ucap Penulis
- Mukmin bin Mohd Khairi
- Untaian mutiara yang mengalir dari lisannya yang bahkan hampir tak terdengar selalu mampu membangkitkan semangat para pejuang, selaksa hikmah yang beliau ajarkan bahkan selalu mampu mencetak para pejuang baru yang siap menjadi pelanjut juang di tanah para Nabi itu (memori Sheikh Ahmad Yassin, 22 mac 2004)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Waktu Malaysia
Waktu Mesir
Laman Pilihan
-
-
-
-
Pertemuan dgn Tun Fairuz7 years ago
-
TABAYYUN vs TASABBUT8 years ago
-
-
Gagasan perpaduan masyarakat Melayu Islam10 years ago
-
Syiah Bukan Isu Perpaduan… Tapi Aqidah11 years ago
-
Adakah Saya Seorang Pendakwah11 years ago
3 comments:
salam dari bumi tanah air
mohon utk bg pandangan ye mukmin..
kita hanya menyampaikan dan bukan penghukum
utk menilai tinggi rendah iman itu bukanlah kerja kita
mungkin jika dikatakan..kita ambil prinsip syadid dalam tarbiyyah rukhsah dalam dakwah..
hukum mubah itu atas prinsip dakwah, dan selagi mana tiada 'illah yang mengharamkannya
hukum haram itu dari prinsip tarbiyyah, utk melahirkan pejuang islam..manakan mungkin dari mereka yang hanya tahu berhibur..
sekadar pandangan
jika salah
lontarkan dalam tong sampah
salam ya akhi..
ana setuju dengan pandangan enta..
setuju, nanhu duat falasna qudho.
cuma tidakla ambe untuk menghukum, hanyala untuk memberi sekadar ide untuk mereka yang ingin meningkatkan diri..
hehe, jika kandungannya juga salah.. bolehlah juga dilontar jauh2..hehe
Post a Comment