Murnikan Niat
Perkongsian Berharga berhajat kepada keikhlasan menggunung...
Sebegitu juga pemberinya, sebegitu juga penerimanya,
masing-masing perlu ikhlas.
Ucap Penulis
- Mukmin bin Mohd Khairi
- Untaian mutiara yang mengalir dari lisannya yang bahkan hampir tak terdengar selalu mampu membangkitkan semangat para pejuang, selaksa hikmah yang beliau ajarkan bahkan selalu mampu mencetak para pejuang baru yang siap menjadi pelanjut juang di tanah para Nabi itu (memori Sheikh Ahmad Yassin, 22 mac 2004)
Dajjal
Jika ditakdirkan oleh Allah taala, mungkin-mungkin saja kita akan ketemu si Dajjal dalam jangka hayat kita..
Kadang-kadang, saya tak berapa faham, macam mana kita boleh sampai memilih Syurga yang ditawarkan oleh Dajjal, yang pada hakikatnya Neraka Jahannam. Dan bagaimana kita boleh melepaskan Neraka Dajjal, yang pada hakikatnya Syurga Allah s.w.t.
Bukankah kita telah diberitahu, apa yang Dajjal tawarkan itu hanyalah permainan dia(orang ke apa ya?) sahaja. Bukankah semuanya itu supaya kita menjadi pengikutnya yg durjana, peneman dia menempah seksa di akhirat kelak..???!
Sabda Rasul s.a.w.;“…sesungguhnya al-Masikh ad-Dajjal adalah seorang lelaki yang pendek, hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, berambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.”(Riwayat Abu Daud)
Tetapi..
setelah meneliti kembali, hakikat umat Islam sekarang ini, sepertinya kita sudahpun membuat pilihan.. Ya, sudahpun memilih Syurga Dajjal!
Bagaimana pandangan kita mengenai kehidupan ini? apa yang kita inginkan sebenarnya? Mengapa keseronokan itu begitu menguasai diri kita? Mengapa jiwa muslim yang begitu berharga itu mudah-mudah sahaja dikotori virus-virus kemaksiatan?! Keseronokan itulah nafsu.. mainan dajjal..
Apa pandangan kita mengenai perkahwinan? Adakah perkahwinan yang dimulakan dengan dorongan hawa nafsu mampu mengekalkan 'binaan masjid tersebut'? mampukah generasi-generasi pendakwah yang hebat seperti generasi sahabat ridhwanullah anhu lahir daripada perkahwinan jenis ini? Atau bukankah sudah terbukti perkahwinan artis-artis berpaksikan nafsu diakhiri dengan penceraian dan pergolakan rumahtangga?
Belum lagi bercerita mengenai perjuangan Islam... belum lagi bercerita mengenai generasi harapan umat Islam.. belum bercerita mengenai percaturan politik yang kotor.. Ya, satu muhasabah.. buat kita..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Waktu Malaysia
Waktu Mesir
Laman Pilihan
-
-
-
-
Pertemuan dgn Tun Fairuz7 years ago
-
TABAYYUN vs TASABBUT8 years ago
-
-
Gagasan perpaduan masyarakat Melayu Islam10 years ago
-
Syiah Bukan Isu Perpaduan… Tapi Aqidah11 years ago
-
Adakah Saya Seorang Pendakwah11 years ago
2 comments:
nak tanya la, perkahwinan atas dasar nafsu tu apa maksudnya ye. nafsu yg macam mana?
"...Atau bukankah sudah terbukti perkahwinan artis-artis berpaksikan nafsu diakhiri dengan penceraian dan pergolakan rumahtangga?"
zaman sekarang nih, yg bukan artis pun ramai yang kahwin2 artis..
Apa2 pun tahniah kepada mereka yang berkahwin utk mendapat Redha Allah taala..
Post a Comment