Murnikan Niat
Perkongsian Berharga berhajat kepada keikhlasan menggunung...
Sebegitu juga pemberinya, sebegitu juga penerimanya,
masing-masing perlu ikhlas.
Ucap Penulis
- Mukmin bin Mohd Khairi
- Untaian mutiara yang mengalir dari lisannya yang bahkan hampir tak terdengar selalu mampu membangkitkan semangat para pejuang, selaksa hikmah yang beliau ajarkan bahkan selalu mampu mencetak para pejuang baru yang siap menjadi pelanjut juang di tanah para Nabi itu (memori Sheikh Ahmad Yassin, 22 mac 2004)
Belenggu Maksiat mencengkam Jiwa!
Kerosakan dan dosa maksiat yang menebal di kalangan umat Islam punca kemurkaan Allah swt. Lebih-lebih lagi, hendak melakukan maksiat begitu mudah pada zaman serba canggih ini (akhir zaman), dengan bantuan syaitan, nafsu, malah biah yang rosak.
Seperti yang dinyatakan ramai ustaz yang tersohor, boleh sahaja Allah swt memberikan kemenangan dan kekuasaan kepada orang Islam yang digelar khair ummah. Tapi, apa yang ingin dilihat ialah apa yang dilakukan umat gemilang ini pada setiap hari. Adakah merancang dan bergerak untuk mengembalikan syiar Islam ataupun sekadar memikirkan apa yang ingin dipenuhi dalam seharian untuk kepuasan dirinya sendiri. Yang lebih malang lagi, jika langsung tak yakin dan tiada percaya akan kemenangan Islam yang dijanjikan oleh Allah swt.
Di sini disenaraikan tahapan pesalah untuk sama-sama saya dan anda muhabasahkan;
1. Tahap satu Anak Tangga, mereka yang melakukan kesalahan dan tidak tahu akan kesalahan itu
2. Tahap Anak Tangga ke dua, mereka yang melakukan kesalahan dan serba salah kadangkala terlalai dan melakukannya, adakala bertaubat dan meninggalkannya
3. Tahap Anak Tangga ke tiga, mereka yang larut dengan maksiat tersebut dan tidak melakukan taubat
4. Tahap Anak Tangga ke empat, mereka yang tahu akan kesalahannya, bahkan mencari-cari lagi alasan membenarkan kesalahan tersebut
Tambah lagi, setelah berdiri di tahap yang tinggi ini, kesombongan yang tegar akan membekas di hati. Ketika itu, setiap lubang-lubang kesilapan orang lain kelihatan sahaja, seperti terbuka padanya hijab kepada semua perkara.
Ayuh kita cermin diri dahulu, menuding jari ke sana bermakna empat lagi jemari kita menunjuk ke arah diri kita...
Saudara, di waktu muda inilah kita seharusnya melatih diri untuk kuat melawan nafsu dan melatih diri untuk memiliki tabiat ibadah yang ideal. Supaya masa akan datang ianya menjadi satu yang mudah dan kita dapat menumpukan pada perkara-perkara yang lebih kompleks. (lalui jalan yang lurus, bukan yang bengkang bengkok)
Firman Allah swt;
"Allah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan sesudah kuat itu lemah kembali dan beruban..."(Ar Rum)
Sama-sama kita berdoa tidak termasuk dalam golongan yang disenaraikan tadi. Moga-moga kita mudah tersentuh dan mudah melakukan taubat. Harapan semoga anda semua mendoakan saya yang tersangat lemah ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Waktu Malaysia
Waktu Mesir
Laman Pilihan
-
-
-
-
Pertemuan dgn Tun Fairuz7 years ago
-
TABAYYUN vs TASABBUT8 years ago
-
-
Gagasan perpaduan masyarakat Melayu Islam10 years ago
-
Syiah Bukan Isu Perpaduan… Tapi Aqidah11 years ago
-
Adakah Saya Seorang Pendakwah11 years ago
3 comments:
assalamualaikum
u're right ...
erm,sekarang ni dunia yg pelik kah atau remaja yang pelik?
ntahla...rasa macam pelik je bila ada yg dah tau hukum2 berzina tetapi masih ingin melakukannya..pelik bukan?
lagi pelik bila kita menegur perbuatan mereka.pernah sekali sy menegur kawan yg sedang asyik berpegang tangan dgn bkn muhrm.tapi dia mengatakan bhwa sy jealous dengan mereka...
sungguh pelik bukan?
sebab itu kita perlu cinta kpd Allah,Al-Quran,&Nabi Muhammad. Bila nafsu sudah menguasai, Allah dilupakan...Nauzubillahiminzalik...
Bila Al-Quran tidak dibaca& dikaji, hukum2 agama sering kali diketepikan...Bila pengorbanan Nabi Muhammad memperjuangkan agama Islam dilupakan, sunah-sunah baginda tidak lagi diikuti serta perasaan malu ketika melakukan maksiat tiada lagi...
Iman vs Nafsu.....
Once again, our 'Neraca' had changed. Nothing more than that. It's the work of the enemy of Allah.. thus, our job is to counter their countless efforts by just sikit2 dalam dakwah? or give our souls and life to Islam!! thats the spirit we need!
Post a Comment