Murnikan Niat
Perkongsian Berharga berhajat kepada keikhlasan menggunung...
Sebegitu juga pemberinya, sebegitu juga penerimanya,
masing-masing perlu ikhlas.
Ucap Penulis
- Mukmin bin Mohd Khairi
- Untaian mutiara yang mengalir dari lisannya yang bahkan hampir tak terdengar selalu mampu membangkitkan semangat para pejuang, selaksa hikmah yang beliau ajarkan bahkan selalu mampu mencetak para pejuang baru yang siap menjadi pelanjut juang di tanah para Nabi itu (memori Sheikh Ahmad Yassin, 22 mac 2004)
Antara Semangat yang Terpandu
Beberapa isu-isu kebelakangan ini, membuka mata pelbagai pihak tentang negara Malaysia. Dari sudut suasananya, dari sudut keselesaannya, dan dari sudut kepincangan institusi atasannya. Sukar untuk merumuskan kesemua secara sekaligus. Yang pasti, kemarahan rakyat tak dapat dibendung lagi..
Apa yang dapat dijadikan sempadan ialah bagaimana semangat yang dimiliki oleh para pemuda begitu hebat hingga boleh melonjakkannya ke persada paling atas. Tetapi awas, semangat ini juga boleh menyebabkan apabila pemuda itu jatuh tersungkur membenam diri terus ke dasar bumi.
Persoalan yang timbul, adakah segala semangat kepemudaan itu lahir benar-benar dari kekuatan dalaman yang sejati. Yakni dari Imannya kepada Allah. Atau semangat itu datang daripada benak hati yang betul-betul dipenuhi nafsu amarah semata-mata. Pernah ketika Saidina Ali ra ingin memancung seorang kafir yang berjaya ditawannya, lalu kafir itu meludah kemuka Ali. Beliau terus membatalkan hasratnya itu kerana bimbang beliau memancung kafir tadi kerana nafsu marahnya itu.
Lagi, mungkinkah semangat yang hebat itu datang dari suasana perjuangan yang begitu mantap di bumi perang ini. Suasana yang diangkat-angkat seperti gerombolan tentera berkuda yang dimainkan paluan muzik-muzik bagi menaikkan semangat pejuang tersebut. Dan apabila reda suasana itu, maka kesemua tentera gagah perkasa tadi menjadi lembik dan hanyut ditelan zaman canggih telunjuk barat. Akhirnya, sekembalinya ke tanah air, terus sibuk dengan isteri, anak beranak, hilang segala panji-panji yang dicanang selama ini.
Begitulah pentingnya untuk aktif dalam membuat keputusan. Keputusan yang dicapai bukanlah hasil pengaruh yang buruk dari persekitaran. Jika ingin Islam cemerlang, teruskan cemerlang dalam bidang yang kita ceburi. Jaga setiap sudut yang kita kawal. Supaya musuh-musuh tidak dapat menyerang apatahlagi menjenguk disudut kita. Ambillah keputusan untuk menjadi cemerlang.. cemerlang yang dimaksudkan dari semua aspek, termasuk ilmunya, akhlaknya, pergaulannya dsb…
Begitu ramai remaja-remaja kini yang memandang jauh ke hadapan. Misinya, semangatnya jauh mengalahkan orang lain. Malangnya semangat yang berkobar-kobar itu hanya menjadi hangat-hangat tahi ayam jika terlupa untuk bermula daripada dirinya sendiri. Sungguh mantap mengharapkan kesemua umat manusia untuk berakhlak mulia, patuh tuntutan agama, tetapi jika kita sendiri tidak memulakan, serupa termenung jauh ke bendang, mengharapkan hasil tumbuh sendiri untuk dituai.
” Tegakkan daulah Islam dalam diri kamu, Islam akan tertegak dibumi kamu” (Mustafa Masyhur)
p/s; maaflah.. banyak sangat bersastera.. moga-moga kita semua terus thabat nak tegakkan agama Allah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Waktu Malaysia
Waktu Mesir
Laman Pilihan
-
-
-
-
Pertemuan dgn Tun Fairuz7 years ago
-
TABAYYUN vs TASABBUT8 years ago
-
-
Gagasan perpaduan masyarakat Melayu Islam10 years ago
-
Syiah Bukan Isu Perpaduan… Tapi Aqidah11 years ago
-
Adakah Saya Seorang Pendakwah11 years ago
0 comments:
Post a Comment