Pengumuman Majlis Akad Nikah



Assalamualaikum w.b.t,

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً
إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Firman Allah s.w.t dalam surah Ar-Rum, ayat ke 21:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

" ومن كل شيء خلقنا زوجين لعلكم تذكرون "

Adapun dalam surah Ad-dzariyyat, ayat ke 49 pula:
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.”

Maka dengan ini, saya, Mukmin bin Mohd Khairi mengumumkan akan melangsungkan pernikahan dengan ukhti Sakinah binti Yaakob yang insyaallah akan diadakan pada jam 8.30 malam, Khamis, 15 September 2011, bertempat di Surau Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah(DMAK).

Manakala Majlis Walimatul Urus pula, insyaallah akan berlangsung pada

Isnin, 19 September 2011, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah(DMAK).


Kami menjemput kepada semua kenalan dan sahabat-sahabat untuk menghadiri kedua-dua Majlis Akad Nikah dan Majlis Walimatul Urus kami bagi memeriahkan dan menambah barakah majlis disamping mendoakan rumahtangga yang bakal dibina mendapat rahmah, ketenangan, hidayah, inayah, dan keredhaan Allah s.w.t.

Juga doakan, semoga pernikahan ini sebagai satu anjakan dan usaha ke arah membina generasi ummat yang membawa risalah Islam dan membentuk biah kekuatan umat Islam gilang gemilang, insya allah, amin ya rabbal a’lamin..

Jazakumullah khairan kathira.. Wassalamualaikum w.b.t..

6 comments:

Anonymous said...

Selamat pengantin baru. Maaf sbb x dpt hadir. semoga bahagia ke anak cucu. and more, smile always and be happy until death part both of you.
See you soon at Malaysia.

from: Alyaa Liyana bt Mazlan

Anonymous said...

Assalamualaikum

Rasulullah Saw ketika mendapati dua manusia yang menikah beliau mengucapkan :

"Semoga Allah memberikan barokah bagimu dan atasmu dan semoga Allah mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan"

Selamat pengantin baru. Happy wedding & May Allah bless you.

Wassalam.

From Jitra with luv.

sakinah aini said...

whoa~~x sangka.,diam2 ubi berisi ye abg mukmin!hehe.pape pon.moga selamatlah semuanya:)

aLi said...

whoa~~x sangka.,diam2 ubi berisi ye abg mukmin!hehe.pape pon.moga selamatlah semuanya:)
-silap akaun plak.gne yg adik.hehe-

luqman said...

selamat pengantin baru ya akhi...may allah blessed you

Ruqaiyah said...

barakallah sahabat. moga urusan kalian dipermudahkan. maaf tak dapat hadir ke kaherah. jemput-jemput la nanti walimah di malaysia :) selamat pengantin baru.

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template