terima kasih daun keladi

Jazakumullah khairan kathira kpd semua yg mendoakan kebaikan dan perlindungan Allah atas perkahwinan ini. Ana mendoakan kalian beroleh pasangan yang saling memahami, berkasih, dan mencintai kerana Allah ta'ala.. krn hanyalah dengan intilaq rabbani yg bakal menjamin suatu itu kekal dalam redha Allah dan membawanya ke Syurga, insya allah.. amin ya rabb.






drpd Kami, Mukmin dan Sakinah.

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum

Selamat pengantin baru yang masih muda dan masih belajar di Cairo University in Medical School.

Abah & Mak di Jitra mendoakan agar anaknada Mukmin & Sakinah aman-bahagia dalam hidup dimensi baru selaku suami-isteri.

Belajarlah mengenali hati-budi masing-masing, banyakkan bersabar, bertolak-ansur, bekerjasama dan selamat menuju ke puncak "Mumtaz" di dunia & akhirat.

Jadilah satu pasangan(mixed-double) doktor yang hebat dan mumtaz; samada dalam kepakaran bidang kedoktorannya maupun dalam aspek iman & taqwa serta akhlak & budi-pekerti yang tinggi & luhur.

Semoga Allah sentiasa memberi rahmat, berkat, taufik dan hidayat kepada anakanda berdua serta seluruh umat... Amin!!!

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga pengantin berdiri
Mana nak sama si Acik & kak Lang...

barakallahu lakuma vabaraka alaikuma vajama bainakuma fi khair...

Wassalam.

Anonymous said...

Oppss...

Abah lupa nak habag naa...

Pasangan pengantin baru yang masih muda ini...

memang sama cantik n sama padan...
macam buah khorma di belah dua...

Haha... Huhu...
Everyone smiles in the same language.
A smile is an inexpensive way to change your looks.
All the statsistics in the world can't measure the warmth of a smile.
A smile is a powerful weapon; you can even break ice with it.

Both of you should be stronger & more powerful now...

Selamat menuju ke puncak "MUMTAZ"!!!

Semua ahli keluarga di Malaysia mendoakan agar anakanda berdua akan beroleh kejayaan yang CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG... Insya'allah...

So Anakanda Mukmin & Sakinah perlu juga pandang ke belakang untuk melihat dan belajar kepada kesilapan yang lalu(sekiranya ada ok) agar tidak akan diulangi demi untuk menyusun satu strategi dan action baru demi mencipta yang terbaik dalam kehidupan dunia yang sementara ini dan lebih-lebih lagi kejayaan di akhirat yang kekal abadi buat selama-lamanya sampai bila-bila....

Good luck. Be the best among the best... All the "MUMTAZ" doas are for both of you & others too...

Insya'ALLAH...

Wassalam.

Mumtaz Villa in JitraMali...

Mukmin bin Mohd Khairi said...

Terima kasih Abah.
Terharu sangat, abah sudi singgah di blog ini.
Sgt2 hargai nasihat dan pesan Abah, semoga kami menjadi dlm kalangan mereka yg mendgr kebaikan dan melaksanakannya, insya allah..
Tak sabar kami nak bertandang ke Jitra nanti, tunggu kami ya..

Wallahua'alam.

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template