Ukhuwah Islamiah di PMPI



Mungkin sudah beberapa hari selepas berjaulah ke Matrouh, tetapi bahang kehangatannya masih dirasai. Mana tidaknya, tiap-tiap peserta bukan sekadar berukhuwah di Matrouh sahaja, tapi tautan itu bersambungan dengan ziarah menziarahi antara satu sama lain. Kadang-kadang agak sukar untuk diterima akal, bagaimana seseorang itu boleh bersusah-susah bermusafir dari satu tempat yang jauh, dengan tambang pengangkutan yang terpaksa dibayar semata-mata kerana ingin bertemu sahabat yang dia rindui.

Ukhuwah yang kita selalu laung-laungkan semestinya Ukhuwah Islamiah. Ukhuwah yang sejati. Namun, jangan disalahfaham dengan ‘Ukhuwah yang ghair Islam’(Ukhuwah bukan Islam).

Kita lihat pada zaman sebelum datangnya Islam membawa sinar perubahan, masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan kehidupan berpuak-puak. Mereka duduk dalam satu kelompok dan melakukan aktiviti monopoli perdagangan, merompak atau menyamun secara bersama. Mereka merasakan ‘Ukhuwah’ antara mereka begitu rapat hinggakan jika ada salah seorang ahli mereka yang dianiayai, maka seluruh puak tersebut akan berpakat dan mengisytiharkan perang terhadap puak yang menganiaya itu.

Seringkali kita disibukkan dengan ukhuwah atau tautan yang lalai. Tautan dalam bentuk ini selalu menyebabkan kita berasa amat akrab dan rapat antara satu sama lain. Malangnya, apa yang dilakukan bersama adalah dalam bentuk lagho(sia-sia) dan lebih teruk lagi jika ianya maksiat!

Firman Allah swt; "..dan bertolong-tolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan ketaqwaan, dan jangan bertolongan dalam mengerjakan keji dan kemungkaran..." (al-maidah:2)

Pada pendapat saya, Ukhuwah Islamiah yang tertaut sesama umat Islamlah yang menjadi kayu ukur kekuatan umat. Sejauh mana teguhnya umat itu dengan kukuhnya Ukhuwah antara mereka. Lebih mudah, semakin terjalin ukhuwah sesama muslim, semakin kuat umat.


Dan kesatuan umat yang difahami ialah atas dasar kekuatan ukhuwah yang terjalin antara mereka. Bukan terletak pada slogan ‘Ukhuwah’ semata-mata atau bilangan umat Islam yang mampu dikumpulkan dalam satu-satu masa. Ukhuwah, inilah kesatuan yang hakiki!

Ops.. ada komen? Tunggu dulu, tutup mulut, henti taip, laksanakan hak-hak kita terhadap muslimin yang lain dulu.

Jom, mari sama-sama kita hidupkan Ukhuwah Islamiah antara kita.. Moga diganjari oleh Allah swt di akhirat kelak.. W'alam bissawab..

Henti tindas Muslim Uighur!


URUMQI: Masyarakat Islam di beberapa negara menggesa China supaya menghentikan tindakan kejam ke atas kaum etnik Muslim Uighur sehingga menyebabkan mereka menderita dan menghadapi ancaman keselamatan di negara berkenaan.

Di TEHERAN, seorang ulama kanan Iran, Ayatollah Naser Makarem Shirazi berkata China tidak boleh melakukan tindakan kejam ke atas umat Islam di wilayah itu.

"Kami mengutuk kekejaman ini dan menggesa umat Islam di seluruh dunia mendesak China menamatkannya dan menghukum mereka yang bersalah," kata Shirazi.

Dalam kejadian 5 Julai lalu, kira-kira 1,680 orang cedera dan 184 maut dalam pertempuran di antara kaum etnik Uighur dengan pihak keselamatan dan masyarakat China Han.


Keadaan di Urumqi terus tegang dan penduduknya dilarang mengadakan perhimpunan di tempat awam semalam sempena upacara tradisi berkabung oleh masyarakat China Han.

Anggota polis antirusuhan juga turut mempertingkatkan langkah keselamatan di bandar ini terutama di kawasan sensitif.


Sementara itu di JAKARTA, kira-kira 100 penduduk Islam Indonesia menunaikan solat hajat di ibu negara Indonesia itu bagi membantah tindakan kejam ke atas puak Uighur.

"Kami umat Islam di Indonesia turut merasai kepedihan yang dialami saudara seagama di wilayah itu dan mendoakan kesejahteraan mereka. Kami juga mendesak kerajaan China segera menghentikan kekejaman yang dilakukannya," kata penyelaras perhimpunan itu, Jamal Aldin.

"Semua umat Islam mesti menunjukkan perpaduan bagi etnik Uighur dan mendoakan keselamatan mereka," kata ketua Forum Umat Islam, Muhammad Al Khaththath, dalam satu kenyataan.

Di ISTANBUL, beribu-ribu umat Islam Turki menunaikan solat ghaib diketuai ahli teologi, Dr Nedim Urhan di Masjid Fatih untuk etnik Uighur yang terbunuh dalam rusuhan di Xinjiang.

Mereka turut mengadakan tunjuk perasaan membantah kekejaman kerajaan China kepada penduduk Muslim di wilayah itu dan turut membakar bendera China.

Di TOKYO, sebuah kumpulan aktivis mengadakan tunjuk perasaan menggesa China mengakhiri keganasan etnik di Xinjiang.

Persatuan Uighur Jepun berkata, kira-kira 1,000 orang termasuk beberapa kaum etnik Uighur menyertai tunjuk perasaan itu.

Polis Jepun tidak memberi anggaran sebenar jumlah penunjuk perasaan itu.

Dalam pada itu, letupan tangki minyak di sebuah kilang kimia di Urumqi bukan disebabkan serangan pengganas, kata timbalan pengurus kilang.


"Kami menolak serangan pengganas," kata Liu Jiyuan di kilang milik China National Petroleum Corporation, pengeluar tenaga terbesar negara itu. – AP/AFP

Dikejar Anjing!




Termasuk hari itu, sudah tiga orang daripada ahli-ahli beit(rumah) kami yang telah dikejar anjing. Sebenarnya terasa agak janggal juga sebab anjing-anjing di mesir biasanya tidaklah seaktif anjing-anjing di tanah air. Tidak tahu sebab yang betul-betul persis tapi mungkin juga kerana sikap orang Arab yang agak aggresif, menyebabkan anjing-anjing itu menjadi agak pasif dan kelihatan lemah. Tapi mungkin juga kerana ia berlaku pada waktu subuh, dikatakan waktu anjing-anjing meliar merayap-rayap mencari sesuatu untuk santapan.

“enta bolehlah cakap, belum kena lagi. Mahu kencang nafas dibuatnya,” seorang sahabat kata padaku.

“ish.. enta jangan doa ana kena pula sudahlah.”

“ana doa enta tak kena.. insyaallah, hehe”

Subuh itu seperti biasa, aku turun untuk ke jami’ tanpa kaca mata. Selepas mengambil wuduk, memasang selipar pada kakiku lalu terus bergegas ke masjid sedikit terlewat dibelakang si mangsa yang ketiga. Dia yang berada kira-kira 50 meter dihadapanku berjalan agak pantas ke Masjid Abu al-Ala’ yang tidak jauh dari beit kami.

Suasana agak kelam, cuma diterangi sinar cahaya malap yang datang entah dari mana. Di situ, dari jauh lagi, kedengaran nyalakan anjing yang semakin kuat kedengaran. Aku menganggarkan tak kurang dari 5-6 ekor anjing yang menggila. Agaknya kerana kuasa kanta cembungku yang boleh dikatakan agak tinggi menyebabkan penglihatanku agak kabur. Kemudian, dalam keadaan yang mencemaskan, aku terdengar jeritan lelaki yang kuyakini itulah sahabatku tadi. Dia berlari kencang menuju ke arahku. Tanpa berfikir panjang aku terus menggerakkan tubuhku menyelit di sebalik deretan kereta yang berada di sepanjang tepian jalan. Sahabat tadi bersama-sama anjing-anjing itu terus melepasiku. Aku menarik nafas lega sebentar.

“enta ini memang bernasib baik sajalah.. Allah nak tolong.”

“Alhamdulillah..” syukurku.

Petang itu aku berbual dengan seorang sahabat dari Indonesia melalui ruang maya chit chat. Aku meluahkan, apabila mengenangkan kembali, bukan sekali dua, tapi sudah tiga orang yang kena kejar, nak pecah perut juga tergelak. Habis menggeliat seluruh usus perut bila bercerita kembali kisah subuh itu. Aku tertawa sendirian.

Tapi, lain pula perasaan sahabatku itu. Beliau begitu tersentuh sehingga menitiskan air mata. Katanya, besar sungguh pahala antum(kalian). Diuji dengan pelbagai ujian untuk menunaikan ibadah pada Allah. Jika di tahap permulaan Islam dahulu, betapa ramai sahabat yang dihalangi akidah mereka untuk mentauhidkan Allah. Iman mereka di uji dengan pelbagai cobaan dan seksaan dari pihak Kafir Quraisy. Kita lihat bagaimana Bilal r.a. dihempap dengan batu besar di atas tubuhnya kerana mengesakan Allah swt. Khabbab r.a. disalai di atas api hingga menitik cair lemak dari tubuhnya kerana Islam. Ammar bin Yassir pula kehilangan kedua orang tuanya dengan seksaan yang begitu dahsyat sekali.

Dikenang sejarah Zainab al-Ghazali pula, seorang wanita aktivis dakwah yang ditangkap oleh pemerintah yang terlampau zalim kerana kerja-kerja dakwahnya lalu dihumbankan ke dalam penjara. Kemudian, dilepaskan ke dalam penjara itu anjing-anjing meliar yang teramat garang dan kelaparan, menyerbu ke arah srikandi Islam tersebut. Tetapi, dengan kuasa Allah swt, anjing-anjing itu dengan tiba-tiba menjadi pasif, dan tidak menyentuh apatahlagi menggigit tubuh Zainab. Subhanallah!



Berbalik pada ceritera anjing tadi, beliau menambah, cukup beruntunglah kita. Kita yang mana telah melepasi selimut berkulit khinzir, kita yang telah melepasi lingkaran rantaian syaitan yang berlingkar-lingkar panjangnya untuk bangun bersolat subuh dan bersegera menunaikannya berjemaah di masjid. Dan juga, apabila diduga dengan anjing-anjing untuk melemahkan kita dari menunaikan ibadah yang sempurna kepada Allah swt.

Rasulullah saw bersabda;
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim)

Mencari Jalan Saat Terasa Lemah



Bermulanya episod dalam kehidupan..
Melalui jalan tarbiyah dalam keadaan benar-benar jahil..
Ya, setinggi mana pun derajat manusia itu, ia tetap hamba yang lemah..
Semua orang jahil.. jahil tentang agamanya.. Jahil tentang imannya..
Sedangkan.. itu bekalan yg akan dibawa nanti... argh.. hina sungguh manusia!
Siapa manusia? Aku? kamu? Kita semua?..
Ya.. siapa lagi?

Firman Allah swt;
"Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik. Sesungguhnya mereka memandang siksaaan itu jauh (mustahil).Sedangkan Kami memandangnya dekat"(al ma'arij;5,6,7)


Dalam kerancuan, dalam kekusutan.. Cuba mencari yang pasti..
Diteruskan juga perjalanan.. digagahi segala kudrat yang ada..
Kerana ada sahabat dan teman seperjuangan..
Yang pasti sampai bila harus disua nikmat?
Sampai bila harus ada yang memujuk hati tatkala terjatuh dan terleka?
Sampai bila?

Proaktiflah, berdaya majulah saudaraku fillah... Jalan dakwah yang mengoptimumkan kerja dan kemampuan kita, bukan kita! Mulanya.. jalan yang dilalui hanya perlu merangkak, namun semakin selesa merangkak, seakan minta kita cepat berjalan.. Semakin laju kita berjalan, jalan itu seakan minta kita berlari.. Semakin laju kita berlari, seakan meminta kita terbang pula.. Ingatlah, semakin cepat kita sampai kepada titik-titik penting, semakin banyak halangan dan cabaran sedangkan dalam waktu yang sama minta kita cepat berjalan, cepat berlari dan kemudian, minta kita terbang pula.. Setiap marhalah ada ujiannya.. Setiap marhalah ada pemudanya! Moga kita lah pemuda itu!


sungguh, kita perlu untuk saling ingat mengingati..

Pernahkah ada perasaan itu?


Bila berbicara tentang Iman.. mungkin ada yang berkata, kita tidak dapat menilai iman seseorang. Hanya Allah swt yang mampu mengetahui iman dibalik wajah seri seorang muslim itu. Saya katakan betul.

Tapi, percayakah kalian, kalau saya katakan seseorang yang dalam keadaan Iman yang tinggi, boleh menjadi seseorang yang cukup mulia?

Kita katakan iman manusia(sebagai makhluk yang lupa), adalah naik dan turun merudum berdasarkan hidayah daripada Allah, persekitaran yang membina atau merosak, dsb. Boleh jadi, kawan kita yang selalu bermanis muka, selalu tolong kawannya, selalu belanja kawannya, kurang marah, tidak sombong, berkata baik dll berada dalam keadaan Iman yang hebat!

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
”Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan perbuatan zina itu, semasa ia berada dalam keadaan sempurna imannya. Dan seseorang hendak meminum arak, tidak akan meminum arak itu semasa ia dalam keadaan sempurna imannya. Dan seseorang yang hendak mencuri, tidak akan melakukan perbuatan itu semasa ia dalam keadaan sempurna imannya. Dan seseorang yang melakukan rompakan, yang lazimnya menjadikan orang yang dirompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan melakukan perbuatan itu semasa ia dalam keadaan sempurna imannya”(hadis bukhari muslim)


Sheikh.. iman yang sempurna dapat menghalang kita terlibat dalam 3 dosa besar.. apatahlagi dosa-dosa kecil..

Hadis ini menunjukkan pentingnya menjaga Iman. Pentingnya menghidupkan Iman. Pentingnya meningkatkannya. Iman yang sempurna memainkan peranan yang penting membentuk jati seseorang. Jika emosi dikaitkan dengan kuasa penggerak kepada perlakuan manusia(driving force of human behavior), apatahlagi iman. Jadi, agenda utama insan bergelar muslim itu sewajarnya menjaga Imannya.

Banyak bukti-bukti dalam al quran dan sirah sendiri yang boleh dibawa menunjukkan insan-insan yang cekal imannya melawan hawa nafsu menolak segala harta, maksiat, wanita dsb. Umar ra menginfakkan separuh hartanya dalam satu peperangan, rupanya Abu Bakar terlebih dahulu mengingakkan keseluruhan hartanya. Abdul Rahman al-Auf diugut ibunya sendiri, malah beliau lebih megutamakan Agama suci tercinta.

7 golongan yang mendapat teduhan bayangan arasy Allah swt pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang teduhan selain teduhanNya, hari yang teramat dahsyat panasnya, sejengkal matahari dari kepala, sehingga dikatakan boleh menggelegak otak, nauzubillahminzalik, ada yang berenang dalam peluh sendiri dsb. Antaranya ialah lelaki yang digoda oleh perempuan untuk melakukan maksiat dengannya lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!” Masyaallah!`~





Pernahkah kita punya perasaan seperti itu?

Hati terasa begitu kering,payah dan berat untuk melakukan maksiat, dan begitu mudah, seronok dan gembira dengan melakukan ibadah?

Atau terasa sebaliknya??

Pernahkah kita ada perasaan itu?

Harapan padaMu Subur Kembali


Harapan padaMu Subur Kembali

Wahai Tuhan ku Yang Esa. Bila kenangkan QaharMu. Rasa gerun di hatiku. Kerana takutkan seksaMu.

HambaMu rasa berputus asa. Siapakah dapat bersihkan diri. Dari segala dosa yang memburu. Setiap hari setiap ketika.

Tika mengenang GhafarMu. Putus asa tiada lagi. Semangatku pulih semula. Harapanku subur kembali.

Ujian menimpa menekan di jiwa. Tak sanggup meneruskan perjuanganku. MehnahMu itu penghapus dosaku. Mengganti hukumanMu di akhirat.

Di waktu mengenang rahmatMu. Terasa diri kurang bersyukur. PadaMu harusku memohon. Moga syukurku bertambah.

Alangkah susahnya. Mendidik nafsuku. Yang tidak mengenal kebenaran-Mu. Ya Alloh Tuhanku. Bantulah hamba-Mu. Dalam mendidik jiwaku ini

Hayatilah..

Merubah

Sebuah Hadith merujuk akhir zaman..

Rasulullah saw bersabda: “Dahulukanlah amal soleh di mana pada waktu itu akan terjadi huru-hara dahsyat bagaikan malam yang gelap gelita, seseorang pada pagi harinya beriman lalu pada petang harinya menjadi kafir, atau petang harinya kafir, lalu pagi harinya menjadi mukmin. Ia menjual agamanya dengan keduniaan.”(Riwayat Muslim)

Hadith ini bukanlah bererti di waktu petang seseorang masih Islam esok harinya sudah Nasrani atau Yahudi. Tapi, yang dimaksud hadis itu menurut ulama menunjukkan banyaknya orang yang kafir nikmat. Apa-apa nikmat dan pemberian Allah tidak disyukuri dan tidak digunakan kepada yang diredai Allah swt.

Mungkin, pagi ini sibuk berbicara agama, petangnya sudah sibuk melayani segala rancangan televisyen yang tak tentu baikburuknya. Cerita-cerita dari barat dan lagu-lagu yang mengkhayalkan menjadi teman setia para belia kini.

Adakah salah menonton movie atau mendengar lagu-lagu dari Barat?


Ia tidaklah salah dikalangan orang muslim yang lemah imannya, tetapi seseorang yang sudah mencapai tahap iman yang lebih tinggi menganggap mubah(harus) sebagai perkara yang perlu ditinggalkan. Mereka juga meletakkan perkara sunat yang tertentu sebagai wajib pada diri mereka. Seperti berzikir pagi dan petang, membaca alQuran, berpuasa Isnin dan Khamis dll. Mereka inilah yang digelar Wara’ dan berhati-hati dalam setiap tindak tanduk yang dilakukan.

Adapun mereka yang sibuk menginginkan daulah Islam dengan segera, tanpa melihat hakikat kerosakan jahiliah yang melanda umat kini dan mencari penyelesaiannya. Generasi umat inilah yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang.

” Tegakkan daulah Islam dalam diri kamu, Islam akan tertegak dibumi kamu” (Mustafa Masyhur)

Generasi sahabat merupakan generasi yang berjaya merubah sikap dan tamaddun ummah, maka umat hari ini juga boleh mencapai tahap kegemilangan silam jika mereka juga memiliki sikap dan amal seperti generasi silam.Ws.
Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template