Kelas Toturial tempoh hari adalah kelas yang cukup menggembirakan bagi sesetengah daripada kami. Walaupun ianya bukanlah seperti lecture yang disampaikan oleh para professor yang bertaraf tinggi di university ini, namun kelas toturial yang hanya dimatlamatkan sebagai sembang-sembang atau diskusi soal jawab antara guru toturial dan pelajar-pelajar membawa seribu erti apabila Dr. (panggilan kami kepada guru tutorial atau mana-mana professor) mengaitkan pelajaran Electron Transport Chain(ETC), Kreb’s Cycle, Glycolysis dan sebagainya dalam satu unit yang bersama.
Kalau biasanya, di lecture room, professor akan mensyarahkan setiap satu process itu seperti satu per satu komponen dalam enjin kereta atau mana-mana kenderaan yang bercerai-cerai.
“Why do we eat?” Mukadimah ringkas dimulakan oleh Dr. Tutorial (maaf, saya tak sempat nak bertaaruf dengan beliau).
“For our energy,” ujar Amir, si pelajar pintar.
“Yes, and it is for production of energy in form of moles of ATP” setuju Dr. Tutorial.
Walaupun ringkas sahaja method pengajarannya, tapi kaitan antara satu per satu proses-proses penting itu membolehkan setiap pelajar beroleh nafas baru yang amat melegakan.
“In each of the processes, we need to identify the important things in which its begin with, and its end with in order to correlate them each other”
Contohnya, dalam ETC, bermulanya dengan Reduced Coenzymes dengan CO2 dan akhirnya kita peroleh ATP atau energy yang menjadi sebab kita makan itu tadi.
Dalam Kreb’s Cycle pula, kitar yang dilalui akhirnya menghasilkan Reduced Coenzymes (NADH+H+ dan FADH), ATP(energy) dan CO2. Ianya bagaikan satu kitar semula dalam badan manusia untuk memastikan sentiasa cukup Reduced Coenzymes bila diperlukan dan seterusnya memasuki proses ETC untuk penghasilan tenaga yang diperkatakan tadi. Subhanallah!!
Malam itu, bilamana badan dilabuhkan di atas katil. Lampu telahpun tertutup. Tapi mata masih lagi tak rasa mengantuk, merenung kembali setiap proses yang sungguh menakjubkan dalam badan kita. Lalu teringat saya pada segala teori-teori kehidupan yang selama ini diimani. Teori menjaga kalam, teori muamalat sesama manusia, teori kebejatan umat dinihari, teori kemerosotan akhlak manusia khususnya di tanah air dan sebagainya.
Malangnya, praktikal yang dididik oleh diri ini dengan bercakap ikut apa sahaja yang seronok dalam hati ini (tanpa fikir akan kesannya), menghadap computer berjam-jam tanpa mendapat menfaat darinya, apatah lagi peroleh maksiat darinya. Manakan pula nak memikirkan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan bersebelahan ataupun sekuliah.
Kadang-kadang terfikir, mengapa tak ada ‘Dr. Tutorial’ yang dapat membuka minda kita-kita pasal kaitan proses ‘teori’ yang kita cakap-cakapkan dengan proses ‘praktikal’ hidup kita seharian. Pasal menggembirakan kita kaitan antara cakap dengan amalan. Pasal kesyumulan islam dengan seluruh kehidupan kita hari-hari.
Rupa-rupanya saya tersilap, bukannya tak ada ‘Dr. Tutorial’, tapi saya sahaja yang belum sempat pergi ke kelasnya. Kata bisikan di telinga, al-maklumlah student medic sibuk orangnya.
Ish, tak sabar menanti esok hari, manalah tahu kalau-kalau terserempak dengan Dr. Tutorial, boleh saya mula bertanya….
p/s: kepada mereka-mereka yang pintar, maaflah, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.
Perjuangan Islam Akhir Zaman (Part II)
1 year ago
0 comments:
Post a Comment