Dalam badan manusia terdapat satu benda yang memainkan peranan yang amat penting dalam setiap proses metabolisma. Benda yang dimaksudkan adalah enzyme.
Enzyme bekerja secara aktif pada pH atau suhu tertentu. Sebagai contoh, suhu yang dimaksudkan adalah tidak terlalu terlalu tinggi atau tidaklah terlalu rendah hingga menghasilkan 'lengkungan berbentuk loceng' seperti gambar rajah di bawah. Pada keadaan ini, enzyme bekerja secara optimum dan manusia mendapat hasil pencernaan yang terpantas dan terbaik.
Begitulah juga manusia yang berhajatkan suasana atau persekitaran(biah) yang tertentu bagi membolehkannya beramal secara optimum. Suasana ini tidaklah terlalu mengongkong(syadid) atau terlalu longgar tetapi dikatakan optimum iaitu dipertengahan.
Antara suasana yang dicadangkan:
1. Saling berkenal-kenalan dengan lebih mendalam
2. Mengambil tahu hal rakan-rakan
3. Melawat sahabat di rumah mereka
4. Saling bermanis muka apabila bertemu
5. Sentiasa berusaha untuk menjaga kalam
6. Membudayakan membaca al-Quran di mana-mana
7. Memperbaharui niat dalam setiap tindakan
8. dll..
Akhirnya kita akan maju selangkah ke hadapan dalam perjalanan menuju amal dan taqarrub ilallah yang optimum seperti yang kita dambar-dambarkan. InsyaAllah.
Murnikan Niat
Perkongsian Berharga berhajat kepada keikhlasan menggunung...
Sebegitu juga pemberinya, sebegitu juga penerimanya,
masing-masing perlu ikhlas.
Ucap Penulis
- Mukmin bin Mohd Khairi
- Untaian mutiara yang mengalir dari lisannya yang bahkan hampir tak terdengar selalu mampu membangkitkan semangat para pejuang, selaksa hikmah yang beliau ajarkan bahkan selalu mampu mencetak para pejuang baru yang siap menjadi pelanjut juang di tanah para Nabi itu (memori Sheikh Ahmad Yassin, 22 mac 2004)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Waktu Malaysia
Waktu Mesir
Laman Pilihan
-
-
-
-
Pertemuan dgn Tun Fairuz7 years ago
-
TABAYYUN vs TASABBUT8 years ago
-
-
Gagasan perpaduan masyarakat Melayu Islam10 years ago
-
Syiah Bukan Isu Perpaduan… Tapi Aqidah11 years ago
-
Adakah Saya Seorang Pendakwah11 years ago
0 comments:
Post a Comment