Murnikan Niat
Perkongsian Berharga berhajat kepada keikhlasan menggunung...
Sebegitu juga pemberinya, sebegitu juga penerimanya,
masing-masing perlu ikhlas.
Ucap Penulis
- Mukmin bin Mohd Khairi
- Untaian mutiara yang mengalir dari lisannya yang bahkan hampir tak terdengar selalu mampu membangkitkan semangat para pejuang, selaksa hikmah yang beliau ajarkan bahkan selalu mampu mencetak para pejuang baru yang siap menjadi pelanjut juang di tanah para Nabi itu (memori Sheikh Ahmad Yassin, 22 mac 2004)
Air Strike Celebration? How about Our Celebration?
As I read the newest entry posted by Tun Dr Mahathir entitled Terrorisms, I wondered how Muslims should react to the Israeli Air Strike’s launched on the innocent and helpless citizen of Palestine. Some Muslims were in hot soup and began mocking the Israelis for their action. And one could also find those who open their hands praying to The Almighty seeking strength and asking reinforcements from the sky as to what happened in the War of Badar thousands of years ago.
Unfortunately, just praying isn’t enough. Imagine someone stranded in the middle of the dessert, where no water, food nor help could be found. One may think in order to survive, he/she shouldn’t just sit around in the middle of the dessert dumbly hoping for the rain to fall or miraculous help to come. Survivors wouldn’t do such a thing .Well, maybe somebody with brain damage might.
One must prays and begins to make steps closer to achieve the pray. In addition, it is a must to have faith on the pray too.
In particular, in the case of terrorism, everyone should agree that it has been a world scheme for a very long time, since the Israelis mercilessly and courageously destroyed countless villages, murdered thousands of innocent people, in order to accomplish their highest mission without a single voice to challenge them.
Somehow, looking upon our brothers in Palestine, sadly, Muslims don’t really care much. Most of them paid their attention to things that cause greater division of our ummah. In cases of Sufi, Wahabi, Syiah, Khalaf, Salaf, and so and so. Much of us don’t really care as we look upon our brothers and sisters being out numbered, confronting the oppression the Israelis towards them all alone.
As time passes by, the sun slightly to set down, and we see most Muslims lived with ‘maksiat’. The imam or ustaz among them were concerned with their ‘ibadat’ or to the ‘budak masjid’ only.
Hijrah is the time for change. Changing our attitude, and the way we to see things. To see and believe the awakening and rising of Islam in a better thought. Consequently, accepting that Islam will not rise up magically without effort or strife (as most of us think so).
So people, they(the Israelis) have had their own air strike celebration.
How about our celebration?
Yes, yes, the answer must be..
Hijrah(change)!!!!
Hidup untuk Peperiksaan..
Kehangatan hari peperiksaan semakin dirasai segenap pelajar menjelang musimnya. Orientasi belajar zaman millenium ini yang menjurus ke arah peperiksaan memaksa setiap daripada mereka menggandakan usaha bagi yang telah berusaha, dan memulakan usaha bagi yang belumpun menyentuh buku mereka.
Kadang-kala timbul persoalan adakah aku bertungkus lumus dan berkerja keras mengulangkaji pelajaran untuk ilmu yang akan aku perolehi dan praktikkan(dalam setiap bidang), atau untuk merempuh setiap peperiksaan yang menjadi tembok penghalangan di hadapanku bagi meneruskan kehidupan ini? Apatah lagi menuntut ilmu untuk dakwah.
Hingga sampai satu tahap, peperiksaanlah yang menyebabkan hati kita berdebar-debar, lalu jari jemari kita mula kesejukan, dan peluh membasahi badan tanpa senaman. Kita rasai besarnya peperiksaan. Hidupku untuk Peperiksaan..
Jika diamati, ada satu lagi 'peperiksaan besar' yang masih kita tidak ketahui kapan tibanya, tetapi kita bakal dan pasti menempuhinya, bahkan soalan-soalan yang akan ditanya telahpun dibocorkan. Maka, wajarlah kita mengunakan peluang yang ada untuk 'score' dalam peperiksaan tersebut.
Rasulullah s.a.w bersabda;
" Kedua kaki anak adam tidak akan berganjak dari padang mahsyar sehingga ditanya empat perkara; Umurnya, kemana telah dihabiskan, Ilmunya, sejauh mana telah diamalkan, Hartanya, dari mana ia perolehi dan ke mana ia dihabiskan, dan Dirinya, ke mana telah ia gunakan." (Hadith)
Hidupku untuk hari peperiksaan... yaumul hisab!!
p/s: peringatan untuk diri dan makhluk yang selalai dengannya..
Bangunan yang Kukuh
Bangunan itu contohnya,
Bangunan Masjid,
Bangunan Hospital,
Bangunan Sekolah,
Bank dsb.
Semua bangunan mestilah kukuh,
supaya semua jemaah boleh solat dalam aman,
supaya urusan rawatan berlaku dengan baik,
supaya pelajar-plajar dpt belajar dengan tenang,
supaya lancarnya segala urusan.
Kadang-kadang bangunan tak stabil,
retak di sana dan di sini,
sisi-sisinya tak sama kanan dan kiri,
Cerucuk asasnya tak cukup dalam,
Lalu bangunan runtuh,
Nak bangunan kuat,
Mesti kaji sebab bangunan kuat,
Adakah bergantung pada bahan,
Atau sistem sokongan yang kukuh,
Atau cerucuk yang kukuh,
Jadi perlu juga kaji tapak pembinaan,
antara tanah bukit,
atau tanah gambut,
atau tanah halus,
atau tanah selut.
Kalau pembinaan seorang muslim pula,
ada ustaz,
ada doktor,
ada cikgu,
ada pegawai dsb.
Pokoknya iman mestilah kukuh,
supaya peringatannya untuk akhirat,
supaya ikhlas mengubat,
supaya ikhlas mengajar,
supaya tak enak dek urusan dunia.
Kadang-kadang iman turun merudum,
rasa nak marah-marah,
rasa nak caci-caci,
tak takut tuhan,
Lalu buat maksiat.
Nak iman kuat,
mesti tahu sebab iman kuat,
adakah sebab hati kuat,
atau sebab bacaan kuat,
atau sebab solat kuat.
Jadi perlu kaji juga sekeliling muslim,
antara masyarakat desa,
atau masyarakat moden,
atau masyarakat islam,
atau masyarakat jahiliah.
Biar semua tahu,
nak bangunan kuat,
cerucuk asasnya mesti kuat,
nak muslim kuat,
hati dalamannya mesti kuat.
Bangunan Masjid,
Bangunan Hospital,
Bangunan Sekolah,
Bank dsb.
Semua bangunan mestilah kukuh,
supaya semua jemaah boleh solat dalam aman,
supaya urusan rawatan berlaku dengan baik,
supaya pelajar-plajar dpt belajar dengan tenang,
supaya lancarnya segala urusan.
Kadang-kadang bangunan tak stabil,
retak di sana dan di sini,
sisi-sisinya tak sama kanan dan kiri,
Cerucuk asasnya tak cukup dalam,
Lalu bangunan runtuh,
Nak bangunan kuat,
Mesti kaji sebab bangunan kuat,
Adakah bergantung pada bahan,
Atau sistem sokongan yang kukuh,
Atau cerucuk yang kukuh,
Jadi perlu juga kaji tapak pembinaan,
antara tanah bukit,
atau tanah gambut,
atau tanah halus,
atau tanah selut.
Kalau pembinaan seorang muslim pula,
ada ustaz,
ada doktor,
ada cikgu,
ada pegawai dsb.
Pokoknya iman mestilah kukuh,
supaya peringatannya untuk akhirat,
supaya ikhlas mengubat,
supaya ikhlas mengajar,
supaya tak enak dek urusan dunia.
Kadang-kadang iman turun merudum,
rasa nak marah-marah,
rasa nak caci-caci,
tak takut tuhan,
Lalu buat maksiat.
Nak iman kuat,
mesti tahu sebab iman kuat,
adakah sebab hati kuat,
atau sebab bacaan kuat,
atau sebab solat kuat.
Jadi perlu kaji juga sekeliling muslim,
antara masyarakat desa,
atau masyarakat moden,
atau masyarakat islam,
atau masyarakat jahiliah.
Biar semua tahu,
nak bangunan kuat,
cerucuk asasnya mesti kuat,
nak muslim kuat,
hati dalamannya mesti kuat.
Pengajaran kisah si Kerbau
Assalamualaykum..
Bersempena musim qorban ini,ada sebuah video yang dicadangkan oleh Adzim Mohd Yusoff. Sila beri pengajaran dari video tersebut.
Buffalo Survived - Amazing videos are here
ditaja oleh Metacafe.com
Bersempena musim qorban ini,ada sebuah video yang dicadangkan oleh Adzim Mohd Yusoff. Sila beri pengajaran dari video tersebut.
Buffalo Survived - Amazing videos are here
ditaja oleh Metacafe.com
Perkongsian di Malam Raya...
Gementar hati berbaur rasa gembira yang amat apabila pertama kalinya menjejakkan kaki di atas tanah suci Kota Makkah. Terasa bertuah sugguh dapat mengecapi peluang berhadapankan kaabah yang tersergam indah. Detik-detik berlalu begitu sahaja. Tanpa disedari, air mata menitis dek tak dapat meluahkan sebarang ekspresi lain yang boleh menggambarkan perasaan yang dialami. Ianya mencurah membasahi muka lalu terus ke lantai marmar, bumi yang mulia . Hati berdebar-debar menyahut panggilan ilahi melaksanakan rukun islam yang kelima.
Mungkin itulah perasaan yang boleh menggambarkan mereka yang sedang menunaikan ibadat haji umumnya. Bagi mereka yang tidak berkesempatan(tidak menunaikan haji), mungkin sekali tidak terfikir mahupun tidak mampu untuk menghayati dan menyelami kenikmatan ibadat yang dirasai oleh penunai haji. Apa yang pasti, yang menjadi buah bicara atau omongan mereka tentu sekali hal berkaitan penyembelihan lembu, unta, kambing dan sebagainya. Penat lelah bagi menyudahkan lapahan, potongan, serta timbangan daging diniatkan sebagai satu pengorbanan suci yang dilakukan bersempena Hari Raya Korban.
Antara pengajaran yang boleh digarap dan diaplikasikan dari Haji itu sendiri ialah pembinaan kesatuan umat. Kita lihat betapa ramainya jemaah haji yang berduyun-duyun mengerjakan haji saban tahun. Simboliknya, umat islam dari segala latar belakang yang berbeza boleh bersatu menuju pada matlamat yang sama dan melaksanakan satu per satu amalan yang sama.
Tetapi, bersatunya umat yang diyakini bukanlah beerti berkumpulnya umat Islam dalam bilngan yang ramai. Bukanlah juga ditentukan dengan bilangan umat Islam pada ketika ini yang menjangkaui 9digit(1.2billion) angkanya. Bahkan jika itulah yang menjadi kayu ukur kepada kesatuan ummah, maka tentu sekali Islam sudah tertegak pada tempatnya pada saat ini.
Kesatuan yang sebenar merujuk pada tautan ukhuwah dan iman yang kian luput di kalangan umat Islam dinihari(dari bilangan yang sedia ramai itu). Adakah seorang saintis yang hanya bergaul sesama para saintis didasarkan (a)kerana Allah? Atau hanya kerana(b)profesion lapangan saintis itu sendiri? Dan jika (b) jawapannya,maka sungguh besarlah kerugian umat Islam yang melaungkan "kesatuan umat" itu sendiri.
Jadilah mereka yang bergaul sesama miskin, sesama kaya, sesama kerani, sesama pegawai, sesama doktor, sesama muallim, sesama tua, sesama muda, sesama bangsa arab, cina, perancis dsb agar kita tidak disifatkan bersaudara dengan sahabat kita disebabkan kepentingan lain selain Allah. Lagi-lagi jika untuk kepentingan diri sendiri.
Mari tetapkan neraca, memandang semua umat Islam dengan pandangan ukhuwah, pandangan kasih sayang. Pandangan kesatuan. Ayuh kumpul hati-hati kita, sedia untuk bersaudara, sedia untuk beramal dengan segala tingkahlaku, perbuatan dan penegasan daripada Rasulullah yang selama ini kita dengar, baca, dan lafazkan. Kemudian melaksanakan sunnah terbesar daripada Baginda s.a.w. seperti dalam firman Allah s.w.t:
"..menyuruh berbuat makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung."(Ali Imran; 104)
**ucapan khas buat akh Huzaifah; semoga dikurniakan haji yang mabrur! mabrur! mabrur!. Insyaallah!!!
Diskaun
"Wah, tengoklah betapa ramainya orang yang datang singgah ke pasar raya tu."
"Oh patutlah, ada diskaun diberi pada setiap barangan yang dibeli."
"Eh, Rugi ni kalau tak pergi."
"Hmm..."
Agaknya itulah tabiat manusia yang sentiasa berkejar sini-sana dek nak dapatkan harga barangan yang murah. Bukannya apa, ekonomi sekarang ini dahlah tak menentu, kalau silap-silap belanja, aniaya jawabnya.
Aduh, mungkin ramai antara kita yang pantas mengetahui tempat-tempat atau masa-masa yang mana adanya diskaun diberikan. Tapi tak ramai yang tahu bahawasanya Allah s.w.t. juga selalu memberi diskaun kepada hambaNYA dengan membuka seluas-luasnya pintu rahmatNYA pada waktu-waktu tertentu.
Contohnya berapa ramai antara kita yang sedar bahawa kita sekarang berada didalam 10 hari pertama dalam bulan Zulhijjah. Hari-hari yang mana Allah melebihkan amalan yang dilakukan hambaNya melebihi mana-mana amalan hinggakan dikira menghampiri taraf berjihad di jalan Allah dengan sebenar-benarnya.
Dalam sebuah hadith;
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda,"Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini(10 hari Zulhijjah). Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun."
Ayuh, marilah sama-sama kita merebut diskaun amalan yang ditawarkan oleh Allah s.w.t yang Maha Pemurah. Moga-moga ia diterima sebagai saham kita di akhirat kelak.
p/s: ish, banyak wajibat tak habis lagi ni..
Farewell, brothers
BY AKHI SYAMIL@http://schml.blogspot.com/
Friends,
We've been together,
Not too long but,
Enough to be understood from since to forever.
Friends,
We've known each other,
Not too deep but,
Enough to be reliable in any condition whatsoever.
Friends,
We've cried together,
Not many things we through,
But it's just for the path that we seem like brothers.
Friends,
We've been here and there,
Whenever wherever,
It's just the way we got it that not many could ever dare.
Friends,
We've been helping each other,
In everything we happened to be.. but,
After this I could just remember your names in my prayer.
Friends,
I've never thought it's going this far,
Nor I've expected what it's going to be.. but,
One thing that I may have faith,
You and I are always together.
It's not a matter of time,
Nor a matter of place,
It's just a matter of trust,
And a matter of faith.
Dedicated to Akh Umair Norkefli and Fahmi Bazlan Muda
30th November 2008
Thoughts in the evening.
Friends,
We've been together,
Not too long but,
Enough to be understood from since to forever.
Friends,
We've known each other,
Not too deep but,
Enough to be reliable in any condition whatsoever.
Friends,
We've cried together,
Not many things we through,
But it's just for the path that we seem like brothers.
Friends,
We've been here and there,
Whenever wherever,
It's just the way we got it that not many could ever dare.
Friends,
We've been helping each other,
In everything we happened to be.. but,
After this I could just remember your names in my prayer.
Friends,
I've never thought it's going this far,
Nor I've expected what it's going to be.. but,
One thing that I may have faith,
You and I are always together.
It's not a matter of time,
Nor a matter of place,
It's just a matter of trust,
And a matter of faith.
Dedicated to Akh Umair Norkefli and Fahmi Bazlan Muda
30th November 2008
Thoughts in the evening.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Waktu Malaysia
Waktu Mesir
Laman Pilihan
-
-
-
-
Pertemuan dgn Tun Fairuz7 years ago
-
TABAYYUN vs TASABBUT8 years ago
-
-
Gagasan perpaduan masyarakat Melayu Islam10 years ago
-
Syiah Bukan Isu Perpaduan… Tapi Aqidah11 years ago
-
Adakah Saya Seorang Pendakwah11 years ago