Kehangatan hari peperiksaan semakin dirasai segenap pelajar menjelang musimnya. Orientasi belajar zaman millenium ini yang menjurus ke arah peperiksaan memaksa setiap daripada mereka menggandakan usaha bagi yang telah berusaha, dan memulakan usaha bagi yang belumpun menyentuh buku mereka.
Kadang-kala timbul persoalan adakah aku bertungkus lumus dan berkerja keras mengulangkaji pelajaran untuk ilmu yang akan aku perolehi dan praktikkan(dalam setiap bidang), atau untuk merempuh setiap peperiksaan yang menjadi tembok penghalangan di hadapanku bagi meneruskan kehidupan ini? Apatah lagi menuntut ilmu untuk dakwah.
Hingga sampai satu tahap, peperiksaanlah yang menyebabkan hati kita berdebar-debar, lalu jari jemari kita mula kesejukan, dan peluh membasahi badan tanpa senaman. Kita rasai besarnya peperiksaan. Hidupku untuk Peperiksaan..
Jika diamati, ada satu lagi 'peperiksaan besar' yang masih kita tidak ketahui kapan tibanya, tetapi kita bakal dan pasti menempuhinya, bahkan soalan-soalan yang akan ditanya telahpun dibocorkan. Maka, wajarlah kita mengunakan peluang yang ada untuk 'score' dalam peperiksaan tersebut.
Rasulullah s.a.w bersabda;
" Kedua kaki anak adam tidak akan berganjak dari padang mahsyar sehingga ditanya empat perkara; Umurnya, kemana telah dihabiskan, Ilmunya, sejauh mana telah diamalkan, Hartanya, dari mana ia perolehi dan ke mana ia dihabiskan, dan Dirinya, ke mana telah ia gunakan." (Hadith)Hidupku untuk hari peperiksaan... yaumul hisab!!
p/s: peringatan untuk diri dan makhluk yang selalai dengannya..
2 comments:
Allah itu hanya utk exam sahaja??? Read this.. http://dr-iwan.blogspot.com
article lebih memfokuskan ttg exam 'besar' yng bakal semua org hadapi... yaum hisab...
Post a Comment