Murnikan Niat
Perkongsian Berharga berhajat kepada keikhlasan menggunung...
Sebegitu juga pemberinya, sebegitu juga penerimanya,
masing-masing perlu ikhlas.
Ucap Penulis
- Mukmin bin Mohd Khairi
- Untaian mutiara yang mengalir dari lisannya yang bahkan hampir tak terdengar selalu mampu membangkitkan semangat para pejuang, selaksa hikmah yang beliau ajarkan bahkan selalu mampu mencetak para pejuang baru yang siap menjadi pelanjut juang di tanah para Nabi itu (memori Sheikh Ahmad Yassin, 22 mac 2004)
Perkongsian di Malam Raya...
Gementar hati berbaur rasa gembira yang amat apabila pertama kalinya menjejakkan kaki di atas tanah suci Kota Makkah. Terasa bertuah sugguh dapat mengecapi peluang berhadapankan kaabah yang tersergam indah. Detik-detik berlalu begitu sahaja. Tanpa disedari, air mata menitis dek tak dapat meluahkan sebarang ekspresi lain yang boleh menggambarkan perasaan yang dialami. Ianya mencurah membasahi muka lalu terus ke lantai marmar, bumi yang mulia . Hati berdebar-debar menyahut panggilan ilahi melaksanakan rukun islam yang kelima.
Mungkin itulah perasaan yang boleh menggambarkan mereka yang sedang menunaikan ibadat haji umumnya. Bagi mereka yang tidak berkesempatan(tidak menunaikan haji), mungkin sekali tidak terfikir mahupun tidak mampu untuk menghayati dan menyelami kenikmatan ibadat yang dirasai oleh penunai haji. Apa yang pasti, yang menjadi buah bicara atau omongan mereka tentu sekali hal berkaitan penyembelihan lembu, unta, kambing dan sebagainya. Penat lelah bagi menyudahkan lapahan, potongan, serta timbangan daging diniatkan sebagai satu pengorbanan suci yang dilakukan bersempena Hari Raya Korban.
Antara pengajaran yang boleh digarap dan diaplikasikan dari Haji itu sendiri ialah pembinaan kesatuan umat. Kita lihat betapa ramainya jemaah haji yang berduyun-duyun mengerjakan haji saban tahun. Simboliknya, umat islam dari segala latar belakang yang berbeza boleh bersatu menuju pada matlamat yang sama dan melaksanakan satu per satu amalan yang sama.
Tetapi, bersatunya umat yang diyakini bukanlah beerti berkumpulnya umat Islam dalam bilngan yang ramai. Bukanlah juga ditentukan dengan bilangan umat Islam pada ketika ini yang menjangkaui 9digit(1.2billion) angkanya. Bahkan jika itulah yang menjadi kayu ukur kepada kesatuan ummah, maka tentu sekali Islam sudah tertegak pada tempatnya pada saat ini.
Kesatuan yang sebenar merujuk pada tautan ukhuwah dan iman yang kian luput di kalangan umat Islam dinihari(dari bilangan yang sedia ramai itu). Adakah seorang saintis yang hanya bergaul sesama para saintis didasarkan (a)kerana Allah? Atau hanya kerana(b)profesion lapangan saintis itu sendiri? Dan jika (b) jawapannya,maka sungguh besarlah kerugian umat Islam yang melaungkan "kesatuan umat" itu sendiri.
Jadilah mereka yang bergaul sesama miskin, sesama kaya, sesama kerani, sesama pegawai, sesama doktor, sesama muallim, sesama tua, sesama muda, sesama bangsa arab, cina, perancis dsb agar kita tidak disifatkan bersaudara dengan sahabat kita disebabkan kepentingan lain selain Allah. Lagi-lagi jika untuk kepentingan diri sendiri.
Mari tetapkan neraca, memandang semua umat Islam dengan pandangan ukhuwah, pandangan kasih sayang. Pandangan kesatuan. Ayuh kumpul hati-hati kita, sedia untuk bersaudara, sedia untuk beramal dengan segala tingkahlaku, perbuatan dan penegasan daripada Rasulullah yang selama ini kita dengar, baca, dan lafazkan. Kemudian melaksanakan sunnah terbesar daripada Baginda s.a.w. seperti dalam firman Allah s.w.t:
"..menyuruh berbuat makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung."(Ali Imran; 104)
**ucapan khas buat akh Huzaifah; semoga dikurniakan haji yang mabrur! mabrur! mabrur!. Insyaallah!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Waktu Malaysia
Waktu Mesir
Laman Pilihan
-
-
-
-
Pertemuan dgn Tun Fairuz7 years ago
-
TABAYYUN vs TASABBUT8 years ago
-
-
Gagasan perpaduan masyarakat Melayu Islam10 years ago
-
Syiah Bukan Isu Perpaduan… Tapi Aqidah11 years ago
-
Adakah Saya Seorang Pendakwah11 years ago
1 comments:
mabruk ya akh,, teruskan usaha
Post a Comment