Murnikan Niat
Perkongsian Berharga berhajat kepada keikhlasan menggunung...
Sebegitu juga pemberinya, sebegitu juga penerimanya,
masing-masing perlu ikhlas.
Ucap Penulis
- Mukmin bin Mohd Khairi
- Untaian mutiara yang mengalir dari lisannya yang bahkan hampir tak terdengar selalu mampu membangkitkan semangat para pejuang, selaksa hikmah yang beliau ajarkan bahkan selalu mampu mencetak para pejuang baru yang siap menjadi pelanjut juang di tanah para Nabi itu (memori Sheikh Ahmad Yassin, 22 mac 2004)
Fakta-fakta Saudara Semuslim Uighur
Fakta-fakta Muslim Uighur, moga bermanfaat buat semua;
1. Pada tahun 1949, lebih 95% penduduk Turkistan Timur beragama Islam. Menjelang tahun 1983, jumlah mereka merosot teruk hingga menjadi tidak sampai 55%. Bukan Islam keturunan Hans meningkat daripada 5% kepada 45%. Ke mana menghilangnya penduduk asal keturunan Uighur, Kazakh, Turki dan Dugans?
2. Republik Rakyat China di bawah pimpinan Mao Tse Tung mencabul bumi Islam ini lalu mengubah namanya kepada Xinjiang. Penukaran nama ini cukup berkesan untuk menghilangkan identiti Islam wilayah ini hinggakan majoriti umat Islam tidak tahu pun kewujudan Turkistan Timur.
3. Bangsa Hans yang bukan Muslim dibawa masuk beramai-ramai oleh pemerintah. Jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran diberikan kepada bangsa Hans yang sebati dengan ideologi komunis. Para pemimpin agama dan politik Turkistan Timur ditangkap, dibunuh, dimasukkan ke kem-kem buruh paksa ataupun hilang begitu sahaja. Tanah-tanah penduduk dirampas dan pasar-pasar ditutup untuk menjahanamkan ekonomi penduduk Muslim.
4. Usaha-usaha untuk melenyapkan Islam di Turkistan Timur berjalan dengan sistematik hinggakan umat Islam sedunia tidak menyedarinya. Kemuncak kekejaman China boleh dilihat pada masa Revolusi Kebudayaan dalam tahun-tahun 1966-67. Ketika itu masjid-masjid ditutup. Sebahagiannya diambil alih dan dijadikan pejabat, asrama ataupun pusat-pusat penyembelihan (pemotongan) haiwan. Kitab Al-Quran dan buku-buku agama dibakar. Pendidikan agama tidak dibenarkan. Huruf rasmi Turkistan Timur iaitu huruf Arab digantikan dengan huruf Cyriclic dan Latin.
5. Dianggarkan lebih 360,000 orang Islam dibunuh, 100,000 dihalau ke Turkistan Barat dan 500,000 lagi dijadikan hamba abdi di kem-kem buruh paksa. Semua maklumat ini diperolehi daripada buku ‘Gerakan Jihad Fisabilillah & Cabarannya’ oleh Abdul Qadir Djaelani terbitan Pustaka Dini tahun 2001.
6. Wilayah ini juga sudah puluhan kali menjadi tapak percubaan senjata nuklear yang dijalankan oleh pemerintah China. Sisa-sisa ujian tentunya dibiarkan merebak ke kawasan-kawasan pedalaman yang dihuni oleh penduduk beragama Islam.
p/s; lihat wajah saudara-saudara kita, moga dibekalkan kekuatan luar biasa yang mampu membangkitkan segala semangat untuk terus berjihad di medan dakwah..
http://satuumat.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Waktu Malaysia
Waktu Mesir
Laman Pilihan
-
-
-
-
Pertemuan dgn Tun Fairuz7 years ago
-
TABAYYUN vs TASABBUT8 years ago
-
-
Gagasan perpaduan masyarakat Melayu Islam10 years ago
-
Syiah Bukan Isu Perpaduan… Tapi Aqidah11 years ago
-
Adakah Saya Seorang Pendakwah11 years ago
5 comments:
Demikian jugalah perkara in i terjadi di bumi palestin..Umat Islam sentiasa di tindas di mana-mana saja dalam kita sedari ataupun tidak..Moga satu hari nanti kebangkitan Islam akan muncul kembali dan kegemilangannya kan menghancurkan semua bangsa yahudi laknatullah..insyaAllah..
trima kasih kpd saudara yg tlh memberikan fakta yg rata2 pembaca tidak mengtahuinya,smoga Allah mengira ia sebagai pemberat hasanah di akhirat klk.
apa yg ana nak kongsi adalah supaya mari kita tanya diri kita, adakah kita sudah menitik beratkan ttg perihal saudara2 kita? munkin jika kes ini tidak berlaku,kita masih dlm kegelapan ketidaktahuan menyangkakan bahawa tiada saudara kita di china yg telah menderita selama lebih stgh abad.
mari kita muhasabah diri kita sblm tibanya hari dimana Allah memuhasabah kita dgn maha terperinci...
bagusnye.. nta dpt fakta .tntgsejrh umat islam di uighur.selani x penah tau klu x baca blog ni..smoga fakta ni mnjd tazkirah utk umat islam dimsia..mnxizin copy ea..
bagusnye.. nta dpt fakta .tntg sejrh umat islam di uighur...
selama ni x penah tau klu x baca blog ni..smoga fakta ni mnjd tazkirah utk umat islam dimsia..mnx izin copy ea..
Baca isu2 semasa berkaitan dunia Islam..
http://satuumat.blogspot.com/
Post a Comment