The Secret behind the Great Warrior

(gambar sekadar hiasan)

1400 tahun yang lalu, seorang satria agung dan terlampau hebat telah menemui rahsia kekuatan yang tiada tolok bandingnya. Rahsia ini belum berjaya dirungkai sepenuhnya oleh mana-mana pahlawan, pendekar, ninja, panglima, agent perisik, samurai atau sesiapa sahaja di atas muka bumi ini. Ada yang mengatakan resepi itu ini, kunci itu ini, dan rahsia itu ini, tetapi masih tidak berjaya mengumpulkan rahsia sebenar untuk memiliki kekuatan satria itu. Dan sebahagiannya telah hampir-hampir mahir ilmu disebalik kekuatan ini, tetapi masih lagi tidak menguasai sepenuhnya mana-mana kekuatan tersebut.

Dikatakan sesiapa sahaja yang beroleh rahsia yang hebat itu mampu menguasai dunia sepenuhnya. Mampu menguasai cakerawala, angkasa lepas dan seluruh kekuatan satria yang wujud di alam ini. Kekuatan yang mampu menempelak mana-mana penguasa jahat dan mengembalikan keadilan di dunia ini. Ya, penegak keadilan di bumi ni.

Pada hari ini, saya akan berkongsi mengenai kekuatan yang dimaksudkan. Kekuatan yang sebahagian orang memahami dalam konteks yang kurang jelas atau tidak sepenuhnya. Mungkin, keterlaluan melebihkan suatu elemen melebihi elemen-elemen yang lain. Elemen-elemen yang dimaksudkan bukanlah elemen api, tanah, daun, emas, pucuk paku dan sebagainya. Sebaliknya, elemen itu lebih dekat pada diri kita. Elemen yang sebahagian orang hanya memandang pada salah satu eleman dan menutup sebelah mata pada satu yang lain.






Elemen-elemen itu ialah Minda, Tubuh dan Nurani. Minda atau Akal perlu dipenuhkan dengan pengetahuan, maklumat, ilmu dan thaqafah dsb. Dengan bertambah ilmulah, sesuatu kelompok manusia beroleh kekuatan teknologi dan pemikiran. Dengan bertambah ilmulah, sesuatu kelompok manusia beroleh ketamadunan. Dengan kekuatan ilmulah, sesuatu kelompok manusia mampu melawan segala musuh alam.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya;
”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”(Riwayat al-Bazzar)


Manakala, sebahagian manusia melihat kekuatan Tubuh hanya pada mereka yang menceburi bidang tersebut. Askar, tentera, pemain bola, pelatih jungle trekking, pemain ping pong, bola jarring dll. Tetapi hakikatnya, semua orang yang ingin bangkit dengan kekuatan, perlu pada kesempurnaan fisikal. Bukanlah yang dimaksudkan terbatas pada lengkap anggota badan, sebaliknya, kesempurnaan itu merujuk pada stamina dan kekuatan jasad. Sihat tubuh badan untuk membantu beribadah, untuk mampu konsisten berdakwah tanpa semput atau mudah longlai dan futur. Tambah lagi, menuntut ilmu juga perlu pada badan yang segar bugar dan mampu untuk menerima ilmu dengan lebih optimum.

Sabda Rasulullah saw;
"..sesungguhnya tubuhmu ada haknya yang wajib engkau tunaikan,..."(Hadith Sahih,Riwayat Bukhari)






Dan terpenting sekali ialah untuk menghidup hati-hati kita. Hati kita ibarat stesen jana kuasa. Apabila berfungsi stesen itu, cerahlah seluruh Bandar itu, gembiralah penduduknya, bertebaran menjalankan aktiviti masing-masing di malam hari. Apabila hidup hati-hati kita, hiduplah seluruh masyarakat di sekeliling dalam sinar suasana iman. Terasa lazatnya beribadah kepada Allah. Bukan sekadar ibadah yang biasa difahami. Tetapi ibadah yang lebih luas pemahamannya. Yakni, seluruh kehidupan kita. Terasa suasana sepertinya suasana yang wujud ketika Dakwah Ar-Rasul bersama sahabat-sahabat ridwanullah anhu.

"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya." (Surah al Fajr;28)

Jadi, pembongkaran rahsia ini bukanlah beerti terus lahirnya seorang satria unggul yang mampu berjuang habis-habisan merempuh si penjajah. Namun, yang lebih utama ialah untuk merancang dan melatih diri utk bersugguh-sungguh mengisi setiap elemen-elemen tadi dengan amal bukan sekadar bermadah bicara atau bermadah di atas papan kunci sahaja. Akhirnya, generasi harapan yang diimpikan berjaya terhasil dan kita bolehlah berbicara tentang langkah-langkah yang seterusnya.. insyaallah..

oh, lupa nak bagitahu.. nama satria tadi.. ialah..

Muhammad..~

Kenali Idola Kalian.

Pada suatu hari, Ibrahim merancang sesuatu ketika kaumnya pergi berpesta. Baginda berpura-pura sakit dan tidak ke Bandar seperti mereka yang lain. Kesemptaan itu digunakan Ibrahim untuk menghancurkan kesemua patung sembahan kaumnya kecuali Patung yang Besar sekali. Patung yang paling agung di sisi kaumnya.

Semua penduduk pergi ke Pesta (gambar hiasan)

Kemudian, apabila diketahui umum yang perbuatan itu angkara Ibrahim. Mereka berkumpul dan mahu semua orang untuk menyaksikn pengajaran yang akan diberikan pada Ibrahim. Manakala bagi Ibrahim, inilah saatnya yang terbaik untuk membuktikan kerasulannya.

Lalu berlakulah dialog antara mereka dan Ibrahim;

“Apakah yang telah kau lakukan pada tuhan-tuhan kami, wahai Ibrahim?”

Jawab Baginda, “Sebenarnya patung besar ituyang melakukannya, maka tanyalah padanya, jika Dia dapat berbicara.” (Al-Anbiyak)

Tersentak mereka. Mereka tertanya-tanya, perlukah bertanya pada patung tersebut. Argh, bukankah patung tidak berbicara. Eh, mengapa pula aku menyembahnya kalau begitu. Kepeningan.


Tambah lagi, kenapa perlu bersusah-susah membina, mengukir, dan membentuk patung-patung itu kalau akhirnya perlu dijadikan sembahan. Manakah yang lebih baik, yang membina atau dibina? Yang mencipta atau dicipta? Kenapa pencipta perlu menyembah ciptaannya sendiri? Bercelaru sekali fikiran mereka.

Akhirnya, dalam kebingungan, mereka berhenti berdebat kerana tiada bukti yang menyokong sandaran mereka itu. Mereka datang dengan kesimpulan, Ibrahim wajar diajar secukupnya. Mereka mahu Ibrahim dibakar hidup-hidup!

Mereka mengumpulkan timbunan kayu-kayu api yang diletakan ke dalam landaian daratan yang berbentuk seperti mangkuk. Lalu menyalakan api. Api itu semakin menyala dan marak sehingga dikatakan kelihatan seperti menyentuh kaki langit.

Catapult dibuat hasil ilham seorang lelaki Kurdish bernama Heezan. Allah mengarahkan bumi menelan Heezan dan dia tenggelam ke dalamnya hingga ke hari Pembalasan. (gambar hiasan)


Ibrahim diikat dn dimasukkan ke dalam catapult yang akan melontarkan Baginda ke dalam nyalaan api tersebut.

Sebahagian ulama’ menyatakan, semasa Ibrahim berada di atas udara ketika dilontarkan, datang Malaikat Jibril dan bertanya, “Mahukah kau, wahai Ibrahim, aku berikan apa-apa bantuan.” jawab Baginda,"dari kau? tidak."

Dan juga Malaikat yang menurunkan hujan bertanya, “Mahukah kamu aku arahkan diturunkan hujan memadamkan marakan api tersebut?”

Tetapi, perintah dari Allah s.w.t lebih cepat dan mengatasi segalanya. Allah lebih menyayangi hambanya yang Soleh.

“Allah berfirmn; Wahai Api, jadilah kau dingin, dan penyelamat bagi Ibrahim.” (al-Anbiyak)


Dikatakan Jibril a.s. menyapukan peluh dari muka Ibrahim. Baginda tidak berasa apa-apa melainkan sedikit peluh itu.

Juga, Nabi Ibrahim berdoa supaya ibunya tidak dicederakan daripada kepanasan Api itu. Ibunya sempat memeluk dan mencium Ibrahim sepanjang selama 40 atau 50 hari baginda dibakar hidup-hidup di dalam api yang sangat panas itu.

Dalam satu Hadis riwayah Imam Ahmad;

“seorang berjumpa Aishah dan ternampak tombak di rumahnya. Lalu bertanya, “Wahai Ummu Mukminin, apa yang kau lakukan dengan tombak ini? Aishah menjawab, “Kami gunakannya untuk membunuh cicak-cicak rumah kerana Baginda s.a.w. pernah bersabda; ‘Semasa Ibrahim dicampakkan ke dalam api, tiadalah binatang di dunia ini melainkan mencuba memadamkan api tersebut kecuali si cicak, yang mana cuba untuk menambahkan kemarakan api tersebut.’”

hah, dah lama cari hadis ini. Pasal sunat bunuh cicak... jumpa pun..

name saintifik cicak --> gecko (gambar hiasan)

p/s; tengah nak habiskan bacaan kisah nabi Ibrahim dari tafseer ibn kathir…

Sajak Palestina; Dua Mata



Hasil nukilan akh Fuad Jamil dan akh Hazim Azhar
Dideklamasikan oleh akh Fuad pada program Roadshow Aman Palestin 2009, Mesir.

Talkshow 'Kerjaya Perubatan & Misi Kemanusiaan'


Klik untuk paparan sebenar

Wallpaper Bulan Zulhijjah






dan banyak lagi.. klik di sini

Roadshow & ToT Promo Video

Tunjukkan Sokongan Anda kepada Rakyat Palestina!!!

Klik Gambar Untuk Paparan Sebenar

Masihkah ada 'Sekularism' dalam diri kita?


Seringkali kita mendengar pemisahan agama daripada pentadbiran, politik, siasah dan sebagainya. Ini disebut sebagai system secularism. Sistem yang tidak islami dan berkehendakan wujudnya pemerintahan dengan tugasnya tersendiri, dan golongan agamawan dengan urusannya tersendiri. Tidak ada campur tangan urusan golongan agamawan dalam bidang pentadbiran dan begitulah sebaliknya.

“…Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat...”(al-Baqarah:85)

Mungkin ramai yang memahami tentang perkara ini.

Tetapi, amat malanglah bagi kita yang tidak mengerti atau menghayati pemisahan agama dalam kehidupan seharian. Islam hanyalah ketika bersolat, mendengar ceramah, menghadiri usrah dsb.

Islam yang seharusnya difahami adalah Islam yang bersifat Syumul. Bermula dari mengangkat kelopak mata sehinggalah menutupnya kembali. Bahkan, saat tertutupnya kelopak itu pun termasuk dalam Islam.

Orang yang memahami Islam bukan hanya sekadar semata-mata ketika bersolat atau mendengar khutbah saja memahami;

1. Perlunya menunaikan perkara-perkara sunat dan beramal dengan ilmu yang dipelajari,

2. Perlunya menjaga akhlak dan menjadi qudwah masyarakat,

3. Perlunya berkata benar dan bersifat as-Sidqu,

4. Perlunya menasihat dan bersedia untuk dinasihati,

5. Mencegah diri dari kemungkaran diantara waktu solat hasil pemahaman solat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar(lebih-lebih lagi ketika bersolat), dan

6. Sentiasa memikirkan cara untuk menghidupkan Iman dan menyemarakkan Ukhuwah Islamiah.

Moga-moga kita sentiasa mendapat penjagaan Allah swt untuk beramal. Doakan penulis sentiasa berusaha menyempurnakannya agar tidak termasuk gologan yang dimurkai oleh Allah; golongan yang berkata perkara-perkata yang tidak dilakukannya. Ws.

Semangat.


Ceramah-ceramah(Ust Fauzi dan DSAI) tempoh hari memberikan banyak gambaran tentang Malaysia. Dari sudut suasananya, dari sudut keselesaannya, dan dari sudut kepincangan institusi atasannya. Sukar untuk merumuskan kesemua secara sekaligus.

Apa yang dapat dijadikan sempadan ialah bagaimana semangat yang dimiliki oleh para pemuda begitu hebat hingga boleh melonjakkannya ke persada paling atas. Tetapi awas, semangat ini juga boleh menyebabkan apabila pemuda itu jatuh tersungkur membenam diri terus ke dasar bumi.

Persoalan yang timbul, adakah segala semangat kepemudaan itu lahir benar-benar dari kekuatan dalaman yang sejati. Yakni dari Imannya kepada Allah. Atau semangat itu datang daripada benak hati yang betul-betul dipenuhi nafsu amarah semata-mata. Pernah ketika Saidina Ali ra ingin memancung seorang kafir yang berjaya ditawannya, lalu kafir itu meludah kemuka Ali. Beliau terus membatalkan hasratnya itu kerana bimbang beliau memancung kafir tadi kerana nafsu marahnya itu.

Lagi, mungkinkah semangat yang hebat itu datang dari suasana perjuangan yang begitu mantap di bumi perang ini. Suasana yang diangkat-angkat seperti gerombolan tentera berkuda yang dimainkan paluan muzik-muzik bagi menaikkan semangat pejuang tersebut. Dan apabila reda suasana itu, maka kesemua tentera gagah perkasa tadi menjadi lembik dan hanyut ditelan zaman canggih telunjuk barat. Akhirnya, sekembalinya ke tanah air, terus sibuk dengan isteri, anak beranak, hilang segala panji-panji yang dicanang selama ini.


Begitulah pentingnya untuk aktif dalam membuat keputusan. Keputusan yang dicapai bukanlah hasil pengaruh yang buruk dari persekitaran. Jika ingin Islam cemerlang, teruskan cemerlang dalam bidang yang kita ceburi. Jaga setiap sudut yang kita kawal. Supaya musuh-musuh tidak dapat menyerang apatahlagi menjenguk disudut kita. Ambillah keputusan untuk menjadi cemerlang.. cemerlang yang dimaksudkan dari semua aspek, termasuk ilmunya, akhlaknya, pergaulannya dsb…

Begitu ramai remaja-remaja kini yang memandang jauh ke hadapan. Misinya, semangatnya jauh mengalahkan orang lain. Malangnya semangat yang berkobar-kobar itu hanya menjadi hangat-hangat tahi ayam jika terlupa untuk bermula daripada dirinya sendiri. Sungguh mantap mengharapkan kesemua umat manusia untuk berakhlak mulia, patuh tuntutan agama, tetapi jika kita sendiri tidak memulakan, serupa termenung jauh ke bendang, mengharapkan hasil tumbuh sendiri untuk dituai.

” Tegakkan daulah Islam dalam diri kamu, Islam akan tertegak dibumi kamu” (Mustafa Masyhur)


p/s; maaflah.. banyak sangat bersastera.. moga-moga kita semua terus thabat nak tegakkan agama Allah..
Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template