"Wah, tengoklah betapa ramainya orang yang datang singgah ke pasar raya tu."
"Oh patutlah, ada diskaun diberi pada setiap barangan yang dibeli."
"Eh, Rugi ni kalau tak pergi."
"Hmm..."
Agaknya itulah tabiat manusia yang sentiasa berkejar sini-sana dek nak dapatkan harga barangan yang murah. Bukannya apa, ekonomi sekarang ini dahlah tak menentu, kalau silap-silap belanja, aniaya jawabnya.
Aduh, mungkin ramai antara kita yang pantas mengetahui tempat-tempat atau masa-masa yang mana adanya diskaun diberikan. Tapi tak ramai yang tahu bahawasanya Allah s.w.t. juga selalu memberi diskaun kepada hambaNYA dengan membuka seluas-luasnya pintu rahmatNYA pada waktu-waktu tertentu.
Contohnya berapa ramai antara kita yang sedar bahawa
kita sekarang berada didalam 10 hari pertama dalam bulan Zulhijjah.
Hari-hari yang mana Allah melebihkan amalan yang dilakukan hambaNya melebihi mana-mana amalan hinggakan dikira menghampiri taraf berjihad di jalan Allah dengan sebenar-benarnya.Dalam sebuah hadith;
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda,"Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini(10 hari Zulhijjah). Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun."Ayuh, marilah sama-sama kita merebut diskaun amalan yang ditawarkan oleh Allah s.w.t yang Maha Pemurah. Moga-moga ia diterima sebagai saham kita di akhirat kelak.
p/s: ish, banyak wajibat tak habis lagi ni..
7 comments:
mantap2
musim sale..
dan musim poket kering..
serta musim dompet lunyai..^_^
erm..kalo sale kt shopping complex kne ade modal..
modal - barang2 = kepuasan
tp kalo sale Allah bagi..
kudrat - ibadah = pahale n syurge
hehe..
erm.. diskaun dah ade..tinggal nak beli je..
masalah masyarakat YANG DAH TAU DISKAUN ialah.. takde kuasa membeli..atau taknak berkuasa membeli..
tau je ade diskaun.. membelinye malas..
takke namenye inflasi??~~ bajet ayat ekonomi~
~saya puasa..anda?..mari!
mukmin!
anda telah di tag..
kalo rase ade kelakian lagi silalah ke blog saya dan terima dengan tapak tgn yg kecil..
:P
sale kat shopping complex.. kalau nak harga murah kenelah pergi ke sana.. bukan goyang kaki je.. setuju?
syukran kpd yang mengulas
Post a Comment