Rintih Hati ini!

“Ya Allah, bantulah orang-orang Islam, Muslimin, serta para MUJAHID di Palestin dan Gaza.”


Merujuk apa yang berlaku di bumi suci umat Islam, Baitul Maqdis. Kiblat yang pertama. Tempat berlakunya peristiwa Israk Mikraj.

“Ya Allah, janganlah engkau ambil GAZA atas kelalaian(dosa-dosa) kami.”



Dosa? Apa yang telah aku lakukan? Aku berdoa. Aku bersedekah. Aku membaca berita.

Tetapi tetap aku tak merasai dekatnya pertalianku dengan saudara-saudara di sana. Tetap aku tak dapat mengaitkan perananku dalam perjuangan para syuhada’. Tetap aku tak rasai semua ini ujian daripada Allah atas kerosakan yang aku lakukan atas bumi milikNya. Aku orang Islam yang masih tidak menjaga solat jamaah, bacaan quran, puasa, solat malam, sedekah…

Hubungan aku dengan tuhanku amat jauh. Lalu aku berdoa. Ke manakah perginya doaku? Di atas angin-angin, atau di kaki-kaki bukit, atau di puncak awan, atau sekadar di lapisan-lapisan langit.

Bagaimana pula dengan rakan-rakanku?


“Ya Allah, BANGKITKANLAH umatku yang sedang tidur!”




Allah menghantarkan bantuan ribuan (malahan mungkin jutawan atau tak terkira) malaikat bagi menggempur musuh-musuh di medan Badar yang jauh lebih 3 kali ganda daripada tentera muslimin. Bagaimanakah mereka mendapat bantuan tentera-tentera Allah? jawapannya kerana mereka telahpun mencapai tahap minimum untuk LAYAK menerima bantuan daripada Allah.

Aku juga mahu layak menerima bantuan Allah, begitu juga rakan-rakanku. Maka, harusnya aku berusaha saling tolong-menolong untuk lakukan kebaikan. Saling ingat mengingat tentang menjaga Islam, Iman, dan Ihsan... Bukan tolong menolong ke arah kemaksiatan...

Mari kumpul hati-hati kita untuk bertaut dalam cahaya iman dan ukhuwah sepertimana Rasulullah tautkan kaum Muhajirin dan Ansar. Lalu membentuk umat yang kuat dan kental. Biar apa-apa ujian datang melanda. Biar Amerika Syarikat. Biar si Zionis Laknat! Akan kita tempuh dengan bantuan dan redha Allah s.w.t. Dan akhirnya mendapat tenang untuk melangkah ke syurga milik yang Maha Esa. WS.

MUJAHID.GAZA.BANGKITLAH.

5 comments:

eizaz said...

erm,aku pn rase cm2 owh mukmin,aku cm xrase tali persaudaraan seIslam, pdhal da dga cte byk da psl dorg kne...
YA ALlah, kau berikan sekelumit rasa kasihan dalam diri ini..

Mukmin bin Mohd Khairi said...

sbb tu asas tautan muslimin.. iman dan ukhuwwah..

"tiada iman tanpa ukhuwah, tiada ukhuwah tanpa iman"

Anonymous said...

perlukah kasihan kpd mereka?
bukankah KITA sendiri yg sewajarnya d kasihani?
mereka semakin hampir dgn syarat kemenangan,keimanan dan ketaqwaan yg tinggi
mereka juge hanye ada 2pilihan,syahid atau menang
tp kita?

huhu*sekadar luahan hati*

Anonymous said...

rasa kasihan..

ada dua, pada rakyat palestin, atau pada semua umat islam..

Mukmin bin Mohd Khairi said...

“Medan kata-kata tidak sama dengan medan amal. Medan amal tidak sama dengan medan Jihad. Medan Jihad yang salah tidak sama dengan medan Jihad yang Sahih yang berhasil lebat dari pengorbanan yang minimal dan optimal” (Hasan Al-Banna)

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template