Murnikan Niat
Perkongsian Berharga berhajat kepada keikhlasan menggunung...
Sebegitu juga pemberinya, sebegitu juga penerimanya,
masing-masing perlu ikhlas.
Ucap Penulis
- Mukmin bin Mohd Khairi
- Untaian mutiara yang mengalir dari lisannya yang bahkan hampir tak terdengar selalu mampu membangkitkan semangat para pejuang, selaksa hikmah yang beliau ajarkan bahkan selalu mampu mencetak para pejuang baru yang siap menjadi pelanjut juang di tanah para Nabi itu (memori Sheikh Ahmad Yassin, 22 mac 2004)
Dikejar Anjing!
Termasuk hari itu, sudah tiga orang daripada ahli-ahli beit(rumah) kami yang telah dikejar anjing. Sebenarnya terasa agak janggal juga sebab anjing-anjing di mesir biasanya tidaklah seaktif anjing-anjing di tanah air. Tidak tahu sebab yang betul-betul persis tapi mungkin juga kerana sikap orang Arab yang agak aggresif, menyebabkan anjing-anjing itu menjadi agak pasif dan kelihatan lemah. Tapi mungkin juga kerana ia berlaku pada waktu subuh, dikatakan waktu anjing-anjing meliar merayap-rayap mencari sesuatu untuk santapan.
“enta bolehlah cakap, belum kena lagi. Mahu kencang nafas dibuatnya,” seorang sahabat kata padaku.
“ish.. enta jangan doa ana kena pula sudahlah.”
“ana doa enta tak kena.. insyaallah, hehe”
Subuh itu seperti biasa, aku turun untuk ke jami’ tanpa kaca mata. Selepas mengambil wuduk, memasang selipar pada kakiku lalu terus bergegas ke masjid sedikit terlewat dibelakang si mangsa yang ketiga. Dia yang berada kira-kira 50 meter dihadapanku berjalan agak pantas ke Masjid Abu al-Ala’ yang tidak jauh dari beit kami.
Suasana agak kelam, cuma diterangi sinar cahaya malap yang datang entah dari mana. Di situ, dari jauh lagi, kedengaran nyalakan anjing yang semakin kuat kedengaran. Aku menganggarkan tak kurang dari 5-6 ekor anjing yang menggila. Agaknya kerana kuasa kanta cembungku yang boleh dikatakan agak tinggi menyebabkan penglihatanku agak kabur. Kemudian, dalam keadaan yang mencemaskan, aku terdengar jeritan lelaki yang kuyakini itulah sahabatku tadi. Dia berlari kencang menuju ke arahku. Tanpa berfikir panjang aku terus menggerakkan tubuhku menyelit di sebalik deretan kereta yang berada di sepanjang tepian jalan. Sahabat tadi bersama-sama anjing-anjing itu terus melepasiku. Aku menarik nafas lega sebentar.
“enta ini memang bernasib baik sajalah.. Allah nak tolong.”
“Alhamdulillah..” syukurku.
Petang itu aku berbual dengan seorang sahabat dari Indonesia melalui ruang maya chit chat. Aku meluahkan, apabila mengenangkan kembali, bukan sekali dua, tapi sudah tiga orang yang kena kejar, nak pecah perut juga tergelak. Habis menggeliat seluruh usus perut bila bercerita kembali kisah subuh itu. Aku tertawa sendirian.
Tapi, lain pula perasaan sahabatku itu. Beliau begitu tersentuh sehingga menitiskan air mata. Katanya, besar sungguh pahala antum(kalian). Diuji dengan pelbagai ujian untuk menunaikan ibadah pada Allah. Jika di tahap permulaan Islam dahulu, betapa ramai sahabat yang dihalangi akidah mereka untuk mentauhidkan Allah. Iman mereka di uji dengan pelbagai cobaan dan seksaan dari pihak Kafir Quraisy. Kita lihat bagaimana Bilal r.a. dihempap dengan batu besar di atas tubuhnya kerana mengesakan Allah swt. Khabbab r.a. disalai di atas api hingga menitik cair lemak dari tubuhnya kerana Islam. Ammar bin Yassir pula kehilangan kedua orang tuanya dengan seksaan yang begitu dahsyat sekali.
Dikenang sejarah Zainab al-Ghazali pula, seorang wanita aktivis dakwah yang ditangkap oleh pemerintah yang terlampau zalim kerana kerja-kerja dakwahnya lalu dihumbankan ke dalam penjara. Kemudian, dilepaskan ke dalam penjara itu anjing-anjing meliar yang teramat garang dan kelaparan, menyerbu ke arah srikandi Islam tersebut. Tetapi, dengan kuasa Allah swt, anjing-anjing itu dengan tiba-tiba menjadi pasif, dan tidak menyentuh apatahlagi menggigit tubuh Zainab. Subhanallah!
Berbalik pada ceritera anjing tadi, beliau menambah, cukup beruntunglah kita. Kita yang mana telah melepasi selimut berkulit khinzir, kita yang telah melepasi lingkaran rantaian syaitan yang berlingkar-lingkar panjangnya untuk bangun bersolat subuh dan bersegera menunaikannya berjemaah di masjid. Dan juga, apabila diduga dengan anjing-anjing untuk melemahkan kita dari menunaikan ibadah yang sempurna kepada Allah swt.
Rasulullah saw bersabda;
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Waktu Malaysia
Waktu Mesir
Laman Pilihan
-
-
-
-
Pertemuan dgn Tun Fairuz7 years ago
-
TABAYYUN vs TASABBUT8 years ago
-
-
Gagasan perpaduan masyarakat Melayu Islam10 years ago
-
Syiah Bukan Isu Perpaduan… Tapi Aqidah11 years ago
-
Adakah Saya Seorang Pendakwah11 years ago
9 comments:
huhu...comel plak gambar2 anjing kat ats ni...klu kene kejar mcm nak lari sebelah2 je..huhu...
haha... setuju2! rasa cam nak lari sbelah2 je... huhu
Jangan diungkit lagi tentang anjing..
Haha~
Huih... lepas bace entry ni, rase beruntung pulak.
Nak kene kejar anjing lagi!
Nak kene kejar anjing lagi!
(tengah mengade2)
*Pst mukmin; nta tunggu turn k, ana rase x lame lagi. =P
Eh jap2..
kalau tak silap anjing tu warne itam, suare kuat, ade kudis sikit kat kepale.. (Tengok sekali rase nak luku)
Ni apsal cute sgt anjing die?
lari sebelah? bersama-sama ke?
ni kes terpencil ni. harap2 tak merebak ke ayir lak. :)
wet..len kali ko lari merangkak..bru die xkjr...ahahahaa...graw2 jeh
Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)
tak seram ke wahai anjing..!!
salam...
lor..tu anjing la, bukan manusia..tkde akal
hurm..apepun....moga Allah menganjari setiap langkahan tapak kaki kita utk menuju rumah Allah ketika ramai lg manusia sdg nyenyak dlm buaian mimpinya...
tapi mmg seram kene kjar anjing bulldog(mcm anjing polis mesir yg kt metro tu)
Post a Comment