Hati mana yg tak rasa SEDIH?!



Ya Allah, bantulah saudara2 kami di seluruh dunia..

Ya Allah, kuatkanlah, kukuhkanlah pegangan kami pada AgamaMu..

Ya Allah, ikatlah antara kami dengan ikatan akidah dan ukhuwwah dan jauh dari ikatan pangkat, keseronokan, dan kebendaan.. amin ya rabb!!



Wahai ummat Islam, janganlah kiranya kamu melebihkan neraca diri berbanding neraca agama. Bak kata pepatah melayu, "menang sorak, kampung tergadai". Lebihkan pandangan Allah berbanding pandangan manusia..

"Apakah pandangan anda tentang orang yang berbalah tentang kaedah terbaik untuk memadamkan api ketika rumah yang berpenghuni sedang dijilat oleh api yang membara ganas?" (DR Zainur Rashid)

Sultan Muhammad al-Fateh



Suatu hari Rasulullah s.a.w. bersabda ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”


Pada solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda Sultan Muhammad al Fateh memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.





Lihatlah pemuda-pemuda Islam kini, peribadinya rosak, matlamatnya tak jelas. Paling hebatpun, dia nak mendapat kebaikan untuk dirinya sahaja. Adapun yang menjadi ketua pasukan sorak yang menonton dari bangku orang ramai, tidaklah termasuk dikalangan pemain simpanan pun.

Kita berdoa semoga Allah menjadikan kita dikalangan hambaNya yang soleh, dan menjadikan idola teladan kita di kalangan orang-orang Soleh pembawa profesion dakwah dan para ulama’. Dan bukan di kalangan artis-artis atau pemain-pemain bola yang tak tentu lagi mana hala tujunya.Ws.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ar Rasul Qudwatuna..


Sahabat-sahabat yang dihormati Allah s.w.t. sekalian,
Satu persoalan di sini? “Adakah kita benar-benar mencintai Nabi saw?”

Soalan ini bukanlah memerlukan jawapan yang keluar daripada mulut kalian tetapi jawaplah dengan hati sanubari masing-masing.

Kerana jawapan ‘ya, saya mencintai Nabi saw’ berhajat kepada beberapa wajibat(tugasan): dan seseorang itu sebelum meuar-uarkan kecintaannya itu, perlu dahulu menjawab, “Adakah aku selalu mengingati Nabi saw?”

“Adakah aku merealisasikan apa yg diseru olehnya?”

“Adakah aku menyelusuri sirah Beginda yang cukup berharga?”

“Adakah semua perintahnya berdasarkan pendapat dan hawa nafsu semata-mata?”

Dan jika membuat bancian ke atas pemuda-pemudi zaman ini, agakya berapa ramaikah yang akan menyebut, “Idola aku sepanjang hayat hanyalah Rasul saw, pembawa khabar gembira ke sekian alam!”

Maka, kecintaan kepada Nabi saw ini amatlah penting sebagai “Ramzun” atau mercu seseorang itu mengambil Baginda saw sebagai ikutan sepanjang zaman.

Kenapa Rasulullah saw?
1. Kerana bagindalah yang telah terplih dalam kalangan berbillion manusia sebagai utusan Allah saw.
2. Kerana hebatnya baginda saw kerana berjaya mengubah dunia jahiliah yang cukup merosakkan kepada sebuah tamadun yag hebat dan manusia dapat merasakan hakikat akhlak mulia yang perlu ada dalam setiap diri kita..

“Inna ma bui’thtu liutammima makarimal akhlak..”(Sesungguhnya, aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak manusia sejagat)

Perubahan daripada Masyarkat jahiliah yang tak ada apa-apa nilai, kepada Masyarakat bertamadun dan berakhlak mulia dalam masa yang singkat iaitu tak sampai 20 tahun.

Dan akhirnya, kita lihat manusia pada hari ini seolah-olah mula kembali semula ke zaman jahiliah, gara-gara masyarakat tidak menjadikan Nabi s.a.w. sebagai qudwah untuk diikuti.

Kita tengok simptom-simptom Zaman Jahiliah, semuanya sama, malah ada yang lebih teruk pada dunia kita pada hari ini…




Dahulunya, penduduk jahiliah menanam bayi perempuan hidup-hidup, kini kita lihat kes-kes buang bayi yang tak kesudahan. Perhambaan sesame manusia. Seperti manusia zaman millennium ini yang bertuhankan hawa nafsu dan syahawat. Perempuan-perempuan pada zaman jahiliah seolah-olah sampah sarap yang boleh diperlaku sesuka hati dan tiada harga nilaiannya samalah seperti gadis-gadis zaman kini yang telah dieksploitasi dan ditelanjang bulatkan dengan pakaian ketat, konyak-konyak dll.

Jadi, apakah resolusi kita pada hari ini?

Bagaimanakah kita dapat menjadikan Nabi s.aw sebagai contoh ikutan?

1. Seperti yag ternyata dalam hadis, Saidatina Aishah r.a apabila ditanya mengenai akhlak baginda saw, Aishah menjawab, “Kana khuluquhu al-Quran”. Jadi tak mesti tidak, kita perlu mandalami al-Quran untuk mengenali akhlak baginda saw. Tapi awas, bukan al-Quran itu sepatutnya sekadar dibaca, dihafal dan dijadikan hiasan di dinding-dinding rumah kita, tetapi kita perlu beramal dengan ayat-ayat al-Quran. Rasai seruan “ya aiyuhal ladzina amanu” adalah terkena ke atas muka kita, lalu terus menyahut dengan “ya, Ya Allah” atau "ya, aku di sini ya Allah".. Firman Allah swt:

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (Ali Imran:103)

2. Keduanya, belajar daripada sirah Nabi saw. Dengan itu kita dapat ketahui bagaimanakah Nabi membina Rijal-rijal dakwah. Tahu bagaimanakah nabi saw menunjukkan contoh yag paling sempurna dalam pelbagai sudut, sebagai seorang Ayah, Suami, guru dan anak murid. Juga, hebatnya jati diri Nabi saw yg telah terputus silah kekeluargaannya di atas, di bawah dan ditepinya. Baginda telah kehilngan ayah sejak kecil lagi dan ketika berusia 4 tahun, ibunya pula meninggal dunia. Kemudian beginda tiada adik-beradik, dan juga anak-anak lelaki Nabi saw telah meninggal sejak kecil lagi. Tetapi bagaimanakah manusia yang terputus silah kerabatnya ini dapat membangkitkan kekuatan ummat,menyebarkan Islam yang pada akhirnya tersebar ke hampir 2/3 dunia.




3. Dan akhir sekali untuk kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar nabi saw. Firman Allah taala:

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi s.a.w. Wahai orang-orang beriman hendaklah kamu berselawat ke atas Nabi dan mengucapkan salam kepadanya sebenar-benar salam."(Al-Ahzab: 56)


Moga-moga kita termasuk dalam kalangan golongan yang menjadikan Nabi saw sebagai qudwah dan ikutan sepanjang hayat. Juga semoga kita tergolong di kalangan mereka yang mendengar kebaikan maka melaksanakannya. Dan juga, supaya kita tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat minuman telaga Rasulullah saw, yang mana kita tidak akan haus selamanya dengan minuman tersebut. Ws.

Tempahan Korban

Voice of Students; towards Mumtaz!!



kdt to Hazim Azhar

Jemputan Ramah Mesra Presiden ISMA

Iklan dan Jemputan Umum





klik imej untuk gambaran yang lebih jelas

Mengenal Hakikat Sabar


gambar hiasan


Ingat tak kisah Nabi s.a.w di permulaan dakwah, baginda diejek, dipersenda, digelar ahli sihir, tukang tilik, orang gila dan banyak lagi. Tetapi, alangkah mulianya kekasih Allah ini, bukan sekadar tidak membalas, bahkan baginda s.a.w. mendoakan bagi orang-orang yang mengherdiknya ini.

Sabda Rasulullah saw;
Allahumahdi qaumi fainnahum la ya'lamun
“Hai Tuhanku, berikanlah hidayah kepada mereka kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

Allah, alangkah mulianya peribadi Nabi s.a.w.

Bahkan diceritakan di sini, Nabi Nuh a.s. pula bersungguh-sungguh menyeru kaumnya kepada Agama Allah. Baginda bertahan selama 950 tahun walaupun kaumnya berpaling daripadanya dan mengganggunya.

“Nuh berkata: Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siangmaka seruanku itu hanyalah menambahkan merekalari (dari kebenaran). Dan seseungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni meraka,mereka memasukkan anakjari mereka ke dalam telinganya dan menutup bajunya (ke muka) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan sangat. Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka kepada iman dengan terang-terangan kemudian aku (menyeru) mereka lagi dengan terangan dan dengan cara rahsia.” (surah Nuh)

Demikian kesungguhan dan kesabaran Nabi Nuh as tatkala menyeru kaumnya kepada Allah siang dan malam, secara rahsia dan terangan tanpa jemu dan putus asa.



Adapun kita mendapat ibrah dari kisah Nabi Yunus yang meninggalkan kaumnya dengan perasaan marah kerana merekaberpaling daripadanya dan tidak menyambut seruannya . Lalu Allah memberikan pengajaran kepadanya yang ditelan oleh ikan Nun.

Begitulah,tanpa kesusahan dan kepayahan, jarang sekali manusia mengenal erti kesabaran. Dan ramai juga yang kecundang dengan keadaan sukar ini dengan lentingan dan selubung nafsu amarah.

Kesediaan untuk menerima kesusahan dan kesengsaraan termasuk bala’ dan bencana asalkan bukan neraka, merupakan suatu prospek yang besar membezakan seseorang individu dengan individu yang lain. Adapun bagi mereka yang seronok dengan kesenangan dan kelapangan, ketenteraman warna suasana penuh kerihatan,ini akan melalaikan kita tentang tujuan sebenar kita menyinggah di bumi sementara ini. Lalu mereka terus hanyut dan tersungkur atas semangat dan kata-kata mereka sendiri.



Firman Allah Taala;
“ Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya. “ (al-Kahfi:104)

Who is the real enemy you're facing right now?


Saladin's victory over the Crusader in the Battle of Hattin on 4th July 1187/ Ramadan 583H, on the verge to undercover a long running occult-organisation beyond the christian side, the Freemasons. The story of nine Knights of the Templar which later turn into Masons and their other byproducts, such the Illuminati and the Rosicrucians, so and so.

Their intention still the same to replace monotheistic religions like Christianity and Islam with pagan belief systems and a materialistic worldview .

The 'New World Order', 'Death is an Eternal Sleep', 'Eroterion', 'Depopulation', 'Hedonism', 'Humanism', 'Socialism', 'Materialism', are their long listing of succeeding ideology...


Then, who is the real enemy you're facing right now?

p/s; Pembentangan tajuk Perang Hitin, Ketokohan Salahudin al-Ayubi dalam Siri Kelas Tarikh Islami ISMA-Mesir, bertempat di Dewan Rumah Negeri Sembilan, Hayy Sabi' pada jam 4.30pm-6.00pm, 30 Ogos 010.

Daulah Islam


” Tegakkan daulah Islam dalam dirimu, nescaya Islam akan tertegak di bumimu” (Mustafa Masyhur)

Apa yang dapat difahami, tak mesti tidak, hanya jalan mendidik (tarbiyah) sahajalah jalan yang paling selamat dan rabbani supaya Islam itu tertatbiq(aplikasi) di seluruh alam. Tarbiyah bukan sekadar proses pengajaran di kelas-kelas, tapi tarbiyah ialah suatu proses kehidupan yang berhajat kepada SISTEM pemahaman Islam yang syumul (menyeluruh). Jadi, selain al-Quran dan as-Sunnah sebagai asas masdar(sumber) Islam, perlu juga kepada asas-asas UNTUK MEMAHAMI agama Islam..

Apakah yang dimaksudkan dengan asas-asas untuk memahami Islam?

Yang saya maksudkan ialah ilmu-ilmu berkaitan kaedah Mengubah diri dan Merubah manusia di sekeliling. Kedua-dua kaedah ini perlu berjalan seiring untuk memastikan kesempurnaan kedua-duanya. Ia disebut sebagai fiqh Dakwah seperti dalam karangan Ust Mustafa Masyur tersebut.

Kita kini, berhajat kepada Sistem Islam yang syumul bagi menenggelamkan system jahiliah dan kuffar yang meracuni pemikiran umat Islam keseluruhannya. Dalam teori kebangkitan ketamadunan, sesuatu tamadun hanya akan diganti dengan ketamadunan yang lain dengan 2 keadaan iaitu lemahnya ketamadunan yang sedia ada, dan kuatnya tamadun yang ingin menggantinya itu.

Contohnya; dalam dunia global yang menyaksikan penguasaan Amerika bersama 'tangan-tangan' Yahudi-Zionis di peringkat antarabangsa. Sungguh 'ketamadunan' Amerika ini sedang mengalami kebejatan defisit ekonomi sangat parah dengan pergantungan kepada penguasaan bank-bank dunia sahaja selain pengeksploitasian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB). Tambahan pula, ‘akhlak’ generasi baharu mereka mengalami keruntuhan moral teruk dengan aktiviti sex bebas membawa kepada kehancuran institusi kekeluargaan, dan kepincangan modal insan.




Tetapi, sungguhpun tamadun ini semakin lemah dan semakin hancur, jika tiada ketamadunan yg lebih kuat dididik dan dibina untuk menggantikan mereka, serupalah seperti merenung jauh ke bendang, mengharapkan hasil tumbuh untuk dituai. Ya, tiada maknanya..

Dalam nak menukar sistem, ada peranan kita selaku pelajar, mahasiswa dan orang muda. Pekerjaan kita bukanlah menabur fitnah, menggelar-gelar dan sebagainya, tetapi kerja kita ialah menjaga akhlak (jadi soleh), dan ajak orang lain untuk menjaga akhlak(musleh). Tegur sahabat kita yang ghibah(umpat), fitnah, tajassus(intip kesalahan)..juga bentuk biah solehah.. baca quran, qiamulail, juga kesan kawan untuk berqiamulail.. jadi, kita perlu berkawan, dan perlu buat kawan sebab tahu kawan tu penting untuk pembinaan biah solehah.. berkawan merentasi usia(batch), bidang pengajian, kenegerian, kesekolahan dll.. buat checklist, seminggu, berapa ramai kita berkawan, berapa ramai kita saling menasihati dan banyak lagi.

Langkah-langkah menukar system yang sedia ada, bukanlah hanya boleh tercapai jika kita berkuasa, sebab syariat(sistem) islam itu sendiri pun hanyalah menYEMPURNAkan hadaf/tujuan menegakkan islam.

"Innallaha yaziu' bilsultan ma la yaziu bil quran. (Allah menyempurnakan urusannya dengan kekuasaan, apa yang tidak dapat diselesaikan dengan quran)."

2 perkara, selain mandat, perlu juga syaukah (kekuatan ummat)..

Nak bina negara yang berasaskan RISALAH ISLAM, kita perlukan umat yang PAHAM RISALAH, dan menjadi PENDOKONG RISALAH. Jadi, perlu kepada kerja-kerja mentarbiyah masyarakat, mengubah masyarakat tentang tujuan hidup, yang bukan sekadar hendak bermewah-mewah dengan rumah yang besar, isteri-isteri cantik, anak-anak yang ramai, makanan mahal-mahal…



"Zuina linnasi hubbusy Syahawati minan nisa’i wal banina wal qanatiril muqantarati minadzahabi wal fiddah.. (Dijadikan indah pada pandangan manusia itu, kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu, wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak,kuda pilihan,..)" (Surah ali Imran)

Tujuan hidup yang perlu difahami ialah hakikat alam yang satu lagi, iaitu alam barzakh. Di situ terdapatnya syurga abadi, hakikat hari pembalasan, pahala dosa, tingkatan-tingkatan syurga neraka dll.

"Sesungguhnya orang yang hidup untuk kepentingan diri sendiri semata-mata, mungkin dapat mengecapi hidup damai dan tidur nyenyak. TETAPI, ia hanya hidup sebagai orang KERDIL dan mati sebagai orang KERDIL juga. SEBALIKNYA, orang yang BESAR memikul beban yang BESAR ini yang tidak punya tidur, tidak punya masa bermain2, tidak punya hamparan yang hangat gebu, tidak punya timbunan harta, perabot mewah megah, dan tidak punya hidup bersenang-lenang" (Almarhum As-Syahid Sayyid Qutb)

Sudah semestinya yang diimpi oleh setiap manusia untuk berada di syurga tertinggi, jannatul Firdaus al-a’la, tapi yang paling utama tak lain tak bukan ialah REDHA ALLAH subhanahu wata’la, dan tiadalah yang lebih hebat daripada itu..

Maha Suci Allah, hanya padaNya cinta Hakiki.. Wallahu'alam

Puasa Hati ini..

Assalamualaykum..

El ham dulillah, el ham dulillah, el hamdulillah..
Tercapai juga hajat nak merasa ibadah puasa di bumi anbiyak buat kali ketiga. Sebab suasana di sini jauh berbeza berbanding suasana Ramadan di tanah air. Menariknya di Mesir, lebih mudah mendidik jiwa, membentuk nafsu yang selalu nak kesenangan dan kemewahan yang ada di sana.



Sabda Rasul s.a.w;
“Apabila tiba bulan Ramadan, terbukalah pintu-pintu syurga, tertutup pintu-pintu neraka, dan dibelenggu kesemua syaitan.”(riwayah Bukhari wa Muslim)


Apakah makna hadis ini?

Pintu syurga dibuka seluas-luasnya, dan pintu Neraka ditutup serapat-rapatnya menandakan betapa kasihnya Allah swt kepada hambaNya. Seboleh-boleh, Allah menginginkan kesemua penduduk bumi ini masuk ke dalam syurga dan memperoleh kenikmatan yang luar biasa yang tak terbayang dek akal yang cetek.

Malahan, syaitan juga dibelenggu memberikan laluan mudah buat diri menangkap sinar-sinar hidayah yang membekas di jiwa. Jadilah kita sama ada syukur ataupun kufur akan nikmatNya..

“Inna hadainahus sabila imma syakirau waimma kafura..”(dan telah kami berikan petunjuk jalan kebenaran, sama ada kamu bersyukur atau kufur..)

Subhan Allah, agungnya Rahmat Allah taala, yang selain menciptakan, dan menaikkan darjat manusia, Allah juga menunjukkan jalan lurus itu kepada manusia, walaupun sedikit sahaja yang bersyukur. Agungnya kasih sayang dan belai mesra buat hambaNya yang sangat zalim dan tak terkesan langsung untuk menegakkan agamaNya, sedangkan segala sesuatu itu hanyalah milikNya. Subhan allah.. subhan allah.. subha nallah..

Nak kongsi isi khutbah Jumaat tadi, Khatib menyebut darjat-darjat orang yang berpuasa…

Ada yang benar-benar menjaga dirinya daripada makan dan minum sehinggakan memperoleh pahala berpuasa. Setidak-tidaknya, bukanlah seperti golongan yang dinyatakan dalam hadis, golongan yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadah ini selain lapar dan dahaga..




Adapun mereka yang bukan sekadar menjaga makan minum, malahan anggota badan mereka turut ber’puasa’ dengan melakukan segala pekerjaan ikhlas mengharap Redha Allah taala. Mereka ini memahami, puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada kudapan dan santapan, malahan segala perkara yang boleh membatalkan puasa, tak kiralah dengan menjaga kalam, ataupun menundukkan pandangan. Tahniah buat golongan ini!

Namun, sungguh tidak sangka, para Salafu Soleh masih lagi tidak berpuas hati dengan sekadar menjaga lisan, dan jawarih(anggota badan) dalam menunaikan ibadah puasa, malahan mereka juga menetapkan hati mereka untuk menjauhi ghibah(mengumpat), mengejek dan berdusta. Segala penyakit hati ini cuba dikikis, disental sesentalnya supaya hati senantiasa berada dalam keadaan suci dan bersih. Seterusnya, hati yang bersih menjadi tolakan untuk beramal mengajak manusia di sekeliling untuk bersama mengimarahkan madrasah Ramadan ini, dan lebih jauh lagi untuk memastikan agama Allah tertatbiq(aplikasi) di bumi mereka.





Berdoa kepada Allah semoga memperoleh hati yang bersih. Tulus mulus semata-mata mengharap Redha Allah yang Maha Agung. Doa juga moga Allah menerima segala amalan dan taubat dalam Bulan Barakah ini. Dan moga-moga kita tidak tergolong mereka yang membiarkan Ramadan kali ini berlalu begitu sahaja tanpa diampunkan setiap kesalahan dan kekurangan kita.. Wallahu alam…

"Rugilah orang yang didatangi Ramadan , kemudian bulan itu berlalu tetapi dosanya tidak diampunkan." [Hadis Riwayah Ahmad]

Oh Maha Suci Allah, hanya padaNya cinta hakiki.. (qoute Aman Ramdzan)

Ramadhan Terakhir



Mencari Spirit yang Hilang

Di atas semua jenis kemiskinan, yg paling memprihatinkan adalah kemiskinan azam dan tekad, bukan kemiskinan harta. Kemiskinan azam akan membawa pada kebangkrutan dari segi harta. Azam dan kemahuan yang kuat akan membuat kita berilmu dan kaya. Tidak mungkin seseorang akan keluar daripada kejahiliahan dan memperoleh darjat yang tinggi di sisi Allah tanpa tekad, kemahuan, dan kerja keras.

Kita harus bergerak! Kitalah yang membangkitkan kesadaran umat utk kembali pada asolah dakwah ini. Siapa yg akan merubahnya bukanlah org2 yg berdiri di pinggir-pinggir dakwah, org yang hidup dalam dakwah ini yang mempergunakan dakwah ini, yang mengharapkan semua wang dari dakwah ini.. TIDAK!




Rasulullah s.a.w. mengatakan,”.. As-syabab hamatul sabab..”

Semangat PEMUDA, mulai dari mana? Mula dari diri kita sendiri..

Kembalilah dalam asolah dakwah, bangkitkan semangat antum. Contohlah Rasulullah s.a.w. Jadilah, an-nasul taghyiir. Jadilah agen perubah. Jadilah agent of change di dalam masyarakat ini.

Kembalikan tiang-tiang dakwah ini. Antum berlarilah ke seluruh pelusuk dunia untuk mengkhabarkan perihal dakwah ini, untuk membangkitkan dakwah ini..




“..Faidza azamta, fatawakkal alallah..”

Setelah berazam, Allahlah yang mengurus semuanya itu. Allahlah yang mengurus hidayah itu..

Ya aiyuhal ikhwah,
para pejuang2 yg dicintai oleh Allah subhanahu wataala..

Allah berfirman dalam al-Quran, “..innafi khalqissamawati wal ardh wakhtila fillaili wannahari laayatil liulil albab..”

Allah menciptakan apa-apa yang ada di langit dan bumi ini, semuanya untuk kita berfikr, kita menelaah, apa yang bisa kita ambil dari semuanya. Kita duduk di sini, apa yang bisa kita ambil pelajaran…

Ya ayyuhal Ikhwah,
Antum perhatikan macam mana Allah menciptakan batu yg luar biasa besarnya. Allah menciptakan begitu kerasnya batu. Bagaimana Allah menciptakan air yang mengalir dgn lembut ini… Tapi, antara batu dengan air mereka saling bekerjasama utk menimbulkan satu harmoni yang Allah s.w.t harapkan pada semua aktivis dakwah.




Bagaimana dengan antum ya akhi, kita sama muslim, sama-sama aktivis dakwah. Kenapa banyak antara kita tidak mengambil ibrah ini. Kenapa banyak antara aktivis dakwah selalu mengatakan, ini hak antum, ini hak ane, ini kewajipan antum, ini kewajipan ane… Tidak ada.. malulah kita pada apa yg diciptakan Allah s.w.t. BATU dan AIR ini… ya ayyuhal ikhwah,, tidak ada pertikaian antara mereka!!

Allahuakbar!!

Sambutan Isra' Mikraj 1431H

This is Our World Cup Song!



The Battle within Our Souls

We might live our life happily, doing the same routine all over again, gaining knowledge and making love. But, within our souls, every seconds, or could I say more often than that, the battle of angels and demons takes place. The war isn’t less overwhelmed compared to The World War II or the battle of Black Diamond, despite it is less noticeable. Perhaps, it’s the Silent Battle within our souls neither of us can visualize.

Allah the All-Mighty Says:
"This day I have prefected your religion for you and completed My favor upon you and have chosen for you Islam as your reglion." (5.3)


O’ soul, please do seek for the beauty of Islam. Grab it, and hold it tightly. More tight. May Allah give us the strength to combat in this great battle, insha Allah!

Jom perbaiki kualiti Solat!



Dari Ammar bin Yasir, sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya seorang hamba menunaikan solat tetapi tidak dtulis untuknya seperempat dan tidak sepersepuluh”, (HR Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban)

antara cadangan utk perbaiki kualiti solat;

1. Ambil berat solat berjemaah di awal waktu
2. Elak mata meliar ketika bersolat dengan pandangan terus ke tempat sujud
3. Mengambil wuduk sebaiknya kerana ianya kunci kepada kekusyukan solat
4. Memakai pakaian yang terbaik dan paling selesa
5. Paling2 kurang, beristighfar sebentar seusai sembahyang

Saya katakan saya Insaf?


Zionis sudah lama memerangi kita; melalui sistem pendidikan, ilmu-ilmu yang disogok, fakta-fakta yang diputarbelit, neraca nilai yang diubah, melalui adat budaya yang dijadualkan, pesta-pesta lupa akhirat yang dipromosikan, nafsu-nafsu sex yang dibangkitkan, diprovokasikan dan anak-anak gadis manusia yang dirosakkan. Anak-anak lelaki dididik menjadi lembek, tidak sanggup berjuang, berkhayal dengan muzik dan gila sex. Anak-anak gadis dihilangkan perasaan malu kepada maksiat tetapi menjadi malu jika dilihat warak dan bertakwa.

Cukuplah peristiwa pembunuhan Zionis terhadap anak-anak kapal bantuan ke Gaza ini meyakinkan kita siapa sebenar zionis..

Realiti kita hari ini diselubungi jahiliyyah kurun ke 20..sofistikated, terancang sejak proses menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyyah di awal abad ke 14 lagi.

Kerja-kerja kita mendidik generasi pelapis untuk hidup dibawah naungan al-Quran, membina semula individu Islam, keluarga Islam dan daulah Islam berasaskan ukhuwwah imaniyyah dan tadayyun total adalah kerja menghidupkan sunnah perjuangan nabi s.a.w. ketika jahiliyyah menguasai dunia.

(Ust Anuar Salleh)

Belenggu Maksiat mencengkam Jiwa!



Kerosakan dan dosa maksiat yang menebal di kalangan umat Islam punca kemurkaan Allah swt. Lebih-lebih lagi, hendak melakukan maksiat begitu mudah pada zaman serba canggih ini (akhir zaman), dengan bantuan syaitan, nafsu, malah biah yang rosak.

Seperti yang dinyatakan ramai ustaz yang tersohor, boleh sahaja Allah swt memberikan kemenangan dan kekuasaan kepada orang Islam yang digelar khair ummah. Tapi, apa yang ingin dilihat ialah apa yang dilakukan umat gemilang ini pada setiap hari. Adakah merancang dan bergerak untuk mengembalikan syiar Islam ataupun sekadar memikirkan apa yang ingin dipenuhi dalam seharian untuk kepuasan dirinya sendiri. Yang lebih malang lagi, jika langsung tak yakin dan tiada percaya akan kemenangan Islam yang dijanjikan oleh Allah swt.

Di sini disenaraikan tahapan pesalah untuk sama-sama saya dan anda muhabasahkan;

1. Tahap satu Anak Tangga, mereka yang melakukan kesalahan dan tidak tahu akan kesalahan itu

2. Tahap Anak Tangga ke dua, mereka yang melakukan kesalahan dan serba salah kadangkala terlalai dan melakukannya, adakala bertaubat dan meninggalkannya

3. Tahap Anak Tangga ke tiga, mereka yang larut dengan maksiat tersebut dan tidak melakukan taubat

4. Tahap Anak Tangga ke empat, mereka yang tahu akan kesalahannya, bahkan mencari-cari lagi alasan membenarkan kesalahan tersebut

Tambah lagi, setelah berdiri di tahap yang tinggi ini, kesombongan yang tegar akan membekas di hati. Ketika itu, setiap lubang-lubang kesilapan orang lain kelihatan sahaja, seperti terbuka padanya hijab kepada semua perkara.

Ayuh kita cermin diri dahulu, menuding jari ke sana bermakna empat lagi jemari kita menunjuk ke arah diri kita...




Saudara, di waktu muda inilah kita seharusnya melatih diri untuk kuat melawan nafsu dan melatih diri untuk memiliki tabiat ibadah yang ideal. Supaya masa akan datang ianya menjadi satu yang mudah dan kita dapat menumpukan pada perkara-perkara yang lebih kompleks. (lalui jalan yang lurus, bukan yang bengkang bengkok)

Firman Allah swt;
"Allah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan sesudah kuat itu lemah kembali dan beruban..."(Ar Rum)


Sama-sama kita berdoa tidak termasuk dalam golongan yang disenaraikan tadi. Moga-moga kita mudah tersentuh dan mudah melakukan taubat. Harapan semoga anda semua mendoakan saya yang tersangat lemah ini.

Derita yg Tak Tertanggung lagi!

Wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail, dan jurukameranya, Shamsul Kamal Abdul Latip, nyaris terkena tembakan komando Israel yang menyerang kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara, pagi kelmarin. (Bharian)


"Kami diserang bertubi-tubi dan Alhamdulillah saya dan jurukamera Shamsul terselamat dari tembakan di mana peluru hidup digunakan.

"Dua orang Turki di sebelah kiri dan kanan saya ditembak di bahagian tangan dan juga di bahagian bahu. Tapi saya sempat menyelamatkan diri dan merangkak turun dari dek kapal melarikan diri ke kawasan yang lebih selamat di dalamnya.

"Saya merangkak di kawasan yang berlumuran darah dan ternyata pengalaman yang memeritkan untuk kita imbas kembali tetapi jika diperhatikan kami berjaya membuka mata dunia tentang apa yang berlaku.

"Saya tidak menjangkakan bahawasanya Israel boleh bertindak sedemikian kerana kami orang awam di dalam kapal tetapi tindakan ketenteraan yang dilakukan. Ini satu isytihar perang atas kemanusiaan,"




"Apa yang saya dapat simpulkan, 28 jam itu saya boleh rasakan pengalaman konflik enam dekad Israel-Palestin, kesengsaraan Palestin di bawah kekejaman rejim Zionis dalam masa 28 jam dan ternyata tidak dapat digalas dengan segala apa yang ada pada kita," katanya.


p/s; Ya, derita yg tak tertanggung lagi.. bayangkan konflik yg berpanjangan ini,kematian demi kematian, pencabulan, dan penjajahan, yang dirasai oleh penduduk Palestin selama ini.. yang dilapor hanyalah yang berjaya disebarkan.. byk lagi yg tak dinyatakan atas kesukaran yg dihadapi..

Kita bercakap tentang kemanusian kepada dunia dan mereka yang bukan Islam. Kita berkata tentang akidah kepada mereka yang Islam

Kita ubah persepsi hidup setiap daripada kita. Isu terbesar kita, isu Palestina. Kebebasan dan Pembebasannya.

Pentingnya untuk Umat Islam tidak melatah dengan carutan semata-mata, tetapi yg lebih utama untuk merasionalkan semangat berdarah muda yg ada dengan lebih aktif membawa kawan-kawan di sekeliling kembali kepada Islam yg sbenar.. yg dituntut..

Sertai mana-mana Solidariti Palestina yang dianjurkan, kerana itulah tanda derita yang dirasai oleh hati yang hidup.

Ajak kawan-kawan kepada akhlak Islam, ukhuwwah Islamiah..

Itulah amal kita~

el7amdu lillah!!





Gambar-gambar sebegini pastinya menggiurkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Bahkan, ia adalah impian hidup bagi sesetengah orang. Ia sebenarnya adalah sebahagian nikmat atau kebahagiaan yang belum (atau mungkin sudah?) kita kecapi di bumi ini.

"Pun begitu, pernahkah kita lihat sekeliling kita, dan merasai, apa yang kita kecapi sekarang adalah lebih daripada mencukupi."

1. Pernahkah anda melihat manusia yang sejak lahir, seluruh kulitnya penuh bersisik. Jika berpeluh, badan terasa sangat pedih. Inilah yang berlaku kepada adik Irsyad yang berusia 2 tahun (gambar). Bayangkan bagaimana dia hendak beriadhah ketika besar nanti, dieejek oleh rakan-rakan kerana memiliki wajah yang hodoh, aktiviti sosialnya pasti terjejas teruk. Cuba lihat wajah anda, walaupun tidak secantik mana, namun ia lebih dari cukup berbanding adik Irsyad, bukan?



2. Pernahkah anda mendengar tentang ibubapa yang mendera, melacur , malah membunuh anaknya sendiri?Kejadian sebegini semakin lazim di kalangan rakyat Malaysia. Cuba lihat ayah dan ibu anda, bukankah mereka sangat menyayangi anda, sehingga sanggup bekerja siang dan malam untuk membiayai yuran pengajian anda? Bayangkan jikalau ibubapa anda bersikap sebaliknya, iaitu dengan mendera, melacur dan membuang anda. Bukankah hidup anda akan jadi lain daripada sekarang?



3. Pernahkah anda merasai suasana gempa bumi? Bayangkan dalam masa 30 saat sahaja, semua bangunan dan ketamadunan ranap sama sekali.



Hilanglah harta, keluarga, dan tinggallah sehelai sepinggang (itupun jika bernasib baik anda masih lengkap satu badan). Semuanya berlaku hanya dalam masa setengah minit! Cubalah anda lihat negara anda yang aman dari bencana alam, bukankah ia sudah lebih dari cukup?

JADI,

1. Benarlah kata-kata Allah di dalam Al-Quran : "..Dan HANYA SEDIKIT dari hambaku yang bersyukur.."

2. Muhasabah: Adakah anda mengingati nikmat-nikmat ini tatkala anda mengucapkan tahmid 33 kali setelah usai solat fardhu

3. Ingin berkongsi kata-kata salafussoleh : " sangat bahagia hidup seorang mukmin itu kerana apabila dia ditimpa musibah, dia bersabar. Dan apabila dia diberikan nikmat, dia bersyukur.


Wallahu a'lam(http://heimujahid.blogspot.com)

Dajjal


Jika ditakdirkan oleh Allah taala, mungkin-mungkin saja kita akan ketemu si Dajjal dalam jangka hayat kita..

Kadang-kadang, saya tak berapa faham, macam mana kita boleh sampai memilih Syurga yang ditawarkan oleh Dajjal, yang pada hakikatnya Neraka Jahannam. Dan bagaimana kita boleh melepaskan Neraka Dajjal, yang pada hakikatnya Syurga Allah s.w.t.

Bukankah kita telah diberitahu, apa yang Dajjal tawarkan itu hanyalah permainan dia(orang ke apa ya?) sahaja. Bukankah semuanya itu supaya kita menjadi pengikutnya yg durjana, peneman dia menempah seksa di akhirat kelak..???!

Sabda Rasul s.a.w.;“…sesungguhnya al-Masikh ad-Dajjal adalah seorang lelaki yang pendek, hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, berambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.”(Riwayat Abu Daud)

Tetapi..

setelah meneliti kembali, hakikat umat Islam sekarang ini, sepertinya kita sudahpun membuat pilihan.. Ya, sudahpun memilih Syurga Dajjal!

Bagaimana pandangan kita mengenai kehidupan ini? apa yang kita inginkan sebenarnya? Mengapa keseronokan itu begitu menguasai diri kita? Mengapa jiwa muslim yang begitu berharga itu mudah-mudah sahaja dikotori virus-virus kemaksiatan?! Keseronokan itulah nafsu.. mainan dajjal..

Apa pandangan kita mengenai perkahwinan? Adakah perkahwinan yang dimulakan dengan dorongan hawa nafsu mampu mengekalkan 'binaan masjid tersebut'? mampukah generasi-generasi pendakwah yang hebat seperti generasi sahabat ridhwanullah anhu lahir daripada perkahwinan jenis ini? Atau bukankah sudah terbukti perkahwinan artis-artis berpaksikan nafsu diakhiri dengan penceraian dan pergolakan rumahtangga?

Belum lagi bercerita mengenai perjuangan Islam... belum lagi bercerita mengenai generasi harapan umat Islam.. belum bercerita mengenai percaturan politik yang kotor.. Ya, satu muhasabah.. buat kita..


Ust Ashaari Kembali ke Rahmatullah


Bagi mereka yang mengikuti perkembangan dakwah Islam di Malaysia ataupun bersama-sama dalam gerakannya, pastinya nama al-Arqam bukan lagi asing di telinga mereka. Dan kira-kira jam 2.00pm waktu tempatan semalam, Ust Ashaari Muhammad, Pengasas gerakan al-Arqam tersebut kembali ke rahmatullah kerana jangkitan paru-paru. Beliau meninggal dunia di Ipoh Specialist Centre.

(diceduk daripada Blog Ust Halim>>)

Di antara sumbangan Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad kepada umat Islam di Malaysia khususnya ialah :

1. Al-Marhum berhadapan dengan serangan Budaya Barat yang menyerang umat Islam dan telah merubah identiti Islam mereka sekian lama. Ini beliau lakukan secara amali dengan membentuk gerakan Al-Arqam yang cuba memaparkan Islam secara menyeluruh di setiap aspek kehidupan seperti pakaian menutup aurat, produk makanan Islam, ekonomi, media dll.

2. Al-Marhum memberi nafas baru dan keyakinan kepada umat Islam bahawa mereka boleh menjana ekonomi, berdikari dan berjaya dalam skala yang besar (Group of Companies), asalkan mereka mempunyai penghayatan Islam yang baik, zuhud dan bekerja di dalam team group (berjemaah).

3. Al-Marhum melalui jemaah Al-Arqam adalah jemaah pertama di Malaysia yang berjaya menonjolkan Kesenian Islam (nasyid, sajak dsb) sebagai salah satu wasilah dakwah yang meluas dan berkesan.

4. Al-Marhum dan jemaah Al-Arqam cuba mempraktikkan amalan poligami secara kolektif (berjemaah) sebagai salah satu usaha menangani aspek sosial yang diketengahkan oleh Islam.

5. Al-Marhum melalui jemaah Al-Arqam, Rufaqa' dan seumpamanya berjaya dalam penghasilan produk media sebagai salah satu wasilah (cara) dakwah terpenting seperti akhbar Al-Arqam, majallah-majallah Anis, Asuh dan lain-lain. Majallah yang dihasikan sangat bermutu tinggi di segi bahan dan seninya. Diaspek ini juga Al-Marhum berjaya menggerakkan ahli-ahlinya, dewasa dan kanak-kanak berdakwah dan berniaga dengan cara mengedarkan majallah secara langsung di stesen-stesen bas, kompleks perniagaan dan di tempat-tempat awam. Segelintir manusia menuduh ianya satu bentuk penganiayaan. Saya melihat ia satu kekuatan. Kekuatan mendidik ahli bergerak dan teguh bertemu orang ramai, berdakwah dengan usaha tanpa kata-kata yang semua boleh berperanan disamping menjana ekonomi kepada Dakwah.

6. Al-Marhum mendidik dan menghasilkan pengikut yang tajarrud, berjuang habis-habisan demi mencapai matlamat Dakwah yang digariskan oleh pimpinan Al-Arqam. Mereka menyumbang kepada jemaah, hidup berpoligami dalam kesederhanaan, sebahagian besar bekerja sepenuh masa untuk Al-Arqam bergaji kupon-kupon Al-Arqam sebagai sarahidup dengan membeli makan minum hanya di kedai-kedai Al-Arqam.

Semoga Allah swt merahmati Al-Marhum, mengampuni dosa-dosanya, menerima amalan dan sumbangannya kepada umat Islam dan ditempatkan di Syurga bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhadak dan Solihin. Merekalah sebaik-baik teman disana nanti.

Adik Shafiq Aziz?






p/s; tengok, mantap kan budak jepun ni, baru 5 tahun.. tapi mungkin sebab sudah lama diajar bermain ukulelesejak kecil lagi , boleh menjadi pemain ukulele yang mantap.. biarpun masih tak reti cakap bahasa omputih.

INilah kesannya didikan dari kecil lagi! ~Kita pula, bagaimana? apa 'pendidikan'(tarbiyah) kita sejak kecil? Didikan timur, omputih?

Rasanya nak teruskan dengan apa ya? Tarbiyah Barat-hedonisme,musik lalai,dll atau yang lebih islamik?

atau kita sekadar nak 'just sit back and enjoy our life'
....

huurrmmm...(masih pening ka?)

Sujud yang Merdeka

ni sikit ole-ole untuk sahabat sekalian:



Sujud itu menundukkan dahi(kepala), tetapi
Memuliakan muslim yang bertakbir
kepada Allah dan bertasbih padaNya
Si jahil menyangkanya belenggu ke atas hamba
tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu

Di dalam kemuliaan sujud, semua akan tunduk
kepada muslim yang sujud
Seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya
Wajah dan seluruh anggotanya diletakkan di bumi
Tetapi dia menggoncangkan gunung-ganang
Meruntuhkan syirik, was-was di dalam diri si jahil
tetapi membangunkan segala generasi dalam ketenangan

kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi
lantaran kehebatan dan kebesaranNya
Sujud kepada Allah dan mengesakanNya, lalu mantap dan kuat
Terhapuslah setiap penzalim yang sombong

Barangsiapa menghayati sujud ini,
dia menikmati kepimpinan dan ketuanan
di muka bumi, dengan keagungannya, rahmat dan keindahannya-Ust Abdul Wahab Azam

p/s; agaknya dalam bahasa Arab lagi zouq kot.. okay, jom sambung study

Penat Study? Rehat Sebentar..

Musim peperiksaan mengundang gangguan emosi yang pelbagai. Seringkali mereka yang terbabit menghabiskan banyak masa dengan mengulangkaji pelajaran dan usaha-usaha untuk menghafal segala ilmu yang telah dipelajari. Lantas masa yang diperuntukkan untuk merehatkan diri secara fisikal dan mental tentu sekali terganggu.

Jika kita perhatikan, ketika inilah ramai yang kecundang dek nak rehatkan minda. Tiada komen.

Tapi, dari sudut lain pula, kita lihat ketika inilah hati mudah dikesani sinar-sinar hidayah. Ketika inilah kita mudah tersentuh ayat al Quran. Ketika inilah diri gagah bangun malam. Ketika inilah pipi mudah dibasahi air mata. Ketika inilah diri teringat harapan ayah bonda.

Lalu salurkanlah emosi ke tempat yang sepatutnya.



"Sesungguhnya orang yang hidup untuk kepentingan diri sendiri semata-mata, mungkin dapat mengecapi hidup damai dan tidur nyenyak. TETAPI, ia hanya hidup sebagai orang KERDIL dan mati sebagai orang KERDIL juga. SEBALIKNYA, orang yang BESAR memikul beban yang BESAR ini yang tidak punya tidur, tidak punya masa bermain2, tidak punya hamparan yang hangat gebu, tidak punya timbunan harta, perabot mewah megah, dan tidak punya hidup bersenang-lenang" (Almarhum As-Syahid Sayyid Qutb)

"Pemuda Hari ini, Impian Masa Depan" ~PMPI2010

Yeah, Perkhemahan Musim Panas Isma-Mesir atau singkatannya PMPI kembali lagi..!! dan kali ini kita akan menuju keeee... Ra'su Sidr!!!

PMPI2010 kali ini membawakan kelainan tema Kepemudaan. Sejauh manakah kita menghayati peranan pemuda Muslim pada zaman global serba canggih ini?
Di manakah kita di mata masyarakat yang mengimpikan rijal-rijal seperti Salahuddin al Ayubi, Muhammad alFateh dll? bersama kita singgapi di PMPI2010.

Klik ini untuk lebih jelas mengenai kelainan tersebut. Temanya pula, seperti tajuk entry di atas "Pemuda Hari ini, Impian Masa Depan!"




Mungkin ini untuk gambaran PMPI2009 yang lepas.. bersesuaian dengan tema "Warnai Hidupmu dengan Ikatan Persaudaraan".
















klik untuk paparan yang lebih jelas



Jom, mendaftar sekarang!!

Tazkirah Moji

Hari itu, suasana di dalam kelas sangat hiruk pikuk dengan gelagat gen7(code untuk batch kami di University Cairo) yang pelbagai, ada yang membaca alQuran, ada yang sedang khusyuk menelaah pelajaran, ada yang berbual-bual bagaikan nak beri khutbah kepada satu kelas, dan macam-macam lagi.



Dalam kekabutan itu, bangkit Moji memberi sedikit peringatan. Satu demi satu kalam dilontarkan.. Kemudian beliau tercari-cari sesuatu sambil meraba poket baju melayunya, lalu mengeluarkan sehelai dua kertas terlipat menandakan tazkirah kali ini bukanlah yang pendek-pendek sahaja. Dan apa yang lebih bermakna apabila melihat raut wajahnya yang begitu bersungguh-sungguh menyampaikan kalimah satu per satu bukan sekadar supaya ianya menyinggah sebentar di telinga-telinga kami, tapi beliau lebih mendambarkan kesedaran yang memuncak terbit dari hati yang ikhlas memahaminya.

Antara isi yang penting berkaitan pentingnya menjaga solat Subuh. Kerana jika solat Subuh tidak terjaga, apakah nilai keislaman seseorang itu? Lagi-lagi, kita bukan sekadar mengimpikan diri kita untuk menjadi manusia kebiasaan yang bersolat di atas sejadahnya sendiri dan pada waktu yang hampir-hampir terbit matahari. Malahan, kita mahukan diri kita termasuk dalam soff yang terkehadapan dalam solat Subuh dan semestinya berjemaah di masjid. Apatahlagi, solat-solat yang lain, tahajjud, qiamulail dan sebagainya…

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda Sultan Muhammad al Fateh memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.




Lihatlah pemuda-pemuda Islam kini, peribadinya rosak, matlamatnya tak jelas. Paling hebatpun, dia nak mendapat kebaikan untuk dirinya sahaja. Adapun yang menjadi ketua pasukan sorak yang menonton dari bangku orang ramai, tidaklah termasuk dikalangan pemain simpanan pun.

Kita berdoa semoga Allah menjadikan kita dikalangan hambaNya yang soleh, dan menjadikan idola teladan kita di kalangan orang-orang Soleh pembawa profesion dakwah dan para ulama’. Dan bukan di kalangan artis-artis atau pemain-pemain bola yang tak tentu lagi mana hala tujunya.Ws.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template